Salam.
Korang pernah rasa tak perasaan bilamana korang dan sejenis sukan tu klik? Ha, ni lah perasaan yang Ernnie tengah rasa. Bermula dengan main biasa-biasa ja. Rasanya sebelum kerja dekat MADA, Ernnie pernah main dalam 2-3 kali ja. Then ada team dekat MADA yang selalu ajak Ernnie main. Bila dah kerap berlatih, lama-lama korang akan rasa macam fun la.
Dan baru Ernnie perasan, kalau Ernnie tau Ernnie akan main bowling 2-3 hari sebelumnya, prestasi akan jadi okay compared to tahu last minute. Ada orang, pantang diajak, memang sedia power. Tapi bukan Ernnie.
So 13 Oktober lepas, Bahagian Padi iaitu Bhg Ernnie ada buat satu perlawanan mesra dengan semua staff dekat Aman Bowl, Aman Central. Habis ja kerja, kiteorang semua bergegas pi sana. Ada 3 game semua. Memang menarik tertarik the bomb la. Sebab dari boss sampailah ke pekerja am semua dalam bahagian tu join.
Game first Ernnie tak berapa score. Awal baling pun jatuh 1 pin ja. Second game pun sama. Tapi paling score game ketiga. Entah mana mai semangat tup2 score banyak. Hahaha. Hat lain pun apa la kurangnya. Bhg juga ada menjemput MADACorp : entiti swasta iaitu anak syarikat MADA join sekali. Hamik, depa hantaq yang memang team bowling. Kau expect kami ni akan menang? Choi! hahaha.
Tapi dapat juga Ernnie merangkul Naib Johan jatuhan pin terbanyak dan Naib Johan Wanita. Boleh la kan. Nak sampai ke johan tu memang banyak lagi duit yang kena dilabur. haha.
Overall it was a good gathering session. Sukan ni somehow memang dapat satukan staff. Yang tengok kat pejabat biasa-biasa ja, mai2 dekat Bowling, jaw dropping kau tengok score dia. Hebat ya amat. Ernnie macam, eh betul ka dia ni score banyak ni. Haha.
Thanks semua. Semoga boleh buat setiap tahun 5-6 kali la paling kurang. Boleh?
#bowlingituaku #ernniehavingfun
No comments:
Post a Comment