Apr 21, 2021

WELCOMING OUR 2ND BUNDLE OF JOY : FIDELL EHSAN

‏الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَات


Alhamdulillah, 

welcoming our second bundle of joy. Meet Ilham’s little brother, Fidell Ehsan bin Fidell Asraf.

💙26th March 2021
💙2.75kg
💙3.40 PM @ Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.

                                 

Kalau nak cerita kisah Ehsan bersalin ni, aku start rasa contraction tu dari hari khamis 25/3. Dalam pukul 11 malam pun dah rasa tapi masih light. Start pukul 2 pgi 26/3 tu contraction dah makin kuat. Dalam pukul 3pg husband terus ajak pi HTF sbb dok tgk bini dia tak boleh lena. Sampai kat PAC tu, bila Dr check, katanya baru bukak 2cm. Dr mintak balik dulu. Tapi aku mintak MC sbb bagitau Dr mcm takboleh nak pi kerja ja Jumaat tu.

Bila balik pun contraction tu still ada. Memang tak tidoq seharian la jawab dia. Laki pi kerja and aku dok rumah parents aku. Dalam pukul 9pg contraction kemain kuat. Aku dok pusing la rumah jalan-jalan 2-3 kali nak kurangkan rasa sakit, naik buaian kat tepi rumah and macam-macam lah buat.

Sampailah pukul 1:00 memang sakit sangat and contraction dia betui-betui kerap. Mintak parents hantaq kat sempadan Kedah - Perlis and laki aku ambik dari situ. (Boleh ja parents nak bawak tapi beg baju utk bersalin ada kat dalam kereta husband).

Sampai PAC dalam pukul 2, masuk and buat CTG, lepas tu Dr mai check bukaan. Dia terus mcm..

"Okay, satgi terus pi Labour Room (LR). Dah bukak 6cm."

Aku mcm cuak terus tapi cool lagi. 

Dr tanya, "sakit dak?" Aku kata time contraction ja, kalau dak tak sakit pun. 

Dia kata "kalau mcm tu, naik wheelchair ja okay? "Aku pun okay ja sbb tak sakit. 

Husband aku gila terkejut time nurse nak bawak pi LR sbb dia ingat kena balik dulu. Terus dia pun blur nak buat apa lepas tu. Sbb PKP kan. 😂😂

                                            

Masuk LR dalam pukul 3ptg. Depa buat lagi CTG. Time tu dok merenung kipas ja. Ada nurse masuk mai tanya nak ubat tahan sakit dak? Aku kata boleh tahan lagi. Tapi dia bagi entonox gas (aku mcm yeay, hat ni aku suka). Dia kata bila contraction mai time tu sedut. Gas Entonox adalah penyelamat aku untuk both Ilham and Ehsan. So sementara nak tunggu 20mnt CTG tu settle, ada la 5 kali contraction tu mai. Time contraction tu aku mcm Ya Allah, sakitnya. Then Dr masuk dia check bukaan masih 6cm and dia cakap nak pecahkan ketuban.

After Dr pecahkan ketuban tu mulalah episode aku sakit yg sangat sakit peluh-peluh. Sakit weh. Nurse-nurse mula masuk and aku dah sakit sgt nak meneran. Punya la sakit aku siap peluk sorang nurse ni kat pinggang dia. 

Dia mcm “Ernnie pegang seluaq kak ni sampai rasa nak tercabut. Haha”. Memang sakit wui.

Ada dalam 4-5 org nurse dalam LR tu. Yang bestnya, bila aku nak meneran, depa punya sorak bagi semangat tu memang meriah. Mmg terbaik team nurse dalam LR HTF Perlis ni. Ada satu time tu aku yg mintak senyap sat sbb aku penat. Haha. Depa mcm lekaih Ernnie, sikit ja lagi, nampak kepala dah, kaih kaih. Sikit lagi. Yg kita nak meneran ni punyalah hazab. Tapi memang untuk aku satu pujian diberikan dekat team yang jaga Labour Room kat HTF. Kalau aku boleh kata la, aku rasa macam duduk dekat swasta bila mai bersalin kat HTF ni.

Lepas 4-5 push, keluaqlah seketul Ehsan seberat 2.75 kg jam 3.42 PM. Depa letak atas dada untuk skin-to-skin agak lama sampai settle semua proses. Lepas tu depa bawak Ehsan pi kat bapak dia untuk Azankan. (HTF bagi bapa tunggu kat luar LR untuk mai azan anak time PKP ni). Malam tu lena ditemani dengan pertambahan ahli keluarga yg baru, Fidell Ehsan. Alhamdulillah :)

Macam mana dapat idea nama Ehsan ni?

Sebenarnya nama Ehsan/Ihsan ni dah ada dalam list nama anak yang aku nak letak. Keyakinan Ehsan tu lagi ditambah pulak oleh Ilham. Satu hari time kandungan aku dalam 3 bulan macam tu, saja la tanya Ilham.

Me + Hsbn : Ilham, nanti adik dalam perut mama ni nak letak nama apa?

Ilham : * tanpa berfikir panjang dia terus" Ehsan. 

Rupanya sbb time tu dia dok minat tengok Upin Ipin. Kan ada kawan Upin Ipin nama Ehsan. Hahaha~. Mcm coincidence pulak and kami terus plan nak letak nama Ehsan. Semoga Ehsan mempunyai nilai tingkatan yang paling tinggi dalam hidup beragama ni i.e : Ihsan. Amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...