Alhamdulillah.
After a while Ernnie tak update blog. memang rasa bersawang. Nak bukak laptop and ambik masa even beberapa minit untuk blogging pun tak sempat. Entah lah. Terlalu sibuk dengan urusan di media sosial gamaknya. yg blog ni pun dah tak update. Last Ernnie punya post adalah pasal kelahiran Ehsan which was a year ago I guessed.
Walaupun dah tak menulis dalam blog ni, Ernnie ada juga tulis dalam my own planner. curi2 masa kejap. One thing about me, nak tulis ke, nak blogging ke nak kemas ke mesti nak pastikan keadaan sekeliling tenang dan bersih. By bersih maksudnya kena kemas2 la sikit bagi rasa lega then baru start tulis. End up tak menulis pun sebab tak sempat kemas. Orang lain boleh je tulis sikit2 and publish. Tapi Ernnie dok tertangguh-tangguh.
Okay 2021 has been great for me and my small family. With the addition of Ehsan, everything seems complete. I always ask for Qanaah from Allah. Rasa cukup dengan semua dan dalam masa yg sama Allah masih tambahkan pelbagai rezeki. Ernnie selalu ulang dan ulang benda ni. Ernnie rasa Ernnie adalah dalam kalangan manusia yang Allah bagi rezeki yg sangat banyak. Kiranya sampai tahap Ernnie kena haramkan diri ni untuk complain sbb Allah bagi macam-macam. Sampai pernah terfikir, Allah ni bagi kat Ernnie nikmat atau rasa tabarruj tu? Takut. Kita doa Allah bagi. yg terniat dalam hati pun Allah bagi. Allahuakbar.
Selain Ehsan rasanya perkara yang besar Allah bagi ialah Allah bagi pinjaman rumah pada Ernnie kat dunia ni. Allah. It was just a plan to own a house. but Allah make it possible. Ernnie start book nak beli rumah pada 2019. Hujung 2021 dah dapat kunci. Alhamdulillah. I never imagine to own a house (of course la masih dalam pinjaman dengan bank kan).
I always believe that owning a house shouldn't be a competition. Kalau sewa pun tak apa. Tapi bila dapat peluang dan ruang macam ni, mmg bersyukur sangat-sangat. Bila orang tanya bila nak ada rumah, soalan tu tak pernah meng'stress' kan Ernnie. Ada rezeki ada, takdak rezeki InsyaAllah Allah akan bagi yg lebih baik satu masa nanti.
Bermulahlah episode nak fikir cat warna apa lah, nak kena cat lain ke?, feature wall nak warna apa lah, kat mana feature wall, lampu pattern apa, kitchen kabinet nak warna apa, macam - mana. Semua nak kena fikir. Bab-bab teknikal macam nak tambah plag lampu, nak cuci tile bagi hilang kotor-kotor, nak letak washing machine nanti kat mana semua tu biar En suami yg fikir. Hehe. Seronok jugak perasaan bila sembang dengan suami, " Abang, jom minggu ni pi rumah kita". A place that we call home. Alhamdulillah ya Allah.
Semoga dengan ini, tahun 2022 akan menjadi lebih baik bagi sekeluarga. Lebih baik dalam pemikiran, lebih baik dalam kehidupan seharian, lebih menjadi pekerja yang baik, ibu yang baik, anak yang baik, isteri yang baik dan menantu yang baik. Amin YRA.
Ajaq menyapu dari kecik. Awai tak kalut.