Feb 26, 2019

BALI BABYMOON 2019 PART 1

Alhamdulillah.

Dapat jugak sampai ke Bali. Bali ni dah jadi tempat pujaan hati setelah sekian lamanya. Time tak kahwin lagi pun plan nak ke Bali dah. Lepas kahwin baru dapat. Tu pun as usual beli random ticket sewaktu masih di INTAN Bukit Kiara. Kira memang plan nak honeymoon kat sana. Ye lah, lepas kahwin Ernnie terus masuk DPA. Ade la ke Langkawi sekejap before tu. Then memang plan nak ke Bali.

Tup-tup time kami pi Bali ni Ernnie dah pregnant dalam 5 bulan dah. So kena tukar term jadi Bali Babymoon lah jawabnya. haha.

26 Januari 2019
Kami bertolak dari Alor Setar naik flight petang. Sampai dekat KLIA tidur di rumah kawan suami sbb dia memang bekerja di dalam KLIA dan tinggal pun dekat area Sepang tu je. Sebab esoknya nak naik flight pagi.

27 Januari 2019
Bermula la perjalanan kami pagi tu ke bali. Btw ada kisah disebalik kami nak pi sana. Bayangkan laki Ernnie boleh tertinggal Ernnie punya passport dekat kedai dalam KLIA tu waktu nak beli air. Maybe dia sentiasa pegang passport tu, time nak bayar, bukak wallet, letak passport kat tepi and terus chow. Entahlah. hahaha. Pastu sedar time plane nak board dah. Kau bayangkan. Boleh sedar sbb time nak masuk kat dalam waiting hall door tu, ada announcement.

"Diminta passenger bernama Ernnie Syafika, sila datang ke kaunter MAB sekarang" Kau tau berapa banyak kaunter dalam KLIA tu? Lebih drpd 2 senang cerita. Berlari lah laki Ernnie ke sana ke sini. Jauh kot. Taulah KLIA2 mcm mana kan. takkan nak suruh Ernnie lari pulak. Tengah sarat tu. Naik flight tu memang berpeluh gila. Kami dua among org last yg naik flight weh.

Laki aku dari bertolak sampai dah kat Bali, tidur terus tak bangun-bangun. Teruk sangat la kot larinya. hahaha. Benda yg takkan boleh lupa weh.






Nampak tak muka dia teruk? penat berlari. Jenuh time ni paksa dia suruh selfie. hahaha.


So bila sampai kat Airport di Bali tu, 1st impression aku macam woah. banyaknya patung. Memang banyak weh. Memang sangat Bali lah kan. Pastu airport dia mcm welcoming jugak lah. Tak super busy mcm kat KLIA. Maybe sbb kteorg kat section arrival kot.











Kat sini Ernnie dah booked supir siap2. Senang sbb kami first timer. So memang kena ada supir. Before that dah berbincang harga, kat mana dia nak kena bawak kami apa semua. Nama supir kami Indra. Ya Allah best dapat Indra. 1st, he's muslim. baik budaknya. Cakap pun lemah lembut weh. Btw Ernnie deal dengan kawan Indra ni dan pada tarikh tu, kawan Indra tak dapat nak bawak kami. 

First Indra bawak ke satu restaurant ni nama dia Ayam tulang Lunak. Mahal jugak la. Pastu makanan dia biasa-biasa je la. Cabai dia padu. Kat sini speciality dia is Ayam goreng telur masin dengan Ayam tulang tu. Katanya tulang tu memang terus boleh makan. Dia lembut. Taktau la dia buat macam mana. Ernnie dan suami makan Ayam Telur Masin cemtu la. Ernnie malas nak komen sangat dekat Indra sbb kita first timer kan. maybe mahal tu sebab kami ni tourist kot dan Indra bawak pun sebab maybe dapat komisen. Okay je. 


Ha, seterusnya Indra terus bawak kami ke hotel yang kami akan menginap. Rhadana Hotel. Ernnie book hotel area Kuta. Just nice la, harga pun murah. Kami stay kat Hotel tu selama 2 malam dan lagi 2 malam tidur dekat hotel lain. Semua hotel Ernnie dah book siap2 sebab lebih murah kan. Besides malas nak tercari-cari on the day itself. Hotel ni tak lah betul2 dekat area Pekan Kuta tu. Dia agak ke dalam sikit. Tapi okay lah sbb lebih private. Yang paling penting, hotel ni dia hanya serve Makanan Halal untuk breakfast. Terbaik.



Hotel ni kecik je tapi memang ada swimming pool semua. Kira hotel yang lengkap jugak lah. Beriya cari yg boleh mandi end up tak mandi pun.


First day (petang tu), kami mintak Indra bawakkan kami ke area Kuta. Tempat ni macam Chenang tapi 5x lagi hyped. Laut dia, wow. Memang penuh orang. Sebab semua pakat nak tengok sunset. Memang penuhlah dengan tourist semua. Kau bayangkan air kelapa pun harga dia RM12 kot. Minum je lah sbb air kelapa ni bagus untuk perempuan mengandung kan. hahaha. Lepas tu kami lepak kat situ sampai malam nak tengok sunset katanya. Then lepas sunset, sambung jalan lagi kat area Kuta tu. Siap gi makan waffle kat A&W. Jalan-jalan je, takde plan nak beli pape pun. 

Dalam pukul 9 malam, Indra datang dan ambil Ernnie dan suami balik hotel. Ibu mengandung dah penat dah. Esok hari yg full day.






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...