Mar 23, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Salam
Hari ni ernnie nak share something ernnie dapat dari kakak ernnie. Die fowardkan. Thanks kak!

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

* Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Ø Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

* *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

* *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
____________________________________________________________________________________
Ernie mmg foward bulat2 ape yg ditulis. tp ade lgi panjang senanye. cukuplah dulu setakat ni je..

Bile ernie bace balik, mmg ibulah yg pamling penting. Bukanlah ayah x penting, tp ibu ni lagi kite kene jaga jangan lukakan hati derang. Sbb mak ni dah susah payah jaga kita. Mak ernie sndiri ckp
"Nak beranak hampa ni senang tp time mengandung asyik dok masuk kuar hospital sbb lembik sgt". Cian my mummy :)

Yang penting dari entry ni kita amik buat panduan, yg rsenye kurang penting time ni, simpan dulu dalam otak, kot2 boleh pakai di lain hari.. :)

Mar 21, 2011

UJIAN, EXAMS, TESTS from ALLAH


Salam, hari ni ernie nak ckp pasal ujian. senanye lame dah nak tulis entry ni, cumanye tak tertulis-tulis. Haritu (2minggu lepas) ernie ade pgi usrah dengan kakak-kakak post grad. Seronok sgt. Banyak lah ernie dapat input yg berguna. Sbb kakak2 ni derang lagi banyak sharing their past experience to us yg 'muda2' ni. Memang ernie muda pun. Baru 20 tahun :) (Promote jap).

Lepas sharing sesions tu, ade sorang kakak (Kak Atikah) bagi perkongsian la pasal tajuk UJIAN ni. Ernie dah banyak kali dengar pasal ujian ni, tapi ntahlah, kali tu rasa macam first time menusuk di QALBU ni. Mungkin hati ni kotor sangat kot lpas cuti 3 bulan kat Malaysia :D.

Ernie kat sini just nak share beberapa ayat yang berkaitan dengan ujian yang memang ada dalam Al-Quran.

Surah Al-Baqarah ayat 155

Demi sesungguhnya! Kami akan MENGUJI kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Surah Al-Anbiya [21] ayat 35:

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan MENGUJI kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada Kami.

Surah Al-Ankabut [29] ayat 2-3:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji(2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta (3).


Surah Al-Baqarah [2] Ayat 286 :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..~~(286)


Sebenarnye, banyak lagi ayat ayat pasal ujian ni. Dan bile bace ayat-ayat ni, rase macam tenang sikit kan???

Oh lagi satu sbb tengah teringat ni, kadang2 kite macam tension and pressure kan?? Ernie suke buat bende ni and it works for me. Kalau tension, kdg2 ernie trus bukak secara random Al-Quran tu, dan pick any ayat dan bace. Alhamdulillah ayat yg ernie akan tgk tu slalunye will ease my pressure. teringat pulak kalau bace journal, Ya Allah, punye lah susah nak cari isi penting, tapi kalau Al-Quran, senang sangat. Mukjizat Allah juga yg paling AGUNG. :D Tips ni kakak usrah ernie yg kasi.

Since ernie minat dgn korea and ciput la Jepun kan, nak touch a little bit bout them, Korea dgn Jepun ni sangat maju. Tapi kadar bunuh diri kat negara derang pun maju jugak. Mesti ada je orang bunuh diri stiap hari. Bila fikirkan balik, rasenye sebab depa ni xde pegangan agama. so, bile presure je bunuh diri, habis cite! (Sebenarnye tak abis pun cite sebab kat akhirat tu lagi dasyat!).

Sekian ~

Mar 16, 2011

Negara Jepun, orang Jepun dan sashimi

Assalamualaikum, ernie rase nak tulis blog walaupun mate dah pedih mintak bantal nak tido. (Jam menunjukkan pukul 4:20 ptg btw). Semua penduduk dunia ni dah dikejutkan dengan bencana alam gempa bumi dan tsunami yang berlaku dekat Jepun hari Jumaat hari tu. Memang takut sangat. Kalau fikir2 balik, tu Allah baru jentik je. Kalau kiamat nanti, MashaAllah, lagi la teruk. Dalam ayat 1-2 Surah Al Hajj (surah 22):

"Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar[1].

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan[2]".





Bila cakap pasal Jepun ni, ernie teringat ada satu kisah ernie baca dalam buku yang ernie pinjam dekat kawan. Ada satu chapter tu cerita pasal majunya orang Jepun ni. ernie tak tau la nak tulis bijak ke hape, tp macam bijak lah kot.

Jepun ni suka makan ikan mentah kan? kan? Yang shashimi tu. tapi ikan tu kene betul2 fresh, kalau tak fresh, memang peraih ni takkan beli dari nelayan.Ye lah, orang kat Jepun ni kan bekerja sungguh2, so bile derang nak makan shashimi tu, kene cari yang fresh, baru puas hati dan maybe dapat hilangkan penat derang bekerja. Maybe la kan. Nelayan ni macam hadapi banyak masalah sebab negara Jepun ni ikan-ikan die takde dekat kawasan coastal, semunye kene travel 4-5 days nak dapat ikan yang berkualiti..

Bile nak travel jauh2, kapal2 nelayan ni sume derang modified jadi besar. OOO...Patut la bile ernie tgk video tsunami hari tu, sume kapal derang mak aii!, (Malaysia macam jauh lagi la nak ade kapal cenggitu untuk nelayan). So, macam mana nelayan tu nak buat supaya ikan yang sampai ke peraih ni masih dalam keadaan segar bugar?

Firstly, nelayan ni dapat idea taruk macam fridge kat dalam kapal2 besar ni. Mesti korang ckp, hek eleh, malaysia pun wat cenggitu!!. Lek lu lek lu. Nak sambung lagi. So bile derang letak ikan dalam tu, die cm fresh la jugak, TAPI, penduduk Japang ni mmg teror distinguished ikan ynag fresh ke or yg ltak dalam ais je. SO, kirenye idea yg ni gagal sebab xde sape nak beli ikan2 sangat.

Idea kedua menjelma. Jeng2, derang ni buat macam aquarium besar taruk air masin sume so bila tangkap and taruk dalam tu, ikan ni masih hidup la. (La, ade je kat msia ni buat cenggini gak). Ade mmg ade, tapi x banyak sebab msia ni lagi banyak nelayan die taruk ais je, ye la, kalau taruk yg aquarium tu, kene ade yg oksigen sume, mahal dowh. Msia x berape nak mampu sangat. (ke ernie salah fakta lagi).

TAPI, ikan2 ni berenang cam sehari je, sbb penat, pastu ikan2 ni dah ddk diam je dalam aquarium tu, maleh dah nk berenang teruk2 sgt. (Maybe sbb dah tau derang nak mati kot). Dan, Japanese people ni mmg tak mau bli jugak. Derang still ckp x fresh. nak tak nak, nelayan ni kene cari alternative. Rugi la kan, bot dah besar, hasil tangkapan banyak tapi orang xmau bli ikan depa.

last one maybe sampai sekarang derang pakai kot. tak tau la kesahihan tu mcm mana sbb cite ni pun ernie dapat dari baca buku je. nelayan2 ni still tangkap ikan dan taruk dalam aquarium tu. KALI NI DEPA BUBUH IKAN JERUNG DALAM TU. AMIK HANG!! NAK SGT!, hahaha.. maybe bukan ikan jerung yg besaqqq sgt, tapi bile derang ltak jerung dalam tu, berkeliaran lah ikan2 dalam tu dok berenang tak mau dibaham dek jerung tu. so sentiasa la ikan tu dok berenang. walau ada gak ikan yg mati kena makan, tapi ikan lain mmg banyak, dan nelayan2 ni untung sbb ikan yg tangkap tu kira sangat fresh dan sedap. macam baru tangkap.

Best kan cerita ni. I suke YOU!! tu je senanye nak cite pasal jepun ni. Xde la kaitan sangat dengan tsunami or earthquake. Just for sharing.

*kite suke tulis kat twitter or facebook, or tumblr, or instagram or ape2 la pray for Japan, tapi betul2 ke kite doakan kat derang? dan ernie rase lagi bagus kalau kite doakan pasal muslim kat jepun tu. InsyaAllah lagi besar pahala. (ke salah lagi ernie cakap ni?). Banyak orang cakap dan ernie pun setuju, maju mana pun negara tu, hebat mana pun negara tu, tapi takkan boleh melawan kuasa ALLAH. Bila Allah cakap jadilah, maka Jadilah dan xdak satu benda pun boleh menghalang.

Wassalam~

Mar 11, 2011

SEX before marriage for muslims??


Okay, if you just read the title, you might say :: Eh, Ernnie ni promote Sex sebelum kahwin ke??... NO WAYYYY MANNN!!!

Just have a look at that AIDS campaign and think..

Now let me have my own opinion. All you need to do is sit back and read. Bile bace ape yg I tulis ni, it feels like i'm writing an essay in primary school pulak.

I find this AD is quite wrong for Muslims. Seems like they are going to promote sex-before-marriage. Its A BIG NO for us as Muslims.. HARAM!.. Okay maybe I’m the only one who translated it in a wrong way because it’s for AIDS adv.. but if you get married with an AIDS (simpang malaikat ) patient, you are not allowed to have a sex with him ( based on my knowledge since its going to bring a harmful effect to the wife and the children)..like seriously okay!!

Thus, I take it as the AIDS ad to non muslim! but why Sazzy Falak being the model there? That one I seriously don't understand AT ALL!







But if you guys look at another pictures, all the messages is clear right. Although we already know that AIDS are mostly coming from the one who always practice FREE SEX kan? kan?. Please let me know if this fact is wrong.
Oh btw, I like what Daphinie wrote there "YOU WONT GET AIDS FROM HUGGING SOMEONE LIVING WITH HIV.. LIKE HELLO". That is 100% true!

HADOII, sakit mak!

*like I said in prev entry, this is my blog, this is my opinion, anyone felt like I wrote something wrong do drop me a comment. I'll appreciate that..
and any spelling mistakes considered as "wind that passed by" hahaha.. I'm learning babe!


Cr pics : ohbulan.com

Mar 3, 2011

Bak Air mengalir

Apa yang aku ucapkan, melalui bibirku ini tidak dapat ditahan,
Bak air yang mengalir.. 
Tidak pernah berfikir arah mana yang akan dilalui. 
Sehinggakan ada hati yang terguris.
Tanpa kusedari..

Berfikir selepas berkata adalah bahaya.. Menyesal tiada guna. 
Berfikir sambil berkata2 juga kesannya sama.. Tesentap di tengahnya. 
Yang terbaik adalah berfikir sebelum berkata.. 
Tiada hati yang akan terluka.. 

Namun aku tidak biasa dengan pilihan ketiga.. 
Sepertinya diriku harus dipaksakan perubahannya.. 
Perubahan ke arah kebaikan.
Untuk mencari keredahaan Allah dan insan.. 
Supaya senang kehidupan dunia dan akhirat..

Itulah kemenangan hakiki pada diriku.. 
Menuju Allah yang satu. 


* terbangun dari tidur pukul 1 pagi..
Terus bukak phone and karang this one..
Xtau nk tulis ape, buatlah sajak..
Tak sangke boleh buat mende2 cm ni..
Bajet xde la dalam badan gene2 yg related dgn melankolik emoish2 ni,.
Bwahahaha..

Mar 1, 2011

New entry in 2011

Lamenye tak update blog ni..
Bile fikirkan balik, kalau time cuti mmg x tpikir pun nak tulis ape
Pastu saye buat sajak je..
Tetibe je rase cam bajet2 emo..

Hari ini aku pasti akan rindukan kenangan semalam.
Yang tak mampu diputarkan kembali..
Walau rutinnya sama namun aku tetap yakin akan terselitnya sedikit perbezaan.. 
Perbezaan itulah yang mendewasakan ku.. Mematangkan ku.

Entah mengapa, walau merindui hari semalam, hatiku tidak langsung ingin masa diputarkan.
Enak dibuai oleh impian akan datang.
Senang rasanya menghirup angin sekarang. 

Hari hariku akan sunyi jika tidak dimarahi mama, dileteri papa. 
Penyeri hidupku adalah mereka. Itu noktah. 
Ingin menjadi seperti mereka itu pasti. 
Tidak pernah ku lempari kesalahan atau kekurangan diriku kepada mereka.. 

Mama papaku sudah penat memegang berus mencanting si'kain putih' ini. 
Kini aku sendiri yang harus memegang berus dan menambah serta memperelokkan corak yang kering di atas kain. 
Apa yang dicanting sudah pasti mengubah coraknya sedikit demi sedikit. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...