Feb 12, 2015

Train yourself : Flush your toilet paper



Teringat saya ketika mana saya menyertai Kelas Bahasa Inggeris yang diberikan percuma untuk pelajar2 tahun pertama di Univ. of Queensland di bangunan ICTE-UQ. Bangunan tersebut secara amnya dihadiri oleh pelajar-pelajar Asia yang belajar bahasa sepenuhnya atau part-time. 

Pertama kali masuk ke toilet di situ, saya terbaca notis yang tertulis 

"DO NOT THROW YOUR TOILET PAPER INSIDE THE SANITARY BIN. PLEASE FLUSH THE TOILET PAPER IN THE TOILET BOWL". 

Sejak dari itu saya mengamalkan seperti apa yang sepatutnya. Dan jika diamati jarang tandas menyediakan tong sampah di dalam toilet. Lebih parah jika tong-tong sanitary dimasukkan tisu tandas dan tiada ruang untuk dimasukkan pad. (Aaaaaa!!)

Tisu tandas direka khas untuk cepat terurai tapi tidak untuk tisu dapur, wipes baby, wet wipes, tisu lap tangan atau tisu muka. Maka nya, sila lah flush tisu toilet anda. Sekian. 



Feb 10, 2015

Khalifah Model School Re-Visit.

Tempat jatuh lagi dikenang, 
Inikan pula tempat bermain. 

Ha, tempat yang Ernnie pergi melawat ni bukan takat tempat bermain, kat sinilah tempat lari, tempat solat jemaah, tempat makan brunch dengan lunch, tempat lepak petang dengan student semua. 

Ernnie sempat mengajar dekat Khalifah School ni setahun je. Tapi impak die lama kot. Susah nak lupa semua. Sampai di KL pagi tu agak lewat sebenarnya. Ada masalah teknikal dekat Bas yang Ernnie naik. Selalunya sampai KL paling lewat 6 pg, hari tu pukul 9 pagi. No worries. Malas nak serabut-serabut kan. Ernnie ambil train ke rumah sewa Ernnie yang dulu, mandi semua and baru ke KMS. 

Sampai dekat sekolah, Yasmin + Safuro dah terjah Ernnie. 

TEACHERRRRR!!! 

Aduh, lemah semangat bila tengok bebudak semua. Rindu semua. Nak peluk semua. Jumpa year 6 dulu sebab derang dekat bawah tengah ada kelas Quran dengan Teacher Istoqamah, Teacher Yati, Ustaz Haris dan Ustaz Fadhli. Lepas tu Ernnie terjah office admin, Office HR, naik ke kelas-kelas (tapi taknak ganggu PNP sangat, so sikit je kelas yang dilawat), and ke bilik guru. 

Dah banyak kerja, ada jugak perkara yang dah berubah, teachers and ustazs are getting busy. Everything is for the sake of Allah and their students. I pray that one day KMS will be a very good school for every parents to send their kids there due to the quality islamic teaching that they've implemented. InsyaAllah Amin. 

Lepas habis semua school session, masa untuk Ernnie lepak dengan teachers, students, met their parents and stuff. Ya Allah, terharu Ernnie dengan parents dekat KMS. masih greet Ernnie the same way macam Ernnie dekat KMS. Tanya khabar, tanya kerja baru Ernnie macam mana. Sapa tak happy. Siap ada yang ajak pergi rumah la. 

Nangis boleh?
"Teacher, jom selfie?" , Okay Jom!
See, my hero on the left. I guessed he's the most surprised among all. Kan Aisa kan? ^^

Teman Teacher Fadilah Daycare. U can say it's menyibuk actually.
Nampak segala double chin semua. I've told you that I'm not goood in selfie thingy. Kelaut.
This is what we call, bringing selfie to another level. Memang hebat lah Maizatul snap picture ni.
Cute Little Aliah :) and Maizatul too.


Malam tu Ernnie dinner dengan X-Housemates dekat dalam senarai tempat makan favourite Ernnie : Wang Solo, Ampang.

This was taken on the next day. They have extra class for year 6. See, Maizatul's golden hand. :)
Maizatul, me and the ever-clingy-Hannah. :)

After that, I went to a date with my BFFTJ (Best Friend Forever Till Jannah), Nadzirah ^^.
Pergi Mid Valley lepak-lepak dan makan Sushi King. Nyum Nyum.
Time tu jugak Ernnie berjumpa dengan adik Ernnie yang outing nun jauh dari N.Sembilan sampai ke Mid ni.
Sebagai kakak yang berhati mulia (cough), harus la belanja si adik kan.



 
Nad ajak masuk kedai ni. Interior dalam kedai ni (lupa nama) memang cool seyh. Macam teringin nak buat satu kat rumah.

Lepas makan, kiteorang memang berjalan pusing satu Mid Valley tu.
Then encountered with this new kedai melepak.

Madame Waffles.

Sedap kot. Everything just nice. The coffee, the waffles memang best lah.
 (Kalau ada maple syrup as topping lagi best).
So sembang lah kami berdua sampai pukul 8 PM. Haaaa :)


Ask her whether she loves the food or she loves me? Rasa macam food tu. 


Muka Puas dapat date.

Habis revisit, date and stuff, Ahad tu Ernnie pergi Putrajaya ke rumah cousin. Kebetulan Ernnie ada meeting di Kementrian Asas Tani dan Industri hari Isnin. Alang - alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Encountered pulak dengan Amy and Syikin dekat Nū - Central. Ernnie baru kenal Syikin dekat situ. Syikin ni kawan Amy time pre-U. So jadilah pertemuan antara bekas pelajar Brisbane, Melbourne dan Adelaide. Hari sebelumnya dah makan Sushi King, kali ni Makan Sakae Sushi. Ernnie order Green Tea Noodle with Sesame Sauce and Soft Shell Crab. Sedappppppppp ! 


Ernnie telah menyerabutkan segala benda atas pinggan tu. Lawa senanye.


Ya Allah, bersyukurnya Ernnie Ya Allah. 
Jumpa kawan boleh, jumpa x-housemates boleh, Jumpa x-students boleh, jumpa parents boleh, makan sedap pun boleh, jumpa adik Ernnie siap. 

Paling best sebab boleh tambah satu entry dekat dalam blog ni ha :) 

Jan 5, 2015

2015 New Year Holiday : Langkawi

Assalamualaikum. 
Dah tahun baru dah. So Happy 2015 everyone!!
Semoga tahun ni menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. 

 Okay, I;m starting my new year with a family holiday to Langkawi. Basically holiday ni untuk adik Ernnie yang 'dikatakan' tak kemana pun oleh ibunya. Tapi setiap minggu dia keluar jumpa kawan dia okay. Anak mama yang ini (read : ME) yang tak kemana. Cuti sekolah pun tak dapat. Straight terus masuk kerja baru, Adoi. 

With that saying, me myself appointed that this holiday belongs to me. *fefeeling Pwincess*

So kami bertolak on the 2nd of January after solat Jumaat dari rumah. Dari rumah Ernnie ke Kuala Perlis tu dalam 30-40 minit. Considered dekat la kan? 

Sampai tepat pukul 4:30 petang, tapi naik ferry pukul 6:00. Sebab tiket untuk 4:30 tu dah habis. Redha je. 

Sampai di Langkawi dalam 7++, kami disambut oleh cousin Ernnie yang juga memang mengendalikan perniagaan pelancongan dekat Langkawi ni. 

kalau nak contact number, bagitau, nanti Ernnie kasi. :) 

Papa, Mama and Elin.
Kak Teh terus bawak kiteorang ke Restoran Nelayan. 
Nak ke situ tak sure sebab gelap plus ke dalam sikit. Memang betul2 boleh nampak Laut. Restaurant tu dekat dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Langkawi.
Sedap okay makanan dia. Untuk yang mengetahui, Ernnie ni tak berapa makan ikan sangat. Kalau ikan besar-besar memang tak makan langsung. Ikan darat apatah lagi. 

Kalau ada yang bawak makan ikan bakar semua, memang that person boleh kecil hati kot. Takde perasaan nak makan pun. Tapi yang Kak Teh bawak ni, ikan dia Ernnie boleh makan. Siakap dengan Ikan Kerapu rasenye. Tak hanyir langsung. Sos atas ikan tu sedap sangat! muahaha. Mungkin lapar kot. Tu yang bedal semua tu. Siap dengan Asam pedas yang marvelous tak hengat!. 

Nampak Ikan bakar tu? Serious sedap okay.

Kak Teh ni ada menyediakan perkhidmatan chalet sekali. Homestay la rasenye sebab chalet tu dalam area rumah Kak Teh saya. Yang chalet kat bawah ni, harga dia dalam RM400 tak silap for 3d2N sekali kereta atau murah lagi. Berbaloisangat. Boleh duduk dalam tu 2-3 orang rasenye.Ada 2 chalet macam tu. 

Ada lagi satu, besar sikit, boleh 4-7 orang. Sekali kereta Avanza macam tu, dalam RM 600-  700 for 3D2N. Memang selesa I tell you. Rumah Kak Teh saya ni pun dekat area Pekan Kuah tu jugak. Easy.



Ha, yang ni yang best ni. We went Island Hopping. Dalam RM35 seorang. 3 Islands in total.
First : Pulau Beras Basah
Second : Pulau Singa (Eache Feeding)
Third : Pulau Dayang Bunting


On the way to the first Pulau.


Dekat Jetty nak naik boat for Island hopping.

Pulau Beras Basah. They will give us about 45 minutes to mandi ke hapa ke. buat ikut suka.



Yang dekat depan tu, anak Kak teh merangkap anak sedara Ernnie. See, mama was so busy. Dekat Pulau pun buat phone call still.
Nanti Ernnie upload pictures dekat Pulau Singa and Pulau Dayang Bunting. :)

Kudos to Elin. She managed to snap me with an eagle. Susah kot. Tq Tq.

Add caption
Above picture basically show us the overall Pulau Dayang Bunting. Amazing. U can see the head, the body with a bit of bump. Sebab tu nama pulau ni Pulau Dayang Bunting. There was a story behind this actually. tapi Ernnie tak sure sangat how.

 
Tasik Dayang Bunting. It's very nice tasik air tawar with 14 meters depth. 





Kiteorang ni tak pandai pun nak berenang macam anak-anak Mat Saleh yang selamba je terjun. nampak tak tu? Pegang tali jugak. Sebab masing-masing malas nak sewa pelampung. Harga sewa RM 5. Kalau rasa nak pergi jauh sikit ke tengah tasik, better sewalah kot. Since our Papa quite a good swimmer, tu yang kiteorang berani tu.


Ramai sangat yang meng'bare' kan badan mereka. Sah, tu pelancong asing tu. :)

 
Mama macam biasa risau anak-anak dia terjun tak pakai any safety equipments. Last-last duduk bawah payung penat. Teehee.


Ni gambar dah sampai Jetty Kuala Perlis. Balik sebelah petang after pi beli Coklat. Ada la beli Daim sikit, Kisses sikit and this delish Danish cookies. Tapi harga Danish cookies ni sama je dekat sini. Macam tak worth it beli dekat Langkawi kot. Tapi dah sedap. I nak jugak!.

 
Muka Penat tak henti berjalan.



So habis dah bercuti. Short but sweet omputih cakap. :)
Chop chop! Off to work :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...