Feb 17, 2015

20 TANDA DIRI LEBIH BAIK DARI APA YANG DI FIKIRKAN.

 Assalamualaikum, 

Minggu lepas Ernnie ade lepak dengan kawan-kawan Ernnie. 
Macam biasalah semua mengupdate diri. Both my friends are engineers. 
So, perbualan menjurus kepada apa yang berlaku di sekeliling. 
Semuanya bercerita mengenai pengalaman bekerja, kehidupan bersama persekitaran yang sangat mencabar. Kedengaran serius, tapi tak pun. 

So kiteorg ni macam membuat keputusan yang gen-Y (kiteorng) ni macam tak bersyukur. Haha~ End up last ayat : 

"Hmmmmm..... Entahlah."
Nampak tak? :)

Okay, tu baru pendahuluan je. 
Satu hari Ernnie ade terbaca satu artikel berkaitan dengan
 Tanda Kita Ni lebih baik dari apa yang kita sangkakan.


 So lepas baca ni, kalau ada satu point pun, bersyukurlah. :) Ernnie nak ambil main point je. Elaboration nak tulis sendiri berdasarkan apa yang Ernnie rasa.

20 TANDA DIRI LEBIH BAIK DARI APA YANG DI FIKIRKAN.

1. Korang mampu bayar bil pada setiap bulan. 
Tak kira lah bil telefon, prepaid, sewa rumah ; apa sahaja yang berbentuk bayaran bulanan tetap, korang mampu bayar bil dan tiada yang tertunggak. Good on ya!

2. Korang mempersoalkan diri sendiri.  
Korang pernah ragu-ragu dengan pihihan yang korang pilih. Korang pernah rasa serabut pada sesuatu masa. Itu menujukkan yang korang masih berfikir dan korang sentiasa memberi ruang untuk perubahan dan pertimbangan atas pihilah lain.

3. Korang bekerja. 
Tak kisah apa jenis pekerjaan yang diceburi, samada berada dalam sektor kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri, korang mempunyai pekerjaan dan mendapat gaji atas pekerjaan tersebut. Tak kisahlah berapa pun nilainya!

4. Korang mempunyai masa untuk melakukan sesuatu yang korang gemari. Ramai antara kita yang terlalu workaholic sehinggakan melupakan masa yang sepatutnya diambil untuk diri sendiri.  
Bercuti ke luar negara, mengumpul setem mahupun hanya berehat di atas sofa memonton cerita kegemaran, buatlah sesuatu untuk mendapat kepuasan untuk diri sendiri.

5. Korang tak memikirkan apa yang perlu dimakan seterusnya. 
Bermaksud makanan selalunya ada di dalam peti ais, mempunyai duit untuk membeli makanan. Dengan kata lain, korang mampu untuk memilih makanan seterusnya.

6. Korang menikmati makanan yang dimakan
Makan yang dimakan bukanlah setakat mengisi perut korang yang sangat lapar, tetapi juga korang berjaya menikmati apa yang korang makan.

7. Korang mempunyai satu atau dua kawan yang betul-betuk akrab.  
Korang tak peduli sangat berapa ramai kawan karib yang korang ada. Tatapi apa yang penting bagi korang kawan yang korang declare sebagai rakan karib tu memang betul-betul mempunyai kualiti sebagai rakan karib korang. Quality over quantity buddies! :)

8. Korang mampu untuk menaiki kenderaan, mampu untuk mengisi minyak dan membeli secawan kopi!
Tak kisah kenderann yang dinaiki itu adalah kenderaan awam, yang penting korang mampu. Bagi yang berkereta, korang memang dah allocate duit gaji untuk minyak. Tak perlu mengharapkan sesiapa. *cough* parents *cough*.

9. Korang  bukanlah korang yang setahun dulu.  
Korang belajar untuk menjadi lebih baik. Korang mengambil iktibar di atas perkara lalu. Korang pernah melalui ups and downs dalam hidup. 

10. Korang ada masa dan waktu untuk melakukan sesuatu lebih daripada tahap yang paling rendah. 
Korang ke konvensyen ilmu, Big Bad Wolf, korang berjaya menhabiskan beberapa buah buku sebulan. Korang mendaftar diri untuk menghadiri kelas-kelas kesukaan korang. Pendek kata, korang ni tidak menghabiskan masa hanya berfikir mengenai pekerjaan korang sahaja. 

11. Korang mampu membeli baju lebih dari yang sepatutnya.  
Baju dekat dalam almari korang tu mempunyai pelbagai variasi. 
Bila korang membuka almari korang tak  terkejut tengok hanya hanger sahaja yang tersangkut.

12. Korang dapat mengenalpasti sesuatu yang tidak kena dengan diri korang. 
Bila korang melakukan satu kesalahan, korang tahu itu salah. Korang sedar yang korang berada dalam keadaan stress bila korang tak jaga pemakanan, suhu badan naik, korang pening kepala. Korang tahu bila masa yang betul untuk berehat dari terlalu fokus dengan kerja. 

13. Korang berjaya memotivasikan diri korang, 
Bila korang down, korang tahu cari sumber apa yang dapat meningkatkan motivasi diri. Korang membaca Al-Quran dan korang tengok jugak tafsir. Korang tahu ayat-ayat Allah ni dapat membantu korang. Korang gembira atas kejayaan kawan/rakan sekerja yag lain. Korang menjadikan mereka ini contoh untuk diri untuk lebih berjaya. 

14. Korang mempunyai ruang untuk diri sendiri.  
Korang tahu bila masanya untuk berjumpa rakan-rakan. Korang juga tahu bila masanya korang perlu balik kampung melawat ibu bapa dan korang juga tahu bilakah masanya korang hanya perlu berehat seoragn diri tanpa diganggu oleh sesiapa. 

15. Korang pernah menghadapi masalah perhubungan. 
 Korang pernah bercinta. Korang pernah mempunyai crush. Korang pernah putus cinta. Korang tahu pengalaman tersebut menjadikan korang matang dan lebih baik dari hari sebelumnya! 

16. Korang mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu.   
Korang sangat teruja untuk melakukan sesuatu. Keadaan sekeliling sangat mempengaruhi korang untuk menambah idea-idea baru untuk melakukan sesuatu. Korang bukanlah robot yang dicipta untuk melakukan sesuatu tanpa ada perasaan. Korang hidup!

17. Korang arif dalam penjagaan diri sendiri.  
Korang tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk diri korang. Korang juga selalu mencari-cari artikel yang boleh dipercayai untuk membantu korang menikmati hidup yang lebih sihat. Pinterest boleh jadi rakan akrib korang untuk mencari petua-petua dan tips yang berguna untuk diri. 

18. Korang berusaha untuk merealisasikan impian korang.  
Setiap tahun korang akan ada impian yang korang rasakan korang mampu untuk lakukan. tak salah untuk mempunyai impian seperti bercuti di Switzerland mahupun berbungee Jumping di NewZealand. Paling penting korang tahu yang korang akan berusaha untuk mencapai impian tersebut, 

19. Dalam masa yang sama, korang sentiasa memberi ruang untuk mengubah impian tersebut. Korang sentiasa menyediakan ruang untuk impian korang berubah. Jika ada masalah mungkin dari segi kewangan, korang mungkin akan menukar impian yang lebih realistic dengan keadaan semasa korang. Asalakan korang dapat membuat sesuatu yang dapat memberi kepuasan kepada diri, Itu sangat memadai. 

20. Korang pernah mengalami masalah/kejatuhan dalam kehidupan. 
Masalah yang korang hadapi sekarang nampak kecil bila korang pernah mengalami sesuatu yang lebih teruk di tahun-tahun yang sebelumnya. Korang sedar bahawa masalah yang korang hadapi akan membuatkan korang lebih matang dan korang mungkin akan menjadi manusia yang lebih realistik sekarang. 



Ha, korang ade berapa points? Untuk Ernnie macam banyak points dekat sini yang Ernnie boleh tick. Rasa bersyukur sangat masih mempunyai sifat rasa, rasa ingin lebih baik dari hari sebelumnya, rasa nak baca buku, rasa nak travel dan rasa macam-macam lah. 

Ada yang tak mampu nak berada macam mana tahap kita berada sekarang. Mungkin the fact that korang berjaya membaca artikel ini menunjukkan korang mampu untuk melakukan sesuatu. Ada manusia yang tak berkemampuan untuk membeli handphone atau komputer/laptop pun. 

Rasa sangat pelik kalau korang yang dah ada segala gadjet dan kesenangan ni masih tak rasa bersyukur dan hanya komplain. Komplain pada Ernnie bagus tetapi kalau tiada tindakan yang sepatutnya, lebih baik berhenti kompain dan move on. 


Kind Regards, 

Ernnie Omar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...