Alhamdulillah,
Hadiah paling bermakna dalam hidup Ernnie dan suami. Memang tak dapat
nak ungkapkan dengan perkataan perasaan gembira dan bersyukur dengan
kurniaan Allah dekat Ernnie. Rasa macam tak percaya. Aturan Allah itu
jualah yang paling cantik. Dari aim hidup Ernnie hanya nak belajar di
luar negara dan dapat grad dengan jayanya, sehinggalah mendapat
pekerjaan yang baik juga dijodohkan dengan suami Ernnie. Memang tak
percaya. Ni Allah hadiahkan pulak satu amanah yang tak terhingga kepada
Ernnie iaitu Fidell Ilham bin Fidell Asyraf.
Setelah 8 bulan setengah bertarung,
lahirlah Fidell Ilham pada 22 Mac 2019 jam 7.07 mlm bertempat di
Hospital Tengku Fauziah, Perlis. Btw, Ilham ni lahir sewaktu kandungan
Ernnie berusia 36 minggu 4 hari. Tak cukup 40 minggu pun. Maybe Ilham
dah tak sabar nak keluar tengok dunia ni kot.
Sehari
sebelum Ilham dilahirkan, Ernnie ditugaskan untuk pergi mesyuarat di
Putrajaya. Ceritanya boss Ernnie akan pi mesyuarat ni, tapi sebab ada
mesyuarat yang lebih penting di Penang, Ernnie terpaksa pergi dan boss
memang rasa bersalah sangat nak suruh Ernnie pi mesyuarat tu. Kalau dah
36 minggu ni memang tak boleh naik flight, so Ernie mintak bantuan
parents Ernnie untuk temankan Ernnie ke sana. Lagipun mesyuarat yang
Ernnie attend ni memang kerjanya di bawah bidang kuasa Ernnie. So memang
rasa sangat bertanggungjawab nak habiskan kerja-kerja yang patut
disiapkan sebelum start cuti bersalin.
So
lepas meeting tu, Ernnie siap mintak parents pergi Ikea Damansara
sebelum bertolak balik sebab nak beli barang (btw dah tengok dekat Ikea
penang, barang yang nak beli tu takde stok). End up kami bertolak balik
lepas Isya macam tu (dari tol Duta). Sesampainya di Gurun, dalam jam
2.30 pagi, Ernnie dah mula rasa sakit macam cramp. Dia macam kejap-kejap
datang. Call husband yang time tu ada rumah in law dia cakap sakit
sikit je kot. So dah sampai kat rumah dalam pukul 3.30 pagi, Ernnie try
nak tido tapi tak boleh sebab makin sakit and makin kerap. Call lagi
suami untuk suruh datang ke rumah parents Ernnie. Suami datang and dia
bagitahu kalau sampai 4.30 pagi masih sakit-sakit, kita ke hospital
terus. Resultnya? Memang 4.30 tu still sakit-sakit. Bila nak ke
hospital, Ernnie ke toilet dan time tu nampak ada tompok darah sikit.
Bagitau mama, mama macam ha, ni tanda dah ni.
Suami macam terus pecut pagi2 tu. Dari
selalunya 30 minit nak ke Perlis, tup2 amik masa 15 minit je terus
sampai ke hospital. Dr check dah bukak 1cm. Ernnie and suami opt for
warded senang kalau jadi apa-apa plus dah pernah ada sejarah warded.
Lagi la risau.
Tungu
punya tunggu, dalam pukul 3 lebih ernnie dah rasa sakit contraction
yang sangat sakit sampai Ernnie nak mintak ubat. Ubat tu kena cucuk
dekat punggung. Tak kisah asalkan dapat ubat tahan sakit. Tapi along the
way, kena check jantung baby dulu (CTG) and kalau stabil baru boleh
masukkan ubat. Tapi dalam 3 kali jugak la cycle tu Dr kena buat sebab
contraction Ernnie kuat sangat mcm tak berapa nak stabil nak ubat. Dalam
pukul 5 lebih, ada seorang Dr ni datang dan mintak izin untuk check
bukaan. Time tu dia macam. Eh, dah bukak 6 cm ni, awak terus pi labour
room la. Dr terus pecahkan air ketuban Ernnie sebab nak check warna.
Kalau warna dah hijau and keruh, takut baby dah berak dalam perut.
Alhamdulillah, jernih still. Tapi lepas tu mula lah kesakitan tahap lagi
sakit. Sebab bila air ketuban dah takde, baby memang nak keluar la.
In the first place Ernnie nak ubat tahan sakit. Sampai ke sudah tak
dapat. So Ernnie ni dok rasa la sakit contraction sampai bersalin pukul 7
petang tu. Makin lama makin sakit. Orang ada petua dekat Ernnie kalau
time sakit contraction, pergi mandi and memang dapat kurang sakit. Tak
tipu. And ada jugak orang petua segala macam air selusuh la, milo la,
minyak dara la. Semua tu ernnie tak ambil dan Alhamdulillah semuanya
okay. Sebab sakit sangat tapi tak cukup term lagi, ada sorang nurse ni
siap tanya Ernnie ada ambil air selusuh ke. Tak sempat nak air selusuh
bagai sebab tak expect baby nak keluar time tu.
Ernnie ada
dalam labour room dalam sejam je. Ernnie masuk dalam pukul 6 petang.
Time tu memang dah sakit sebab Dr dah pecahkan air ketuban. Memang rasa
nak gigit semua besi kat tepi. Alhamdulillah, nurse bagi pakai entonok
gas yang hidu tu. Memang Ernnie pakai dari awal sampai habis beranak
sampai habis nurse jahit luka. Ada la time2 yang Ernnie rasa mabuk. Tapi
masih waras. Hahaha. Siap time meneran tu boleh mintak kat nurse nak
makan sebab lapar. Ernnie last makan time tengahari. tu yang lapar tu.
End up nurse bawakkan air suam. Tu pun sangat membantu. Bayangkan labour
room tu punyalah sejuk, tapi Ernnie ni berpeluh-peluh ok tahan sakit
nak teran. Lepas habis teran, menggeletar satu badan sebab sejuk nau.
Dia punya sejuk tu memang tak boleh bawak berbincang.
Apart from kisah bersalin ni, Ernnie nak memberikan pujian dan
penghargaan kepada semua staf nurse dan doktor2 di Hospital Tuanku
Fauziah, Kangar Perlis termasuklah doktor pelatih sebab bagi ernnie
khidmat yang mereka bagi memang boleh dipuji. Daripada Ernnie kena
warded time 32 minggu sampai hari Ernnie nak bersalin, nurse-nurse kat
sini memang boleh layan kita. Ernnie tak pernah kena warded dekat swasta
time pregnant tapi bila Ernnie duduk di hospital Kangar ni, rasa macam
dilayan macam duduk di Hospital Swasta. Memang lepas tu, ernnie dok
recommend dekat orang lain untuk bersalin dekat situ. Terima kasih
nurse2 dan doktor2. Jasamu itu akan kukenang. :)
Hari yang Ernnie tulis ni, Ilham dah pun berumur 3 bulan. Dah start
sembang, tengok orang, toleh bila ada bunyi dah. Alhamdulillah, Ilham
membesar dengan baik. Ilham pun being a very nice boy (puji anak sendiri
sebab kalau tak sapa lagi kan). Ada la perangai dia nangis2 certain
time tapi mostly Ilham sangat baik. Rasa memang Allah bagi hadiah yang
sangat cantik. Time pregnant dulu selalu berdoa, bagi dipermudahkan
urusan dan rasa macam Allah telah dan sedang makbulkan doa Ernnie.
Alhamdulillah.
Terima kasih buat rakan-rakan office, kawan - kawan yang lain sebab doakan dan datang melawat Ilham. Good thing is orang sekarang dah lebih memahami. Kalau mana yang mai dalam keadaan kurang sihat, depa akan jauhkan sikit dari Ilham apa semua. That's a very nice gesture you know. Teruskan berdoa yang baik-baik untuk Ilham. Ernnie jugak nak doa yang baik-baik untuk semua yang doa dan yang datang melawat Ilham. Semoga rezeki yang terbaik selalu datang pada kita semua. Amin.