Plan memang dah lama dah. Dari belas-belas yang boleh join, disebabkan oleh kekangan kerja (mostly), hanya 8 orang sahaja yang boleh join the fun. Even Ernnie sendiri pun tak dapat nak catch up semua conversations yg berlaku kat dalam Whatapps. Bila kena bank in duit, Ernnie terus Bank in, macam tu ja.
Perjalanan bermula pada hari Jumaat 20 Mei. Semua plan yang dari belah utara nak berjumpa di Stesen Gurun. Dua dari kawan Ernnie akan car pool sekali.Perjalanan tu ambil masa dalam 4-5 jam. Berhenti rehat dekat RNR G. Semangol. Kiteroag berhenti di awal persimpang Cameron. Tak ingat tempat tu nama apa untuk bagi laluan dekat suami Fahna Shabud and Amy untuk Solat Jumaat.
Memori Ernnie di Cameron hanya samar-samar. Rasanya last ke Cameron time Ernnie umur 4 tahun. Dah 22 tahun dah tak jejak. kau hado? kali ni pulak nak ke cameron naik kerta sendiri dan drive sendiri. Ada la rasa cuak sikit sikit tapi sebab yang carpool sekali (Faizah dengan Dila) yang bagi peransang kaw-kaw punya dekat Ernnie, hahaha, sampai la jugak kat atas.
After tu kiteorg ke Lavender Farm. Entry fee RM8. So korang yang nak masuk make sure gunakanlah nilai RM8 tu sebaik-baiknya. tangkaplah gambar banyak okayh. Mula-mula rasa la jugak mahal tapi bila tengok balik, Ernnie rasa kos untuk maintenance tempat tu agak tinggi sebab macam-macam ada.
Bergambar hari ke-2 sebelum jenjalan~ |
Lavender Farm |
Faizah and Dilah |
Amri, Amy, Dilah and Faizah |
Lepas ke Lavender Farm, kiteorg pergi lunch dekat satu restaurant Melayu di Tanah Rata. sedap kot Koewtiaw Ladna dia. After makan dan agak petang dah rasanya (time ni fatin Nuri and her family pun dah sampai), kiteorang terus ke Cameron Valley, bajet nak snap gambar petang dekat ladang teh, unfortunately hujan pulak and kiteorg terus balik ke Chalet.
The Chalet (Noraini Chalet) memang best. Dia sebuah rumah tapi ada bilik 10 buah, kiteorg sewa 5 bilik kat situ (4 Family + 4 orang bujang). Siap prepare dengan BBQ sekali. and group kiteorg buat steamboat sekali. So memang malam tu kiteorg yang punya. hahaha. Basically malam tu jugak nak kena tunggu lagi Mastura, Syaq and husband dia.
Tidur nak dekat pukul 2 pagi kau. Sebab dah nama pun reunion, time ni la nak sebang pasal life sorang-sorang macam mana semua. Tapi macam tak ingat sebab lagi banyak ketawa dari serious matter discussion. Pagi tu kiteorang bertolak pukul 9 pagi. sebelum tu sempat snap gambar ramai-ramai. Kiteorang terus ke Sungei Palas tea Plantation. Tempat kilang Tea BOH. Memang best weh. Rasa macam di oversea. Kiteorang breakfast kat situ. Theme : English Breakfast + nasi lemak. Kalau nak pergi even balik hari, Ernnie rasa tempat ni is a must. Macam adventure sikit ^^.
8 of us |
Bless |
Love |
Breakfast |
Lepas turun dari Sg palas tu, kiteorang ke Kea Farm. Meriahnye weh. Ernnie beli hanya 4 barang tapi banyak. Ingat lagi siap tulistakut lupa. Sayur, Strawberry, Cactus and Tea. Dapat semua terus chow. Last meeting kiteorang adalah di Cameron Valley. Sebeb semalam tu tak dapat nak pergi, so hari ni nak lepas kempunan.
Masukkan risiko anda sendiri |
Kea Farm |
Cua the Go-Pro girl. |
Terima kasih dekat mastura (Cua) sebab bawak GoPro Camera. Jakun okay
Ernnie. Best sebab dia boleh snap picture dalam wide angle. So tak perlu
risau. confirm akan masuk dalam gambar. Nak beli nak beli!
Jutaan terima kasih jugak dekat suami - suami kawan Ernnie yang layan je kerenah kiteorang. Honestly tabik spring dengan korang boleh gamble along gila-gila jugak. Mesti derang macam, " Ya Allah redhanya aku bila tengok betapa mentalnya kawan-kawan bini aku". hahaha.
InsyaAllah akan ade plan yang nak dibuat every year. Yang mana tak boleh join this year punya reunion, fret not, akan ada lagi. Cumanya tak tau kekerapan dia macam mana. hahaha. bukan apa, point yang penting kat sini kena bagi peluang masa untuk yang tak kahwin nak mencari pasangan hidup. kahkahkah~ Ye lah, takkan lah every year orang lain dah bertambah bilangan family, tapi kiteorang (baca : akak) ni masih single. Kalau nanti semua dah kahwin (Amin~) setiap tahun pun boleh buat.
Kalaulah korang pernah baca post Ernnie sebelum ni, or maybe melalui fb/insta post, Ernnie pernah mentioned yang Persekitaran Ernnie di SMK Sultanah Bahiyah tu mengajar Ernnie menjadi manusia. Bila fikir balik, time dekat sekolah ni, Ernnie experience macam-macam perkara dalam hidup. Time tu masih dalam proses nak mengenal dunia. Konflik dengan kawan tu biasa sebab tak berapa nak matang lagi kan. Hahaha. tapi bila duduk dan sembang balik dengan kawan-kawan Ernnie ni, memang throwback sangat. Especially sebab kiteorg semua ni budak asrama. lagi lah banyak experience sama-sama.
Kejayaan yang Ernnie dapat sekarang ni memang sebab setiap sorang dari kawan-kawan Ernnie. Kawan-kawan adalah bits and pieces yang menghubungkan puzzle-puzzle hidup Ernnie menjadi satu pemandangan yang sangat indah. Terinagt Ernnie dalam satu buku yang Ernnie tengah baca sekarang pasal The greater Purpose by Dr Lawrence Walter
" I always believe that there is no such thing as a chance meeting. Every person and event that happens to us is meant to teach us something and bring us closer to our truth. Everything in this world has its purpose."
Wow! Mind Blowing
No comments:
Post a Comment