Assalamualaikum, ernie rase nak tulis blog walaupun mate dah pedih mintak bantal nak tido. (Jam menunjukkan pukul 4:20 ptg btw). Semua penduduk dunia ni dah dikejutkan dengan bencana alam gempa bumi dan tsunami yang berlaku dekat Jepun hari Jumaat hari tu. Memang takut sangat. Kalau fikir2 balik, tu Allah baru jentik je. Kalau kiamat nanti, MashaAllah, lagi la teruk. Dalam ayat 1-2 Surah Al Hajj (surah 22):
"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar[1].
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan[2]".
Bila cakap pasal Jepun ni, ernie teringat ada satu kisah ernie baca dalam buku yang ernie pinjam dekat kawan. Ada satu chapter tu cerita pasal majunya orang Jepun ni. ernie tak tau la nak tulis bijak ke hape, tp macam bijak lah kot.
Jepun ni suka makan ikan mentah kan? kan? Yang shashimi tu. tapi ikan tu kene betul2 fresh, kalau tak fresh, memang peraih ni takkan beli dari nelayan.Ye lah, orang kat Jepun ni kan bekerja sungguh2, so bile derang nak makan shashimi tu, kene cari yang fresh, baru puas hati dan maybe dapat hilangkan penat derang bekerja. Maybe la kan. Nelayan ni macam hadapi banyak masalah sebab negara Jepun ni ikan-ikan die takde dekat kawasan coastal, semunye kene travel 4-5 days nak dapat ikan yang berkualiti..
Bile nak travel jauh2, kapal2 nelayan ni sume derang modified jadi besar. OOO...Patut la bile ernie tgk video tsunami hari tu, sume kapal derang mak aii!, (Malaysia macam jauh lagi la nak ade kapal cenggitu untuk nelayan). So, macam mana nelayan tu nak buat supaya ikan yang sampai ke peraih ni masih dalam keadaan segar bugar?
Firstly, nelayan ni dapat idea taruk macam fridge kat dalam kapal2 besar ni. Mesti korang ckp, hek eleh, malaysia pun wat cenggitu!!. Lek lu lek lu. Nak sambung lagi. So bile derang letak ikan dalam tu, die cm fresh la jugak, TAPI, penduduk Japang ni mmg teror distinguished ikan ynag fresh ke or yg ltak dalam ais je. SO, kirenye idea yg ni gagal sebab xde sape nak beli ikan2 sangat.
Idea kedua menjelma. Jeng2, derang ni buat macam aquarium besar taruk air masin sume so bila tangkap and taruk dalam tu, ikan ni masih hidup la. (La, ade je kat msia ni buat cenggini gak). Ade mmg ade, tapi x banyak sebab msia ni lagi banyak nelayan die taruk ais je, ye la, kalau taruk yg aquarium tu, kene ade yg oksigen sume, mahal dowh. Msia x berape nak mampu sangat. (ke ernie salah fakta lagi).
TAPI, ikan2 ni berenang cam sehari je, sbb penat, pastu ikan2 ni dah ddk diam je dalam aquarium tu, maleh dah nk berenang teruk2 sgt. (Maybe sbb dah tau derang nak mati kot). Dan, Japanese people ni mmg tak mau bli jugak. Derang still ckp x fresh. nak tak nak, nelayan ni kene cari alternative. Rugi la kan, bot dah besar, hasil tangkapan banyak tapi orang xmau bli ikan depa.
last one maybe sampai sekarang derang pakai kot. tak tau la kesahihan tu mcm mana sbb cite ni pun ernie dapat dari baca buku je. nelayan2 ni still tangkap ikan dan taruk dalam aquarium tu. KALI NI DEPA BUBUH IKAN JERUNG DALAM TU. AMIK HANG!! NAK SGT!, hahaha.. maybe bukan ikan jerung yg besaqqq sgt, tapi bile derang ltak jerung dalam tu, berkeliaran lah ikan2 dalam tu dok berenang tak mau dibaham dek jerung tu. so sentiasa la ikan tu dok berenang. walau ada gak ikan yg mati kena makan, tapi ikan lain mmg banyak, dan nelayan2 ni untung sbb ikan yg tangkap tu kira sangat fresh dan sedap. macam baru tangkap.
Best kan cerita ni. I suke YOU!! tu je senanye nak cite pasal jepun ni. Xde la kaitan sangat dengan tsunami or earthquake. Just for sharing.
*kite suke tulis kat twitter or facebook, or tumblr, or instagram or ape2 la pray for Japan, tapi betul2 ke kite doakan kat derang? dan ernie rase lagi bagus kalau kite doakan pasal muslim kat jepun tu. InsyaAllah lagi besar pahala. (ke salah lagi ernie cakap ni?). Banyak orang cakap dan ernie pun setuju, maju mana pun negara tu, hebat mana pun negara tu, tapi takkan boleh melawan kuasa ALLAH. Bila Allah cakap jadilah, maka Jadilah dan xdak satu benda pun boleh menghalang.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment