Apr 28, 2011
Di hadapan Allah, kita sangatlah kecil..
Salam..
Hari ni ernnie nak share pasal betapa kecilnya diri kita ni.
Minggu lepas ernnie ade attend satu talk/program bertajuk "TAFSIR FI ZILALIL QURAN" oleh seorang akak (kak Salwa) yang diterbangkan dari Malaysia (sebut je M'sia sekarang, ernie trus tringin nak makan laksa hurm~)..
Tafsir tu dikarang oleh Sayyid Qutub. Sayyid Qutub ni hafaz Al-Quran sebelum umur beliau mencecah 10 tahun. Memang banyak lah buku2 yg ditulis oleh Sayyid Qutub ni dan buku beliau memang popular di Tanah Arab.
Dalam program tu, kakak Salwa ada cakap yang "kita ni kene rasa diri kecil/hamba, so that bila baca Al-Quran tu boleh feel. Bile cakap pasal kecil, tu yg ernnie post youtube video tu. Nak tunjuk betapa kecilnya diri kita ni.
MashaAllah, mmg kecil sangat2, tapi dalam masa yang sama Ernnie terharu sebab the creation of human being is the best creation by Allah. Ade akal yang boleh berfikir dan ada nafsu yang ada kuasa memilih.
Dan kalau kita bukak surah An-Naziat[79] ayat 27-33,
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)![27] Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,[28]. Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang,[29]. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya),[30]. Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya, [31]. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya),[32].(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu,[33].
Allah nak tunjuk yang semua ciptaan Alam atau matalamat kewujudan alam ni adalah untuk kegunaan manusia.
Fikir dalam-dalam, malu nye rasa ( cakap dekat diri sendiri)bila Allah sendiri dah cakap yang segala ciptaan adalah untuk manusia. Malu sebab kadang kadang kita lupa nak memanjatkan syukur kepada-Nya, Siap mengeluh, marah dekat cuaca. Sedangkan semua tu untuk kita.
Nak bagi analogy..
Macam sekarang ernnie teringin sangat nak makan laksa, pastu bulan 7 ni bila balik malaysia, mintak dekat mak suruh buat laksa. Mak pun buatkan la dekat anak kesayangan die ni (ehem ehem`).. Sebab ernnie ni lapar sangat, siap je laksa tu terus dengan lahapnya makan. Dah la makan sampai habis, lepas tu tak ckp terima kasih sume, terus pgi tengok tv ke hape. Ape la perasaan mak ernie time tu kan. Lepas dari tu, kalau ernnie suruh masak lagi, mesti Mak berfikir dua kali nak masak ke tak kan.. (Although ernie tau my mom will definitely cook for me!)
Macam tu jugak kita dengan Allah, dah la diri kecil, pastu diri yang kecil ni mintak sesuatu dekat Allah, lepas tu bila dah dapat, terus lupa dekat DIA, dan lagi teruk jadi bongkak dan sombong. Malu malu sangat kalau nanti Allah ungkit balik semua2 bende yang kita mintak then tak bersyukur/ berterima kasih lepas tu.
lagi satu bende yang sangat interesting yang terus boost perasaan ni, bile Ernnie tahu yang Allah ni sebenarnya sangat Malu.
Allah malu bila tengok hambaNYa mengangkat tangan dan berdoa, dan kerana Allah sangat malu, terus diampunkan dosa hambanya itu.
YA Allah seronoknya ernnie rase!!!
Dan jangan marah pulak kalau doa tak dimakbulkan on an instant, sebab doa ni ada tiga cara Allah nak bagi
1 : Diberi terus pada hambaNya
2 : Disimpan di akhirat
3 : Allah beri lindungan pada satu kejahatan seumpama kadar doa yang kita pohon.
Lastly, Sentiasalah rasa diri kecil dan rasa diri hamba kepada Allah
(Ernnie dapat dari Ustz Zahazan) Kawan bagi mp3 ceramah Ustaz Zahazan. :))
Wallahualam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul tu..kita memang sangat kerdil dan hina..maha suci allah yang menciptakan yang maha berkuasa.
Post a Comment