Mar 3, 2023

FINALLY IT'S TIME TO BID GOODBYE TO SUK PERLIS

Finally It's time for me to say goodbye to SUK Perlis. 

Before that, eh nak bagitau la, blogger ni dah macam tak user friendly ler. Nak update kot phone boleh apps dia dah tak support. Developer pun malas dah kot gamaknya. Sebab nowadays sapa ja yang masih baca blog (me!). Nak up gambar lagi la payah. dah nak kena transfer dari phone ke pc/laptop apa semua, hmmm, komplen dulu baru kita start. 

Melangkah masuk pada 24.5.2018 (payah la nak ingat tarikh ni) dan akhirnya pada 9.2.2023 in Firday, it was my last day there. Dapat surat awal Februari. Memang cuak jugak la awal tu, tapi sebabkan dah nampak pattern perpindahan ni, Ernnie macam cool down sikit. Pattern dia selalunya siapa yang berada di Negeri InsyaAllah masih akan dapat negeri. Honestly I'm okay kalau ditempatkan kat mana-mana pun (ececece). tapi akan ambik masa untuk adjust tempat tinggal. Kat tempat kerja memang akan adjust jugak kot mana pun kan. 

Five years in SUK Perlis, banyak yang belajar. Benda baik, benda buruk, kena maki dengan pegawai gila pun ada jugak weh. Kena maki on phone weh. Nasib aku tak record, kalau tak confirm aku akan report kat Tatatertib on how rude the intonation and the way he blurted out those words towards me. Tapi takpa lah, itu asam garam. Satu tu je benda yg negatif but mostly SUK Perlis adalah tempat yang akan dirindui. Tempat pertama posting, tempat pernah jatuh tergolek mcm nangka busuk depan ofis time pregnant Ehsan. hahaha. 

Paling rindu adalah kenangan dan manusia yang baik-baik dengan diri ini. Ernnie pun bukannya baik sangat kan, tapi takde lah aku gi kacau orang tak tentu pasal. haha. Rindu nak buat event dan perjumpaan dengan masyarakat dan wakil penduduk. Basically dari segi kerja tu mana tempat pun macam nak sama. 

Bosses yang baik, staff yang menyenangkan hati. Semua tu rezeki, bila dah mai kat tempat baru ni, benda sama yang aku akan doa. Untuk dapat persekitaran yang mensejahterakan mental dan fizikal. Kerja yang boleh dibuat bersama-sama. Ernnie duduk di Bahagian Pentadbiran Daerah dalam 4 tahun dan Bahagian Perumahan dalam 9 bulan. Alhamdulillah seronok sangat. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Takdak yang selamanya. Kena berlapang dada untuk menerima cabaran baru dan di tempat baru. Tapi tak jauh pun. Dalam Perlis ni jugak. hahaha. Orang lain pun kata Perlis ni besaq kelemboi saja. Hahaha.

Nak terima kasih pada semua kakitangan di SUK especially di Bahagian Pentadbiran Daerah dan Bahagian Perumahan kerana menerima Ernnie seadanya, terima kasih jugak pada mana-mana kakitangan yang pernah berurusan dengan Ernnie sepanjang bekerja. Terima kasih kerana telah bantu dan memudahkan hidup Ernnie seharian. Terima kasih pada mana-mana insan yang Ernnie boleh gelarkan rakan baik. Menjadi pendengar dan memilih Ernnie menjadi pendengar. hihi. Tulis panjang-panjang pun mana tau akan patah balik di sana kan. Allah. haha





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...