Feb 21, 2015

Wedding : Norain Haslinie

Assalamualaikum,

Okay, this is how it started.

We begin with friends at first. Entah macam mana, start rapat waktu dekat Taylor Universiti.

Dari Malaysia lagi kiteorang dah decided yang kiteorang akan jadi roomate di Aussie. So, there you go : Ernnie, Ain dan Wiwin.

Ernnie ni macam semua orang tahu, banyak cakap. Tapi housemate Ernnie yang dua orang ni lebih kepada pemalu dan pendiam. Friendship kiteorang ni macam compliments with each other.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang pertama kiteorang dekat bumi Down Under.



Then, setahun selepas tu, for some reason, kiteorang sangat rapat berlima. Tapi tak la bermaksud kiteorang ni tak kawan dengan yang lain. It's just kiteorang ni yang rebel sikit usrah kot. Hahaha! Aah, betul betul. Ni yang macam datang lewat untuk usrah. Tanya soalan sampai kakak Usrah annoying. <- Okay, tu Ernnie.

We all treasure each and every single us. Not just us five but everyone that's part of our journey in Down Under.


Inaz, Wiwin, Rasto, Ernnie, Ain.



Whatevs. Sebenarnye point Ernnie dah tersasar jauh dah ni. It's not a friendship day pun hari ni. Tapi nak beritahu yang my Ain dah kahwin. Gasak kau. My Ain okay. Suami Ain jangan marah ek.

So berbalik kepada Ain, beberapa bulan lepas dia hantar whatapps told me that she's getting engage. Terkejut beruk weh. Yup, kena mengaku yang Ernnie sangat terkejut. Bukan Ernnie je, semua orang okay semua.

That's the power of JODOH DITANGAN TUHAN. Subhanallah.



Ha, dua hari sebelum Perkahwinan Ain, Tough Catalog (found it via Pintrest) ada keluarkan artikel berkenaan BFFTJ (Best Friend Forever Till Jannah). Bila seseorang tu dah terlalu rapat dengan kita, dan mungkin telah menjadi part of our life, ada perkara yang bila berlaku akan mengakibatkan awkward moment, nak nangis pun ada, dalam masa yang sama so happy for her. Contoh perkara yang akan berlaku macam nilah : PERKAHWINAN. 

Selitan : bila recall balik, rasenye sekali je Ernnie betul2 pernah marah dekat Ain. memang nekad taknak cakap. Tapi sekejap je kot. Hahaha. 

Alhamdulillah, based on the conversation between me and her, the preparation went on smoothly.


Tengok, pi dengar talk pun nak keda duduk berdua.  Suami kepada Puan Ain, kami memang rapat okay. hahahaha.

Alhamdulillah, dapat jugak Ernnie ke Kelantan jumpa Pengantin. First time jumpa time Ain tengah touch up- touch up. Menjerit dia okay, menjerit. Theory Ernnie. 

1. Of course die terkejut.
2. Nak menghilangkan rasa awkward. Yelah bestfriend die datang punyelah jauh
  (Tapi die ni takkan mengaku yg Ernnie ni bestfriend die. Ego like that).
3. Ain rindu Ernnie. Awww. Cuweet ngat :')
 

Nak cakap jugak 
* ada satu time tu, Ain macam kene jalan ke pengantin lelaki dari depan rumah. Pengapit die dah ade siap dengan payung dah. Tapi die siap cakap "Ernnie ko teman la aku jugak." 

Nampak tak? Nampak tak? She needs me in her 'cuaks' time. Haha. Luv U Gain! 






Okay Last but not Least,

To Ain :
"When your housemate, course mate, unimate, roomate, best friend (8years and counting), listener, someone who lend her shoulders to you and someone who are with you in the good and bad times got married, you wish her all the happiness things possible. May Allah bless your marriage Amin. Like in Quran but I cannot recall what ayat is that saying that a good women deserves a good man. I believe Allah has given you a perfect match. Be a goof wife to your husband. Jangan setiap hari masak kuah 'ladna' je dekat laki ko weh. hahaha"
To Ain's Husband :
"Please take a good care of her. U might call me poyo or gelabah or whatsoever. But, she is very dear to me. to my heart. She's a shy person. Treat her correctly. She is my sister. She is my secretary :) She knew almost everything about me. Vice Versa. She took care of me despite her ego whatnot :). Don't take this note as a threat note. Haha. It's a note asking you to be responsible husband to her. "


Ain, aku tau ko terharu aku buat entry ni untuk kau. Jangan nangis please. ^^

Feb 17, 2015

Roundabout VS Tad Berpusing

Hari ni tusyen subjek Bahasa Inggeris. Ajar budak-budak ni berkenaan shapes and prepositions. 


Okay, kalau kita drive kereta, and jumpa satu bulatan, what we call it in English? Penat depa dok teka. Takde sape pun boleh bagitau. 


Me: It's roundabout everyone. 


Student 1: laaa, kami tak panggil roundabout, kami panggil tad (tar) berpusing. 


Me : huh?? Tipuuuuu, mane ade panggil tad berpusing. 


Students 2: Dak, dak, kami panggil pusingan bercabang. 


Me: mane adeeeee!!


Students lain semua gelak sebab tgk cikgu dia kena tipu. Hahaha, tad berpusing and pusingan bercabang.  *saye asyik tergelak sampai sekarang*  


JPJ, take note. :)) 



20 TANDA DIRI LEBIH BAIK DARI APA YANG DI FIKIRKAN.

 Assalamualaikum, 

Minggu lepas Ernnie ade lepak dengan kawan-kawan Ernnie. 
Macam biasalah semua mengupdate diri. Both my friends are engineers. 
So, perbualan menjurus kepada apa yang berlaku di sekeliling. 
Semuanya bercerita mengenai pengalaman bekerja, kehidupan bersama persekitaran yang sangat mencabar. Kedengaran serius, tapi tak pun. 

So kiteorg ni macam membuat keputusan yang gen-Y (kiteorng) ni macam tak bersyukur. Haha~ End up last ayat : 

"Hmmmmm..... Entahlah."
Nampak tak? :)

Okay, tu baru pendahuluan je. 
Satu hari Ernnie ade terbaca satu artikel berkaitan dengan
 Tanda Kita Ni lebih baik dari apa yang kita sangkakan.


 So lepas baca ni, kalau ada satu point pun, bersyukurlah. :) Ernnie nak ambil main point je. Elaboration nak tulis sendiri berdasarkan apa yang Ernnie rasa.

20 TANDA DIRI LEBIH BAIK DARI APA YANG DI FIKIRKAN.

1. Korang mampu bayar bil pada setiap bulan. 
Tak kira lah bil telefon, prepaid, sewa rumah ; apa sahaja yang berbentuk bayaran bulanan tetap, korang mampu bayar bil dan tiada yang tertunggak. Good on ya!

2. Korang mempersoalkan diri sendiri.  
Korang pernah ragu-ragu dengan pihihan yang korang pilih. Korang pernah rasa serabut pada sesuatu masa. Itu menujukkan yang korang masih berfikir dan korang sentiasa memberi ruang untuk perubahan dan pertimbangan atas pihilah lain.

3. Korang bekerja. 
Tak kisah apa jenis pekerjaan yang diceburi, samada berada dalam sektor kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri, korang mempunyai pekerjaan dan mendapat gaji atas pekerjaan tersebut. Tak kisahlah berapa pun nilainya!

4. Korang mempunyai masa untuk melakukan sesuatu yang korang gemari. Ramai antara kita yang terlalu workaholic sehinggakan melupakan masa yang sepatutnya diambil untuk diri sendiri.  
Bercuti ke luar negara, mengumpul setem mahupun hanya berehat di atas sofa memonton cerita kegemaran, buatlah sesuatu untuk mendapat kepuasan untuk diri sendiri.

5. Korang tak memikirkan apa yang perlu dimakan seterusnya. 
Bermaksud makanan selalunya ada di dalam peti ais, mempunyai duit untuk membeli makanan. Dengan kata lain, korang mampu untuk memilih makanan seterusnya.

6. Korang menikmati makanan yang dimakan
Makan yang dimakan bukanlah setakat mengisi perut korang yang sangat lapar, tetapi juga korang berjaya menikmati apa yang korang makan.

7. Korang mempunyai satu atau dua kawan yang betul-betuk akrab.  
Korang tak peduli sangat berapa ramai kawan karib yang korang ada. Tatapi apa yang penting bagi korang kawan yang korang declare sebagai rakan karib tu memang betul-betul mempunyai kualiti sebagai rakan karib korang. Quality over quantity buddies! :)

8. Korang mampu untuk menaiki kenderaan, mampu untuk mengisi minyak dan membeli secawan kopi!
Tak kisah kenderann yang dinaiki itu adalah kenderaan awam, yang penting korang mampu. Bagi yang berkereta, korang memang dah allocate duit gaji untuk minyak. Tak perlu mengharapkan sesiapa. *cough* parents *cough*.

9. Korang  bukanlah korang yang setahun dulu.  
Korang belajar untuk menjadi lebih baik. Korang mengambil iktibar di atas perkara lalu. Korang pernah melalui ups and downs dalam hidup. 

10. Korang ada masa dan waktu untuk melakukan sesuatu lebih daripada tahap yang paling rendah. 
Korang ke konvensyen ilmu, Big Bad Wolf, korang berjaya menhabiskan beberapa buah buku sebulan. Korang mendaftar diri untuk menghadiri kelas-kelas kesukaan korang. Pendek kata, korang ni tidak menghabiskan masa hanya berfikir mengenai pekerjaan korang sahaja. 

11. Korang mampu membeli baju lebih dari yang sepatutnya.  
Baju dekat dalam almari korang tu mempunyai pelbagai variasi. 
Bila korang membuka almari korang tak  terkejut tengok hanya hanger sahaja yang tersangkut.

12. Korang dapat mengenalpasti sesuatu yang tidak kena dengan diri korang. 
Bila korang melakukan satu kesalahan, korang tahu itu salah. Korang sedar yang korang berada dalam keadaan stress bila korang tak jaga pemakanan, suhu badan naik, korang pening kepala. Korang tahu bila masa yang betul untuk berehat dari terlalu fokus dengan kerja. 

13. Korang berjaya memotivasikan diri korang, 
Bila korang down, korang tahu cari sumber apa yang dapat meningkatkan motivasi diri. Korang membaca Al-Quran dan korang tengok jugak tafsir. Korang tahu ayat-ayat Allah ni dapat membantu korang. Korang gembira atas kejayaan kawan/rakan sekerja yag lain. Korang menjadikan mereka ini contoh untuk diri untuk lebih berjaya. 

14. Korang mempunyai ruang untuk diri sendiri.  
Korang tahu bila masanya untuk berjumpa rakan-rakan. Korang juga tahu bila masanya korang perlu balik kampung melawat ibu bapa dan korang juga tahu bilakah masanya korang hanya perlu berehat seoragn diri tanpa diganggu oleh sesiapa. 

15. Korang pernah menghadapi masalah perhubungan. 
 Korang pernah bercinta. Korang pernah mempunyai crush. Korang pernah putus cinta. Korang tahu pengalaman tersebut menjadikan korang matang dan lebih baik dari hari sebelumnya! 

16. Korang mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu.   
Korang sangat teruja untuk melakukan sesuatu. Keadaan sekeliling sangat mempengaruhi korang untuk menambah idea-idea baru untuk melakukan sesuatu. Korang bukanlah robot yang dicipta untuk melakukan sesuatu tanpa ada perasaan. Korang hidup!

17. Korang arif dalam penjagaan diri sendiri.  
Korang tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk diri korang. Korang juga selalu mencari-cari artikel yang boleh dipercayai untuk membantu korang menikmati hidup yang lebih sihat. Pinterest boleh jadi rakan akrib korang untuk mencari petua-petua dan tips yang berguna untuk diri. 

18. Korang berusaha untuk merealisasikan impian korang.  
Setiap tahun korang akan ada impian yang korang rasakan korang mampu untuk lakukan. tak salah untuk mempunyai impian seperti bercuti di Switzerland mahupun berbungee Jumping di NewZealand. Paling penting korang tahu yang korang akan berusaha untuk mencapai impian tersebut, 

19. Dalam masa yang sama, korang sentiasa memberi ruang untuk mengubah impian tersebut. Korang sentiasa menyediakan ruang untuk impian korang berubah. Jika ada masalah mungkin dari segi kewangan, korang mungkin akan menukar impian yang lebih realistic dengan keadaan semasa korang. Asalakan korang dapat membuat sesuatu yang dapat memberi kepuasan kepada diri, Itu sangat memadai. 

20. Korang pernah mengalami masalah/kejatuhan dalam kehidupan. 
Masalah yang korang hadapi sekarang nampak kecil bila korang pernah mengalami sesuatu yang lebih teruk di tahun-tahun yang sebelumnya. Korang sedar bahawa masalah yang korang hadapi akan membuatkan korang lebih matang dan korang mungkin akan menjadi manusia yang lebih realistik sekarang. 



Ha, korang ade berapa points? Untuk Ernnie macam banyak points dekat sini yang Ernnie boleh tick. Rasa bersyukur sangat masih mempunyai sifat rasa, rasa ingin lebih baik dari hari sebelumnya, rasa nak baca buku, rasa nak travel dan rasa macam-macam lah. 

Ada yang tak mampu nak berada macam mana tahap kita berada sekarang. Mungkin the fact that korang berjaya membaca artikel ini menunjukkan korang mampu untuk melakukan sesuatu. Ada manusia yang tak berkemampuan untuk membeli handphone atau komputer/laptop pun. 

Rasa sangat pelik kalau korang yang dah ada segala gadjet dan kesenangan ni masih tak rasa bersyukur dan hanya komplain. Komplain pada Ernnie bagus tetapi kalau tiada tindakan yang sepatutnya, lebih baik berhenti kompain dan move on. 


Kind Regards, 

Ernnie Omar

Feb 16, 2015

Terima Kasih Nisa Kay! : Single yang Gembira


Assalamualaikum,

Apalah yang nak dibandingkan orang yang follower 15 K dengan Ernnie ni yang hanya ada 15 orang ja. Tu pun tak tentu yang followers tu baca blog Ernnie. Tapi, tapi, Nisa Kay ada menulis satu entry pasal something yang Ernnie nak berterima kasih sangat dekat beliau. Nak jumpa Nisa Kay Boleh? Nak Kasi Hug 360 darjah. hihi :)
Pi baca dulu, satgi, patah balik mai dekat belog Ernnie balik kay? *UPDATED* Sebenarnya points yang diberi ni bukan dari Nisa Kay originally, tapi dari website ni : 

Signs You're comfortable being single

Ernnie nak olah setiap satu point yg Nisa tulis.
Melalui kacamata yang memakai contact lense ni. Eh? ^^

http://images.huffingtonpost.com/2013-12-08-alone_3.jpg
Nampak tak happynye kakak ni ^^

#1. Tak kisah tak melepak or just stay at home time hari minggu.
10 Markah Nisa! Memang tak kisah langsung. Tapi disebabkan oleh Ernnie ni kaki berjalan, boleh je berjalan sorang tanpa perlu call kawan. Malas. Sebab bila ajak, jarang keputusan die akan jadi "jom". Selalunya dia akan jadi "alaaa....."

#2. Gembira atas hari bahagia orang lain. 
16 Markah!. Memang hobi Ernnie ni pergi orang kenduri, aqiqah dan sebagainya. Tak pernah pun taknak pergi sebab "I jealous tengok pasangan tu bla bla bla".  Kalau berkelapangan untuk ke sana, Ernnie akan sampai, InsyaAllah. Sekarang ni sebab duduk Kedah terus, macam susah sikit. Tu je. :) 

#3. Tak rasa tak selesa keluar/hang out dengan kawan yang berpasangan. 
Perasaan awkward tu jarang timbul untuk Makcik yang bernama Ernnie ni. Dia okay and tak rasa apa-apa pun kalau kawan dan pasangannya makan bersuap tangan serta kaki. Dia okay. Masih mempunyai tangan untuk menyuapkan makanan ke mulutnya sendiri. :) 

#4. Takde dolak-dalik bila ditanya pasal jodoh. 
Point ni paling fav. Datang la makcik ke, pak angkat ke, nenek sedara ke tanya pasal jodoh. Ernnie dengan relaksnya jawab dengan jujur. 
 "Saye takde lagi".
Kesian balik dekat orang yang bertanya kalau derang ni buat expression
"awwwww, awak sabar ek".
Ernnie cool je la, takpayah la nak sedih2 sangat.  

#5. Boleh makan kat luar, tengok movie, dan travel sensorang. 
Memang boleh takde masalah. Ernnie lagi banyak tengok wayang sorang2 kot. Popcorn takyah share. Hahaha. Pi Singapore pernah sorang-sorang. Tak payah berteman pun takpe. Sebab selalunya kedai yang Ernnie nak masuk, orang taknak masuk. Kedai yang orang lain nak masuk, Ernnie tak nak masuk. Lagi best kan sorang macam tu? :) 

#6. Kesian dekat orang yang bersedih sebab insan lain masih single. 
Memang Ernnie kesian. Ye lah. Orang yang single tu okay je menjalani hidup yang Allah dah tentukan. Kau pulak yang bersedih lebih-lebih. End up Ernnie akan bersedih dekat orang tu. "Kesian lah"

#7. Jadual padat seorang single.
Kalau dah Ernnie yang ntah sape-sape ni pun rasa busy, apatah lagi Nisa Kay tu kan. Setiap minggu ada je perkara yang nak dibuat. Macam Ernnie, weekdays siang pergi kerja. Malam, Ernnie buat tusyen untuk budak-budak di kampung ni. Terasa nak mengisi masa lapang dengan buat benda yang Ernnie minat. Kalau Weekends, Ernnie memang akan menghabiskan masa dengan family atau Ernnie akan ke KL untuk jumpa kawan yang sama-sama single macam Ernnie. Haha.



(Ernnie skip points)

#9. Abaikan message yang datang entah dari siapa-siapa. 
Ha, yang ni betul. Kalau la ada yang message Ernnie start nak chat, yang tak beritahu siapa empunya diri, Ernnie malas nak layan. Buang masa.
Ada tu  :  "Saya nak berkenalan dengan awak". OR  "Cuba teka saya siapa". 
Ha, yang ni memang Waalaikumsalam lah. Bukan kerek ke what not, tapi rasa macam invaded life as an Ernnie by a stranger. 

#11. Ada perancangan awal untuk berkahwin. 
Memang ada. Semua manusia yang nak berkahwin ada perancangan macam ni. Especially time tengah belajar. Perasaan untuk berkahwin tu membuak-buak. Agaknya stress sangat la dengan study tu. Ernnie akui, kalau lepak dengan kawan-kawan, perkahwinan menjadi topik yang penting yang wajib dibincang. Haha. Tapi bila dah habis belajar, dah bekerja, tumpuan Ernnie lebih kepada stability dan nak balas jasa parents. 

"Boleh la Ernnie cakap macam ni sebab takde sapa lagi kan?"

Agree with that statement. Sebab takde sape-sape lagi lah Ernnie nak focus dulu untuk dua benda ni. Malas nak buang masa dok mencari siap tulang rusuk segala tapi tanggungjawab dekat parents terabai. Mungkin banyak dosa dekat parents, Allah nak compensate balik time ni kan? :) Allah mesti beri sesuatu perkara tepat pada masa, waktu dan keadaan kan. Ahhhhh, bestnya!

#13. Ernnie memang tak pernah rasa kekurangan tulang rusuk whatnot. Haha. Point ni kelakar tapi betul!  
Statement dah bercakap bagi pihak sendiri. tak perlu penjelasan. :P

#14. Memberi motivasi kepada yang ade masalah hubungan, yang baru putus, yang nak sambung balik. 
Ha, yang ni pun best jugak. Dah la best, betul pulak tu. Nisa Kay yang terbaik okay, Sapa kata orang yang single ni tak reti bagi solution dekat orang yang ade problem hubungan? Sebab bila single ni manusia tersebut akan lebih banyak memerhati, menganalisa, membuat hipotesis dan kesimpulan bedasarkan pemerhatian yang dilakukan. Kadang bila yang ada masalah rumahtangga or hubungan ni, orang tu macam automatik akan cari yang single mingle. Sebab dia taknak pressure yang mana dah kahwin atau dalam hubungan ni. so yang single *baca Ernnie* ni lah akan jadi tukang penasihat. Jangan risau, I reckoned I'm quite good in giving those advise. (Ya Allah, berlagaknya!). 

#16. Rasa lebih dari selesa bila orang lain bawa pasangan pi kenduri, kau bawak parents. 
 Ha, ni point sendiri. 
Selalu bila ada kenduri, Ernnie akan angkut parents Ernnie sekali. Satu sebab Ernnie masih amateur dalam pembawaan? kereta ni. Lagi satu, rasa best sebab boleh kenalkan parents dekat kawan-kawan. Last, senang mana tau ada orang yang minat, boleh terus 
"Tu parents saya, pergilah jumpa dieorang dulu". Hahahaha :)

Allah kan tak bagi apa yang hambanya mahu. Tapi Allah bagi apa yang hambanya perlu. Tunggu sikit masa lagi. InsyaAllah kalau bersyukur, Allah beri lebih. 

Mintak Shaheizy Sam, Allah kasi Zac Efron :). hihihi 


Kind Regards,
Ernnie Omar

Feb 14, 2015

Aiskrim pakcik motor : 50 sen & RM1

Aiskrim Kotak.
Kalau dulu kat tempat korang, selain Aiskrim Pakcik Mat Kool yang naik motor tu, ada jugak aiskrim lain kan?
Yang nak bagitahu ni pasal Pakcik motor jual aiskrim yang takde cop mak kool. 
Dia jual satu aiskrim 50 sen atau RM1. Sedap kot.
Ernnie memang suka aiskrim macam ni sebab dia kurang berkrim macam aiskrim mahal-mahal kat luar tu. 


#Paling sedih : bila mak takmau bagi duit time pakcik motor tu dah datang, 

#Paling marah : bila mak dah bagi duit, pakcik tu pulak tak berhenti walaupun kita dah lambai-lambai. 

#paling malang : bila kita berjaya beli aiskrim tu, tiba-tiba time pakcik tu nak pass aiskrim, aiskrim jatuh. (pakcik tu pulak takmau kasi yang baru kalau tak bayar lain). 

#paling gembira : bila pakcik tu bagi yang harga RM1 punya size tapi kita bayar 50 sen je. :) 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcS3rJY3WkVm9g65BuoW2dzMrPsLvOHH2VVYCOJqft6XElY2wiwAPQ-RVGzGS9_8jv6YNryyzaSyLUAl8fF7f1lo0bb_0tbhb7jVN5miOalaPRrf45WBVmoIskBmkqcynHU2pt3q3gzzA/s1600/C360_2014-01-06-18-34-30-595.jpg
Kredit gambar

Haritu Kakak Saudara Ernnie datang rumah bagi sekotak aiskrim ni. Dia bagitau ada macam kilang untuk aiskrim ni dekat area Kedah. Dia selalu pi beli. 
Rindu punya pasal, Ernnie makan cepat sangat, tak peduli orang lain. Hahaha. 

Lepas tu tempah dekat kakak saudara Ernnie Aiskrim kotak ni. Satu dalam RM 3.50. Ernnie beli sepuluh kotak kot. Macam - macam perisa. Ada Keladi, Durian, Chocolate dengan Strawberry. Maybe ada jugak perisa lain kot. Nak Vanilla tapi takde. 

Kerinduan terhadap Aiskrim ni membuak-buak. Sekarang ni alau nak dapat pun dekat tempat kenduri. Ada certain pakcik tu still guna pisau dan bukan scoop untuk letakkan aiskrim dalam kon. Yang tu yang paling epik tu. Jarang dah jumpa. :) 

Jangan risau, ianya Halal :)

Strawberry

Chocolate.
Kalau Keladi dia sedap bila letak dalam roti atau yang biskut tu kan. Durian pun sekali. 
Favourite Ernnie : Vanilla, Chocolate & Strawberry.
Favourite mama : Keladi/Yam
Favourite papa : Durian & Jagung

Best kan bila aktiviti-aktiviti throwback ni datang balik kat kita. Reminiscing the past orang Kedah kata :) .

Damailah Engkau Di Taman Syurga!


Melihatkan pada selautan manusia mengiringi jenazah Tok Guru, tak mustahil para malaikat juga akan turun berbondang-bondang menyambut tetamu Allah ini. 


Dengan ilmu dan segala kebaikan  Tok Guru, Allah mengangkat dan memuliakan derajat hambanya di mata hamba lain. Allahurabbi. 


Damailah Tok Guru di sana, di Taman Syurga! 

Feb 12, 2015

Train yourself : Flush your toilet paper



Teringat saya ketika mana saya menyertai Kelas Bahasa Inggeris yang diberikan percuma untuk pelajar2 tahun pertama di Univ. of Queensland di bangunan ICTE-UQ. Bangunan tersebut secara amnya dihadiri oleh pelajar-pelajar Asia yang belajar bahasa sepenuhnya atau part-time. 

Pertama kali masuk ke toilet di situ, saya terbaca notis yang tertulis 

"DO NOT THROW YOUR TOILET PAPER INSIDE THE SANITARY BIN. PLEASE FLUSH THE TOILET PAPER IN THE TOILET BOWL". 

Sejak dari itu saya mengamalkan seperti apa yang sepatutnya. Dan jika diamati jarang tandas menyediakan tong sampah di dalam toilet. Lebih parah jika tong-tong sanitary dimasukkan tisu tandas dan tiada ruang untuk dimasukkan pad. (Aaaaaa!!)

Tisu tandas direka khas untuk cepat terurai tapi tidak untuk tisu dapur, wipes baby, wet wipes, tisu lap tangan atau tisu muka. Maka nya, sila lah flush tisu toilet anda. Sekian. 



Feb 10, 2015

Khalifah Model School Re-Visit.

Tempat jatuh lagi dikenang, 
Inikan pula tempat bermain. 

Ha, tempat yang Ernnie pergi melawat ni bukan takat tempat bermain, kat sinilah tempat lari, tempat solat jemaah, tempat makan brunch dengan lunch, tempat lepak petang dengan student semua. 

Ernnie sempat mengajar dekat Khalifah School ni setahun je. Tapi impak die lama kot. Susah nak lupa semua. Sampai di KL pagi tu agak lewat sebenarnya. Ada masalah teknikal dekat Bas yang Ernnie naik. Selalunya sampai KL paling lewat 6 pg, hari tu pukul 9 pagi. No worries. Malas nak serabut-serabut kan. Ernnie ambil train ke rumah sewa Ernnie yang dulu, mandi semua and baru ke KMS. 

Sampai dekat sekolah, Yasmin + Safuro dah terjah Ernnie. 

TEACHERRRRR!!! 

Aduh, lemah semangat bila tengok bebudak semua. Rindu semua. Nak peluk semua. Jumpa year 6 dulu sebab derang dekat bawah tengah ada kelas Quran dengan Teacher Istoqamah, Teacher Yati, Ustaz Haris dan Ustaz Fadhli. Lepas tu Ernnie terjah office admin, Office HR, naik ke kelas-kelas (tapi taknak ganggu PNP sangat, so sikit je kelas yang dilawat), and ke bilik guru. 

Dah banyak kerja, ada jugak perkara yang dah berubah, teachers and ustazs are getting busy. Everything is for the sake of Allah and their students. I pray that one day KMS will be a very good school for every parents to send their kids there due to the quality islamic teaching that they've implemented. InsyaAllah Amin. 

Lepas habis semua school session, masa untuk Ernnie lepak dengan teachers, students, met their parents and stuff. Ya Allah, terharu Ernnie dengan parents dekat KMS. masih greet Ernnie the same way macam Ernnie dekat KMS. Tanya khabar, tanya kerja baru Ernnie macam mana. Sapa tak happy. Siap ada yang ajak pergi rumah la. 

Nangis boleh?
"Teacher, jom selfie?" , Okay Jom!
See, my hero on the left. I guessed he's the most surprised among all. Kan Aisa kan? ^^

Teman Teacher Fadilah Daycare. U can say it's menyibuk actually.
Nampak segala double chin semua. I've told you that I'm not goood in selfie thingy. Kelaut.
This is what we call, bringing selfie to another level. Memang hebat lah Maizatul snap picture ni.
Cute Little Aliah :) and Maizatul too.


Malam tu Ernnie dinner dengan X-Housemates dekat dalam senarai tempat makan favourite Ernnie : Wang Solo, Ampang.

This was taken on the next day. They have extra class for year 6. See, Maizatul's golden hand. :)
Maizatul, me and the ever-clingy-Hannah. :)

After that, I went to a date with my BFFTJ (Best Friend Forever Till Jannah), Nadzirah ^^.
Pergi Mid Valley lepak-lepak dan makan Sushi King. Nyum Nyum.
Time tu jugak Ernnie berjumpa dengan adik Ernnie yang outing nun jauh dari N.Sembilan sampai ke Mid ni.
Sebagai kakak yang berhati mulia (cough), harus la belanja si adik kan.



 
Nad ajak masuk kedai ni. Interior dalam kedai ni (lupa nama) memang cool seyh. Macam teringin nak buat satu kat rumah.

Lepas makan, kiteorang memang berjalan pusing satu Mid Valley tu.
Then encountered with this new kedai melepak.

Madame Waffles.

Sedap kot. Everything just nice. The coffee, the waffles memang best lah.
 (Kalau ada maple syrup as topping lagi best).
So sembang lah kami berdua sampai pukul 8 PM. Haaaa :)


Ask her whether she loves the food or she loves me? Rasa macam food tu. 


Muka Puas dapat date.

Habis revisit, date and stuff, Ahad tu Ernnie pergi Putrajaya ke rumah cousin. Kebetulan Ernnie ada meeting di Kementrian Asas Tani dan Industri hari Isnin. Alang - alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Encountered pulak dengan Amy and Syikin dekat Nū - Central. Ernnie baru kenal Syikin dekat situ. Syikin ni kawan Amy time pre-U. So jadilah pertemuan antara bekas pelajar Brisbane, Melbourne dan Adelaide. Hari sebelumnya dah makan Sushi King, kali ni Makan Sakae Sushi. Ernnie order Green Tea Noodle with Sesame Sauce and Soft Shell Crab. Sedappppppppp ! 


Ernnie telah menyerabutkan segala benda atas pinggan tu. Lawa senanye.


Ya Allah, bersyukurnya Ernnie Ya Allah. 
Jumpa kawan boleh, jumpa x-housemates boleh, Jumpa x-students boleh, jumpa parents boleh, makan sedap pun boleh, jumpa adik Ernnie siap. 

Paling best sebab boleh tambah satu entry dekat dalam blog ni ha :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...