Jul 12, 2022

KITCHEN CABINET : WE DID IT

Impian sejak dari dulu. Kalau ada rumah sendiri, nak buat kitchen kabinet beli dari IKEA. Dulu yang Ernnie maksudkan tu dari 10 - 15 tahun lepas. Dari waktu jejak kaki ke IKEA untuk pertama kalinya. Itu impian seorang Ernnie dan impian itu Alhamdulillah akhirnya tercapai. 

Kumpul duit dari sana sikit, sini sikit, savings sikit and Alhamdulillah. With certain budget, we managed to have our own choice of kitchen cabinet. FYI kalau nak buat kabinet kat IKEA, first you need to book a slot untuk jumpa kitchen proffesional dieorang dan dieorang yang akan designkan untuk kita. Kita kena ada semua perincian ukuran. Contoh berapa kaki nak buat, tepi dinding ada apa, jarak dari piping ke batang paip berapa, ada lis tile tak kat bawah, berapa CM semua yada yada. My husband did that earlier and we put it in whatapps. So bila ditanya semua ukuran tu dah ada. Kalau harapkan Ernnie memang tak buat. Wahahaha. Benda ni crucial ya sebab setiap design yg IKEA keluarkan ada dia punya dos ' and dont's. 

After that, PIC tu akan tny, who's gonna assemble those? Kita kena bagitau sama ada nak pakai org IKEA jugak, or we already have our own contractor yg kita akan guna. In my case it's a bit different. Bila ditanya sapa yg akan pasang, I'm like, them sambil tunjukkan kat my father and my husband. Obviously she's a bit shock. Muka macam boleh ke ferang ni pasang. hahaha. yes people, we are doing it on our own. My father and my husband mmg dari awal bagitau derang nak pasang sendiri. So kat situ mmg dah save dah budget. Sangat save budget okay. Kiteorang pergi beli kat IKEA Damansara. dan shipping pun dari situ. Kenapa sampai ke KL? Ernnie ada check dalam website, most of the barang nak beli tu banyak ada kat IKEA Damansara. So we proceed there. Shipping pun tak mahal sgt. Okay sangat dengan barang yg banyak gila. 

Ada jugak beberapa bits yg ada stok kat Penang. So kiteorang pergi pulak IKEA Penang untuk beli yg baki. ada jugak parts yg habis terus kat semua outlet. Memang kena tunggu sampai ada. Tapi bila tu tak sure. Bila barang dah sampai, memang terlalu banyak. My papa and husband memang terdiam coz they don't know where to start. Mcm blank terus. This was our first time okay. So tugas akan dibahagikan. 

Ernnie : cater dari segi susunan dan ukuran bagi semua kabinet. (I'm doing the crucial part (wahahaha) numbering all those cabinet supaya sususan betul ikut plan yg dah diberi oleh PIC IKEA).

Husband : doing the labour work and QC

Papa : doing the labour work and the OCD member of our group. 

Being so skeptikal. Ernnie macam uishh boleh ka buat ni bila mula-mula start. Ye lah. ni semua freshie2 in assembling kitchen cabinet. Tapi mengambilkira yg both my father and my husband boleh bertukang so Ernnie macam we can do this. 

We started on the 1st of Feb and finished it on the 21st of Feb. Lama weh. Org pasang seharian je. Kami sampai lama tu. Tapi tak la teruk coz we only could do it on weekends only sbb kerja. Time tu jugak Ilham dan Ehsan kena demam campak. Allah helps us by that cuti kuarantin. Bila Ernnie kerja, husband dengan papa pergi buat sikit2. Bila husband pulak cuti, me and papa are doing it. Tapi mostly kerja hanya berlaku on weekends. Alhamdulillah we did it. seriously impressed. Kena terima kasih jugak dekat mama dan mak mertua Ernnie. temankan kami tgk anak-anak. Sbb kalau takdak yg tolong jaga, memang tak lah semua benda nak siap. Duduk lah dalam bilik tu dalam kotak. 

I'm so happy with the outcome of it. The colour especially. Grey-Green cabinet with wooden table top. Mg happy. That grey-green is soooooo pretty I would say. Mula-mula plan dengan husband nak island but we opt not to lah. Sbb nak kasi simple straight cabinet. maybe akan beli meja kecik je la kot lepas ni as a small island.








Jun 7, 2022

A PLACE THAT WE CALL HOME.

 Alhamdulillah. 


After a while Ernnie tak update blog. memang rasa bersawang. Nak bukak laptop and ambik masa even beberapa minit untuk blogging pun tak sempat. Entah lah. Terlalu sibuk dengan urusan di media sosial gamaknya. yg blog ni pun dah tak update. Last Ernnie punya post adalah pasal kelahiran Ehsan which was a year ago I guessed. 

Walaupun dah tak menulis dalam blog ni, Ernnie ada juga tulis dalam my own planner. curi2 masa kejap. One thing about me, nak tulis ke, nak blogging ke nak kemas ke mesti nak pastikan keadaan sekeliling tenang dan bersih. By bersih maksudnya kena kemas2 la sikit bagi rasa lega then baru start tulis. End up tak menulis pun sebab tak sempat kemas. Orang lain boleh je tulis sikit2 and publish. Tapi Ernnie dok tertangguh-tangguh. 

Okay 2021 has been great for me and my small family. With the addition of Ehsan, everything seems complete. I always ask for Qanaah from Allah. Rasa cukup dengan semua dan dalam masa yg sama Allah masih tambahkan pelbagai rezeki. Ernnie selalu ulang dan ulang benda ni. Ernnie rasa Ernnie adalah dalam kalangan manusia yang Allah bagi rezeki yg sangat banyak. Kiranya sampai tahap Ernnie kena haramkan diri ni untuk complain sbb Allah bagi macam-macam. Sampai pernah terfikir, Allah ni bagi kat Ernnie nikmat atau rasa tabarruj tu? Takut. Kita doa Allah bagi. yg terniat dalam hati pun Allah bagi. Allahuakbar. 

Selain Ehsan rasanya perkara yang besar Allah bagi ialah Allah bagi pinjaman rumah pada Ernnie kat dunia ni. Allah. It was just a plan to own a house. but Allah make it possible. Ernnie start book nak beli rumah pada 2019. Hujung 2021 dah dapat kunci. Alhamdulillah. I never imagine to own a house (of course la masih dalam pinjaman dengan bank kan). 

I always believe that owning a house shouldn't be a competition. Kalau sewa pun tak apa. Tapi bila dapat peluang dan ruang macam ni, mmg bersyukur sangat-sangat. Bila orang tanya bila nak ada rumah, soalan tu tak pernah meng'stress' kan Ernnie. Ada rezeki ada, takdak rezeki InsyaAllah Allah akan bagi yg lebih baik satu masa nanti. 

Bermulahlah episode nak fikir cat warna apa lah, nak kena cat lain ke?, feature wall nak warna apa lah, kat mana feature wall, lampu pattern apa, kitchen kabinet nak warna apa, macam - mana. Semua nak kena fikir. Bab-bab teknikal macam nak tambah plag lampu, nak cuci tile bagi hilang kotor-kotor, nak letak washing machine nanti kat mana semua tu biar En suami yg fikir. Hehe. Seronok jugak perasaan bila sembang dengan suami, " Abang, jom minggu ni pi rumah kita". A place that we call home. Alhamdulillah ya Allah. 

Semoga dengan ini, tahun 2022 akan menjadi lebih baik bagi sekeluarga. Lebih baik dalam pemikiran, lebih baik dalam kehidupan seharian, lebih menjadi pekerja yang baik, ibu yang baik, anak yang baik, isteri yang baik dan menantu yang baik. Amin YRA. 

                                                 Ajaq menyapu dari kecik. Awai tak kalut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...