Dec 30, 2020

ZOO TAIPING VISITS

Alhamdulillah 
Plan nak ke Zoo ni dah lama, tapi sebabkan kehadiran Wabak Covid-19 ni banyak plan yang kena tangguh. So, pada 22 Disember 2020 hari tu Ernnie dan suami decided untuk pergi ke Zoo Taiping sekali dengan mak mertua, adik ipar dan 3 orang lagi anak saudara. Memang excited lah especially budak-budak ni nak pergi tengok animal. llham macam biasa dia mesti nak tengok Farm Animal kerbau lah, kambing lah, lembu lah (nasib ada jugak seladang). 

Bertolak dari Kedah dalam pukul 9 pagi dan sampai dekat Zoo Taiping dalam pukul 12 tengahari. Ilham waktu nak masuk tu dia tidur so kena kejut la pulak. Bila dah kejut dia tengok ada patung kerbau tu memang terus menangislah. Ilham ni setiap hari akan sebut lembu kambing kerbau tapi kalau jumpa betul-betul dia memang takut siap menangis lagi. 



Fees yang dikenakan RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak atas 3 tahun. So just bayar untuk anak saudara seorang sahaja yang lain semua kalau budak-budak lagi.  Bila dah masuk tu pihak Zoo akan bagi kita option either nak naik tram atau nak jalan kaki.  Sebab ni first time bagi semua, so decided untuk jalan kaki lagi bagus.  Walaupun agak jauh sebab Zoo ni besar tapi rasa berbaloi lah jalan kaki tu sebab kalau tram yang free tu dia macam tak berhenti sangat terus jalan je kat semua tempat. Kesianlah kat budak-budak yang excited nak tengok setiap binatang yang dia orang minat kan. 

Basically Zoo Taiping ni pada pendapat Ernnie dia macam pusat  perlindungan haiwan sikit sebabnya dia kekalkan hutan tu as it is. Kalau macam Zoo Negara tu dia nampak Man Made jugak la. 

First zone tu nampak ada serigala, macam jenis2 marsupial, ada cimpanzi, orang utan, monyet, and certain burung-burung. Lepas tu baru start best sikit ada jumpa buaya (memang besar gila),  dan ada rusa, kancil, and time tu baru rasa memang betul dekat zoo. Kita orang pun kejap-kejap jalan stop kejap-kejap stop sbb stamina semua tak berapa nak bagus yelah dengan budak-budak lagi. sekejap-sekejap stop. Asyik tangkap gambar aje kerjanya. Mind you gambar yang ditangkap  semua Ernie tak pakai mask.  Satu sebab penat berjalan satu lagi sebab memang tak suka kalau dalam gambar pakai mask. Plus bukan senang nak datang Zoo Taiping ni tapi bila dah start jalan pakailah balik. 

Kita orang pergi sana on weekdays so tak ramai yang pergi zoo time tu. Binatang pun macam banyak je yang bermalas-malasan. Tapi satu pasal Zoo taiping ni, walaupun cuaca panas, tapi dalam tu nyaman je sebab memang dilitupi oleh pokok-pokok yang rendang. So tak la rasa teruk sgt kan. 






Kalau tengok singa pun asyik baring je tapi rezeki bila dekat harimau sbb ingatkan diaorang pun nak baring-baring je, tapi rupanya mak harimau tu bawa anak-anak datang ke arah sungai di depan siap macam mandi-manda lagi. Memang rezeki lah boleh tengok haiwan macam tu. 

Yang paling Ernnie excited bilamana tengok badak sumbu sebab memang dekat dan badak ni kulit dia plump gile. Kulit dia rasa macam lembut je. Ernnie taklah pegang tapi sebab badak kan berendam dalam air lepas tu naik untuk makan so boleh tengok kulit dia memang cantik lah. 

Ilham macam biasa tak berapa nak excited la dengan binatang-binatang yang ada sebab dalam kepala dia dia memang minat Farm Animal saja. Maybe lepas ni bila dia besar sikit, bawa lagi sekali pergi sana sebab nak suruh dia appreciate dengan semua binatang yang ada.  Ada zirafah kut tapi dia macam tak layan sangat.  Penatlah kami ni duk suruh dia tengok dekat Zirafah tu tapi nasib dia kenal. 








Rasanya tempat kami stop yang paling lama kat tempat gajah kut sebab seronok tengok gajah ni makan, berendam, and makan lagi. (siap ada yang membuang dalam sungai tu). Plus dekat tempat gajah ni ada kerusi untuk berehat. So memang kitaorang lepak kat situ agak lama la jugak.  Then paling Ilham excited obviously dekat tempat seladang dia memang menjerit la tengok seladang tu. Dok tenung macam nak tembus pagar. Bagi dia tu adalah lembu or kerbau so sebab tu lah excited sangat. 

Anyway kami spend dalam 4 jam lebih almost 5 jam dalam zoo tu. At the end of the journey ni anak-anak pun semua dah penat siap lapar lagi. Kitaorang decided untuk makan dekat atas highway je sebab ada destinasi lain yang kita orang nak pergi lepas Zoo Taiping. 



















Overall, it was a good holiday gateway bila dah ada anak-anak untuk di bawa berjalan ke Zoo Taiping ni. Lepas ni obviously akan  pergi lagi or maybe kalau tak Zoo Taiping pun ni Zoo Melaka pulak kan. Ramai cakap Zoo Melaka  ni paling best antara semua yang ada dekat Malaysia. We'll see. Semoga  wabak covid ni pun cepatlah habis dan semua orang boleh bersosial seperti biasa untuk pulihkan balik mana-mana sektor ekonomi yang terjejas (especially sektor pelancongan). 

Dalam masa yang sama kita duk teringin nak berjalan-jalan tu kena ambil precaution yang sangat tinggilah especially kalau yang bawa anak-anak. Ambillah kesempatan ni dan bawa anak-anak ke mana-mana sebab ni pun penting untuk pembesaran mental dan fizikal yang sihat untuk mereka. Kalau duduk dekat rumah terperap je memang boleh increase depression baik dekat anak mahupun dekat parents.  Kita sebagai ibu bapa kepada anak sendiri buatlah judgement yang terbaik. Rasanya itu sahajalah post untuk kali ni. Lama juga sebenarnya tak post sebab bila buka laptop je Ilham akan kacau so nak cari masa untuk nak pos dalam blog ni memanglah lama. 

Tu jelah kot, bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...