Bismillah.
Mood nak blogging dah mai. Boleh ranting apa-apa yang patut. Rasanya banyak sangat entry yang tertangguh. Dengan problem handphone tak boleh nak send gambar ke dalam blog lagi la membuatkan Ernnie emo takmau update.
Started with one of my colleague asked me sebulan lepas, Ernnie takmau join treasure hunt MADA ka? Best kot. Boleh berjalan pi Hat Yai. Terus Ernnie macam OMG bestnya boleh pi jalan luaq negara. Walaupun duduk Kedah yang agak sempadan dengan negara orang yang suka makan pulut, tapi Ernnie tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Takat Padang Besar dengan Wang Kelian. Dia macam dah bau-bau Thailand tapi masih belum Thailand lagi okay.
Tapi nak cari kawan yang join agak payah. Kalau perempuan lagi payah. Komitmen dengan family semua. So hasrat tu dah terkubur sehinggalah minggu terakhir penyertaan nak tutup. Ada sorang akak bagitau yang ada group perempuan nak join Treasure Hunt tapi tak cukup orang. I'm like, nakkkkkk :)
So, jadilah kumpulan yang awesome ni dan dianggotai oleh Ernnie, Kak Zurah, Kak Murni dan Kak Nurul. Depa ni mantops mantop you all. Semua pengurus PPK di MADA. Ernnie ja kuli. Dan Ernnie bersetuju nak jadi driver untuk perjalanan tersebut sebab pakai kereta Ernnie.
Naik sampai ke atas muzium padi. termengah-mengah. Bila baca soalan first dekat kertas dia tanya time naik tadi, ada berapa anak tangga? Hahaha |
That's Zuhdi, dia memang selalu menyibuk. |
Treasure Hunt MADA ni basically ada pencarian harta karun, pencarian nama slogan/kedai/tempat berpandukan peta (tulip) yang diberi di samping kena jawab beberapa soalan yang basic. Pencarian semua ni bermula dari Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar dan berakhir di Workshop MADA di Jitra. So apa kaitan Hat Yai? Kat sana hanyalah tempat untuk peserta rehat dan menerima hadiah (untuk yang menang la of course).
Kau mampu nak cari barang harta karun dekat Hat Yai? memang tak la kan. Nak baca apa-apa pun tak faham. So, bermain di Malaysia, berehat di Kedah. #Kauhado. Total kereta yang sertai Treasure Hunt kali ni memang paling banyak dalam sejarah katanya, before ni dalam 20-30 buah, tapi this time around, ada dalam 68 buah kereta yang join meliputi kakitangan MADA, PPK, Syarikat, Agensi luar dan perseorangan.
Pengalaman berTreasure Hunt ni sangat menarik. Sangat menarik sampai kami berjaya jawab 2 daripada 10 tekaan nama tempat. Punya la soalan tu pusing. Kau kadang takkan terfikir pun jawapan tu adalah untuk description yang dimintak.
Ernnie bagi contoh. "A bridge inside the oldest alcoholic beverage". Jawapan dia BETTER Sebab TT(titi) berada in the middle of BEER. So kena cari dekat papan tanda kedai yang sederet 400 m panjangnya, kat mana perkataan better tu. Jawapan dia ditulis kecik je dekat satu kedai perabut ni nak explain tilam VONO yang empuk tu, "sleep better".
Ha, tak tau la korang yang baca ni faham ke tak, tapi macam tu la. Kita ni pikiaq macam-macam and end-up give up sebab payah. Hahaha. Tapi sebabkan ni first time kami satu kumpulan, memang enjoy. Bila jawapan di reveal, memang ketawa berdekah-dekah sebab majority salah. hahaha. Ditambah pulak kakak-kakak ni memang lawak. Lagi penat perut Ernnie exercise.
Dan memang experience ni lebih mencabar sebab Ernnie ke negara luar drive sendiri. Mula-mula memang takut tapi macam eh, best jugak. Ernnie set waze dari Malaysia dan terus ke Hotel tempat kami akan menginap ; Hotel Daiichi di sedikit hujung dari pekat Hatyai tu. Impressed with myself sebab sampai ke sana tanpa bukak tingkap dan tanya orang. hahaha.
dekat Floating Market. Time ni masih dok berfikir-fikir nak makan apa. |
Too many pictures that you need to slnt your head. Sila berbuat demikian sebab Ernnie dah malas nak rotate. Dia macam payah sikit nak rotate. Blogspot, update yourself. |
So malam tu, kami bersama-sama yang lain ke Floating Market. Jangan tanya kat mana sebab Ernnie memang ikut orang. Klong Hae rasanya tempat tu nama dia. Cantik dan peaceful ja rasa. Ernnie beli koewtiaw tomyam yang rasanya ntah apa-apa dan air kelapa dalam buluh yang memang fresh and sedap. Mind you dekat Thailand ni banyaknya anjing kat tepi jalan. Depa ni takkan kacau kita tapi untuk yang terlebih takut (baca Ernnie) ni, memang terkejut, takut, menjerit semua ada dekat Pasar Terapung tu. Ya la, tengah dok hirup tomyam tak best tu, datang lah anjing ni dalam 30 cm kat tepi Ernnie. memang tak malu dah time tu Ernnie menjerit. hahaha.
Esok pagi tu, kami besarapan di satu restaurant Islam nama Restoran Abidin. Ernnie makan nasi siap-siap. Berlaukkan Ayam Goreng dengan kerabu manga. Harga boleh tahan dalam 80 bath. Hari yang sama jugak berlangsungnya majlis penutup Treasure Hunt. Malas nak cerita part ni sebab of course kami ni kalah. Cumanya tiba-tiba kumpulan kami dipanggil terima Anugerah Khas group perempuan semua. Power tak power. Walaupun kalah tapi tetap rasa kiteorang menang.
Dan lepas tu terus aktiviti sendiri. Ernnie and kakak-kakak semua pi satu pasar di Hatyai ni nama macam korea sikit pasar ni. Ernnie borong buah berangan dengan anggur kat situ. Murah weh. Kalau korang ke Hatyai, beli lah buah Berangan. Harga dia jauh lebih murah dari Malaysia. Siap goreng dah tau bukannye korang kena balik rumah and goreng. Ada la beli tshirt sehelai dua.
Lepas tu kami terus drive balik ke Malaysia tapi singgah dulu di Danok. Actually Danok tu maksud dia small market in bahasa Thai. Tempat Danok tu ialah Sadao. Ernnie tak beli apa-apa sangat sebab tak reti nak pilih. Kena ada mama Ernnie kot baru laju ja tunjuk. haha.
Kami keluar Sadao (sempadan Malaysia-Thai) dalam jam 4 lebih and sampai di MADA jam 5:30. Overall it was a good experience. Ernnie got to mingle with a lot of people. Experiencing new place. Got to drive to another country. Hopefully dapat pergi lagi next year & kasi menang terus. hahaha.
Ni bukan perhimpunan merah whatsoever. Ni acara penutup Treasure Hunt. Baju disponsor. |
Kiteorang dapat anugerah khas. Pemain wanita keseluruhan. Bangga la sikit. |
Lepas ni nak pi Krabi la rasa. Sapa nak ikut? Eh cop. passport Ernnie dah expired la~...
the END
Ps: Jalan raya dekat Thailand tak banyak lopak and berlubang. Rata ja ditambah oleh bersihnya jalanraya dia sampai ke tepi2. Cumanya wayar atas kepala berselirat sampaikan kita boleh rasa yang kita ni tengah naik keretapi ke or tengah drive ketera ni? :)