Alhamdulillah...
Finally, setelah sebulan berkahwin, baru nak update. Asyik update event kenduri orang lain, hari ni nak cerita peristiwa meng'attend' perkahwinan sendiri. Hahaha.
Terima Kasih Allah, Ernnie telah diijabkabulkan dengan cinta hati
Ernnie, En. Fidell pada 30 June 2017 di perkarangan rumah parents
Ernnie dengan sekali lafaz (macam Ernnie pulak yang lafaz). Semua
berjalan lancar. Memang sangat puas hati. Kalau nak tanya nervous atau
tak, Ernnie macam tak berapa nervous. sehingga ke saat pernikahan pun
tak nervous. Persiapan ada la dah mula sehari sebelum, dia lebih kepada
majlis rewang bersama dengan orang kampung. Dekat kampung Ernnie orang
panggil pakatan. So sehari sebelum ada yang dah datang untuk pasang
khemah, besiang daging, bawang semua.
Untuk Ernnie lebih kepada nak
siapkan hantaran. Hantaran Ernnie buat sendiri semua. Memang puas hati
sebab buruk atau cantik pun kita yang buat kan :) . Malam 29 tu pulak
mama Ernnie dah start masak acar buah. Mama pun minat buat sendiri
rather than beli. Selain tu, Ernnie dah start kemaskan bilik pengantin
dengan bestfriend Ernnie yang datang nun jauh dari Selangor, Aziemah.
Terima Kasih Aziemah. Sangat membantu Ernnie dalam semua benda start
dari awal majlis sampai majlis habis. My bestman orang putih kata.
|
|
Sebelum tibanya majlis, lepas je bertunang, Ernnie dah start cari ideas dari Pinterest dan Instagram. Obviously kalau boleh semua Ernnie nak buat sendiri. kalau yang macam mandi bunga semua ni, rather than spending duit sampai beratus untuk pakej mandi bunga, Ernnie buat je sendiri dengan kos tak sampai RM10 pun. Haha. Bunga Ernnie beli yg kepok bunga dalam RM3. Auntie tu memang kasi banyak weh. Campuran bunga ros dan bunga kekwa. Siap ada baki untuk buat bunga rampai. Then ambil Limau Purut dekat rumah makcik Ernnie dalam 15 biji and Ernnie potong slice2 kecik. Lepas tu beli seplastik ais and tuang dalam bekas. Isi air banyak mana yang nak isi, then mandi. Mungkin placebo effect ke hape, tapi memang dia punya segar tu lain macam. Dan badan kita memang wangi dek Limau Purut tu. Tapi sejuk la. tahan sikit je, Bukan selalu mandi ada ais mcm ni.
|
|
Ernnie jugak buat sendiri macam chalkboard yang kecik. Memang sangat minat tapi bila tanya harga agak pricey untuk adakan pelamin rustic + blackboard style. So opt untuk buat sendiri. Cari je pattern yang anda minat dalam Insta or Pintrest, make sure pattern tu Ernnie boleh follow la mengingatkan pada bakat melukis yang takde nih, and lukis je kat atas blackboard beli dari Ikea. Btw, Blackboard ni pun bukan beli untuk kenduri, memang dah ada sebab Ernnie dulu ajar tusyen dekat budak2 kampung sini. Guna apa yg ada je. Save duit.
Untuk bunga tangan pun, Ernnie rasa sangat-sangat berbaloi dan puas hati sebab dapat buat sendiri bunga tangan Ernnie dan memang bangga sebab it turns out to be nice, simple and beautiful of course!. Inai pulak Ernnie memang nak pakai inai daun tapi nak cari agak susah sekarang. Kebetulan boss MADA Ernnie ada belikan Inai daun dari Makkah. Pakai 2 malam berturut-turut dan sampai sekarang pun inai dekat tangan Ernnie tak hilang. Plus, Ernnie dapat pakej untuk inai lukis dari bridal yang Ernnie tempah baju sanding dan pelamin. So Inai lukis Ernnie memang bagi bridal je yang buatkan.
|
|
|
|
|
|
Untuk baju nikah, Ernnie opt untuk beli yang terus siap. Ernnie beli
dekat butik D'YANA. Dia sekali set dengan selendang. So memang tak
perlu fikir banyak perkara dah. Ada lagi benda2 lain. Tapi nak cerita
part bersanding la pulak kan. Entry ni untuk yang berkait dengan nikah
je~
Hari nikah Ernnie berlangsung dalam suasana yang sederhana dan cepat. Memang cepat weh sebab sekelip mata je Ernnie dah menjadi Mrs. Fidell. Btw, imam yang nikahkan tu pun nervous kot sampaikan beliau lupa untuk arahkan pengantin perempuan keluar dari bilik waktu baca khutbah. Makcik suami yang tiba-tiba ingatkan dan panggil Ernnie. Waktu nak akad pun imam tak tanya apa-apa dekat suami. Sebab tu Ernnie boleh cakap cepat tu. hahaha. Nak la bajet-bajet terharu or menangis ke, tapi tak pun. BTW, I'm proud of myself for not crying on my happiest day since I'm well known as an emotional person on earth.
So jadilah Ernnie ni isteri kepada En Fidell selepas Asar. I'm so happy because I choose him to be my husband. Kalau diberikan peluang lain, Ernnie tetap akan memilih En Fidell ni sebagai suami Ernnie dunia akhirat (Husband, handbag please..).
FASA PENGENALAN.
Macam mana Ernnie boleh mengenali suami Ernnie ni? Everything started on 8th of April 2016. Seseorang telah memperkenalkan Ernnie kepada suami Ernnie and that someone tu eventually became my aunty.
8th April 2016 - 1st message Fidell
27th May 2016 - Ernnie met him for the first time. (We're having dinner together)
12th June 2016 - We're serious with each other
17th June 2016 - Berbuka puasa dengan Mak Fidell (now is my MIL)
10th July 2016 - He said he wanted to send a rombongan meminang in December.
16th December 2016 - We're engaged
30th June 2017 - We're married.
Begitulah kronologi pengenalan Ernnie dengan suami Ernnie. Tak la sweet lovey dovey sangat. Everything happened in a fast pace. Tengok-tengok dah kahwin dah. Mungkin sebab usia jugak. We were thingking of building a fmily, having kids together and take care of our parents. Sebab tu urusan dipermudah. Like I said earlier, I'm so happy because the majlis went well.
Nanti akan ada sambungan untuk Majlis Persandingan pulak which I'm not sure when.
WEDDING : ERNNIE'S SIDE
WEDDING : FIDELL'S SIDE