Nov 7, 2013

Putrajaya Part 2

Bermula dengan browse around internet sebab nak cari public library kat Putrajaya minggu lepas, end up encountered dengan Perdana Library yang anjurkan talk/forum bertajuk "Current Political Trends and their Impact on the Economic and Social Direction of Malaysia". Speaker2 yang terlibat seperti Tun Dr Mahathir dan Dato' Saifuddin Abdullah. Gamble sorang-sorang pergi talk & end up jumpa kawan Chinese nama Sammie yang sangat cool :). Good talk, good forum, good food and great people. 


Yesterday, I was a bit bold by asking him a question regarding the future of Malaysia in 5-10 years time. 

His answer was "I'm not an ahli nujum lah Syafika" (yup he called me Syafika). But he did mention that he wish in 5-10 years time, Malaysians will become   'knowledgable citizen' with a quality as a person and not a robot. 

Deep. 

Gambar-gambar kat bawah ni gambar yang Ernnie sempat snap time jumpa Tun dengan time browse around dekat Yayasan tu. Memang cantik. Kalau datang lagi Putrajaya nanti-nanti, mesti nak jejak lagi. Ni baru interior yang capture attention Ernnie, tak masuk lagi dalam library tempat simpanan buku-buku rujukan. Hari tu tak sempat. 



Betul-betul Ernnie amik tempat duduk belakang Tun. :)





Nov 2, 2013

Putrajaya on 2nd November

Hari ni dekat Masjid Tuanku Mizan Putrajaya, attended bicara semasa (Dr. Zaharuddin) & Halaqah tv9 (Ust Badli Shah, Ust Mustafa Kamal & Ust Tarmizi). Alhamdulillah for such opportunity. :)) .


By the way, dah lama diri ni nak jumpa Dr. Zaharuddin. Selalu baca status fb beliau je. Hari ni dah nampak live. Walaupun sangatlah jauh. Rasa teruja. Since Parents tak boleh datang sebab nak pergi ambil anak sedara balik dari Makkah, (as usual) Ernnie pergi sorang-sorang. 😊


Lepas tu, ada event lain i.e. Halaqah. Taktau pulak dia tayang live dekat tv9. Terus message anak sedara suruh tengok. Haha. Tapi taknampak pun Ernnie sebab purposely duduk kat belakang Cameraman. Camera tu tak pusing langsung side yg Ernnie duduk. Tapi awesome jugak tengok event yang berlaku live dekat tv. Mungkin before ni tak pernah kot. Kalau ada pun, forum Perdana time kecik-kecik. Tak ingat langsung. 


Lepas halaqah, pihak masjid ada sediakan Makanan. Soto & Bihun sup. Apa lagi kan. Pkul 11 lebih baru habis semua and balik. 


Anyway, Putrajaya bestlah! 😍😍 seronok tinggal dekat sini although sementara je. Banyak aktiviti/knowledge-based-events yang boleh kita join kalau pandai cari. Sekarang guna internet je, senang sangat jumpa. 


Okay nak tidur. Dah 3.32 AM. Caffeine effect. ^^











Oct 25, 2013

Aidiladha di Putrajaya

Tak terbayang pun dalam kepala yang tahun ni akan beraya Aidiladha di Putrajaya (PJ) sebenarnya. Coincidence sebab Ernnie ikut parents pergi babysit anak sedara Ernnie di PJ. Parents dieorang ke Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun 1434. 

Ya Allah ramainya orang. Itu expression family Ernnie tatkala sampai di perkarangan masjid. Bila dah masuk dalam apatah lagi. Terasa semangat nak raya tu. Dengan first time Ernnie berada dalam Masjid Besi yang serba cantik Subhanallah MashaAllah! Speechless!! 

Mungkin raya haji ni ramai yang di bandar tak pulang beraya sebabkan cuti hanya 2 hati je tak silap. Masing-masing raya dekat bandar. Eh meriah jugak apa. Dapat tahu dari Papa yang 18 ekor lembu tumbang untuk korban dekat Masjid Besi ni. 

Ingatkan takde siapa-siapa nak datang, rupanya ada juga sepupu Ernnie yang lagi sorang datang. And family belah kakak sepupu Ernnie yang ke Makkah tu pun datang. Suasana raya tu 'just nice' orang putih kata. :) 

Hopefully Ernnie dapat menggunakan masa yang ada dekat Putrajaya ni sebaiknya. Ada jugak browse event-event yang ada kot-kot boleh pergi. 





Semua ni anak sedara Ernnie. 





Lastly, tak terlewat untuk Ernnie nak mengucapkan Salam Aidiladha buat semua rakan muslim. Pada yang sedang mengerjakan Rukun Islam ke5, diharapkan anda semua mendapat Haji Mabrur. Mohon doanya untuk kami-kami yang terlalu berhajat untuk pergi. Amin~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...