Aug 6, 2013

ANUGERAH YANG TERINDAH =P

Terawikh.
Selalunya bila habis 4 rakaat, selalu dahaga. So hari ni Ernnie bawak botol air, taruk kasi penuh.

Habis Isya' - minum
Habis 2 rakaat Terawikh - minum lagi
Habis rakaat ke-4 - pun minum lagi.

Eh, eh.. terperasan something dekat botol air tu.





user posted image

Air Mineral Semulajadi

AIR ANUGERAH?? Bacaan 30 Juzuk Al-Quran & Doa-doa pilihan. 

Honestly Ernnie kurang minat sikit air or anything yang jual dekat pasaran yang berkisar dekat bacaan Quran, doa2. semua. Bukan tak percaya pada mukjizat Al-Quran ni, Tapi business yang berkisar pada benda-benda macam ni. Sebotol air sampai RM5.00! Aduhhh~

Ernnie sendiri pernah mintak air penerang hati dari seorang Ustaz dulu. Ernnie lebih percaya kalau kita sendiri pergi dan mintak Ustaz buatkan air tu. Nampak dan dengar sendiri apa yang Ustaz tu baca. Kita pun tahu ayat-ayat Quran ni sememangnya ada mukjizat penyembuhan penyakit semua.

Ernnie : Mama, ma beli air-air macam ni?

Mama : Bukan mama yang beli, Elin (adik Ernnie) yang beli dekat sekolah.

Ernnie : Ha? Sekolah jual ni?

Mak Ernnie tahu yang Ernnie memang kurang gemar sikit perkara-perkara macam ni. And I don't think she bought it either. Tapi sangat terkejut sebab adik beli di sekolah. Boleh pulak?

Balik rumah terus google. Rupanya popular jugak jenama ANUGERAH ni. Macam-macam product depa jual. Kebanyakkannya berlapikkan nama agama/ bacaan quran. Dan harga bagi setiap product pada Ernnie mahal!. Sorry to say, tapi yang selalu kene tipu, budak-budak, pelajar, ibu bapa yang innocent. Kesian.

Tempoh hari ada bersembang dengan abang ipar sebab time tu kecoh kes Air Khodaffi (betul ke tak ejaan). Abang ipar buat lawak cakap, dia nak cipta alat tulis yang dibacakan ayat-ayat quran dan soalan-soalan ramalan. so that time exam student tu boleh tidur dan biar pen/pensel tu menulis sendiri semua soalan dalam edwan peperiksaan. Lulz.

Dah sampai anai-anai makan quran, makan hanya 8 juzu' lah, pada kita yang sedar ni boleh la cakap tak masuk akal, tapi untuk certain2 orang? Confirm beli berbotol2 sebab ingat Air sebegini boleh mendatangkan 'magis' dalam diri. Hurm~~

Mukjizat Quran itu datang dari ilmu dan kefahaman. Bukan dari air minuman, rebusan, rendaman sang anai-anai. Jika begitu, ramailah cerdik pandai dalam Islam ini yang akan timbul hanya dengan meminum air sebegini.

Wallahualam~

Jul 31, 2013

Back for Good punya cerita. Makan salam peluk cium, Bye bye.

Entry ni berkaitan dengan mode perasan. Sila abaikan kalau rasa loya. 

Lepas dari Hari Graduasi, Ernnie dengan kawan yang lain ada mendapat jemputan-jemputan dari hadek-hadek mahupun kakak. Jemputan dari sebelum start puasa sehinggalah dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki sedikit murah. Kadang-kadang tertanya juga, Ernnie ni deserved tak untuk dapat rezeki sebanyak ni. 

Meh nak recall : 

- Jemputan makan-makan dari Kak Masitah (kakak bulatan gembira Ernnie dan Ras)
- Farewell gathering Ashabul Brisbane.
- Jemputan Berbuka puasa di rumah Sherryn dan John
- Jemputan Berbuka di rumah Ustazah Asma'
- Lepak makan last dengan hadek2 yang cool lagi awesome.
- Makan-makan selepas Halaqah pertama dengan Ustazah Asma'

Alhamdulillah,  setiap hari ada je rezeki yang turun. Terima kasih pada yang menganjur, yang menginvite, yang memasak. Rasa macam takmau balik Malaysia. To be honest, Ernnie terdidik menjadi manusia yang lebih baik dan faham tujuan hidup adalah apabila Ernnie di Australia. Lebih baik itu bukan totally perfect, tapi sedikit berbeza dari segi pemikiran, dan didikan hati. Tapi saya masih Ernnie yang orang kenal. Masih banyak cakap :). 





Dan terima kasih pada yang datang menghantar Ernnie, Kak Ras and Kak Alia balik. Penat korang. Esoknye dah la ada class. Drive lagi nak ke airport. Semoga Allah memberi keberkatan, kecukupan dan kelapangan masa buat setiap sorang dari korang :). 


Dan untuk Hasanah dan Nadzirah yang beria-ria datang ke KLIA untuk berjumpa dengan Ernnie. Awww terharu uolls~ . Although korang berdua ada hidden agenda. Lulz. 


Terima kasih semua! Nampak clichē tapi.. 

JASAMU DIKENANG.

Jul 29, 2013

Hari Jubah Saya.

18 July 2013

Alhamdulillah. Masa yang ditunggu-tunggu untuk semua pelajar yang belajar. Setelah menjadi pemenang dalam acara lari pecut sang sperma2, kita sudah dinobatkan juara. Kali ini berlainan. Batang tubuh ini akan memakai Jubah untuk hari graduasinya. 

Di malam hari sebelumnya Ernnie tak boleh tidur. Rasa nervous satu badan. Bagi Ernnie (mungkin tidak pada semua), hari yang Ernnie tunggu-tunggu adalah hari graduasi. Itu yang tak selesa satu badan tu. 

Tambah pula, kalau grad di sini, mana ada rehearsal seminggu sebelum. Semua kene buat at that moment. Memang nasihat kawan2 supaya jangan jatuh time ambil scroll itu terpahat dalam kepala.

Alhamdulillah, parents Ernnie pun turut sama hadir di majlis graduasi. Rasa penat lelah mereka terbalas. Majlis berlangsung dalam tempoh sejam setengah. From 2pm until 3:30pm. Paling tak sangka, ramai adik2 junior yang datang. Alhamdulillah, bila teringat balik, memang sangat berterima kasih dekat semua yang datang. Although ada yang datang untuk orang lain :P. 

Like I've said in my facebook, I wanna thanks Allah for His Blessings, my parents, juniors, seniours, friends, bestfriends, sisters, brothers whom I know in gatherings, camps sort of ; Who knows me, my sponsor (MARA), relatives, teachers, lecturers, ustaz, ustazah, every single one of you. You guys are part of my journey. Thanks a lot. 
Let's pray for everyone's success. In both dunia and hereafter. 

One step to a better future, InsyaAllah



























                                               



* Oh, ade yang tanya, mane Ernnie beli that Baju yg ernnie pakai for my graduation day. It's a Vintage Jannah Dress from www.love-to-dress.com . You can buy it online dekat lovesora.com.au (in Australia) or fashionvalet (Malaysia). I think both online shops got free shipping. :) *



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...