Second day kami keluar awal pagi sebab nak ke Chabura Dimsum,
[ Ernnie’s honest review about this place.]
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
RASA : Untuk Ernnie biasa-biasa je Dim Sum dia. Tak la sangat sedap and tak la tak sedap. I’ve tasted even better Dim Sum than this. sos dia pun mcm masam sgt plus dia letak sesame seed. So I had to mix with chilli sauce to balance the taste. Ernnie pernah rasa dim sum yang frozen pack. Yg tu memang betul2 potong selera. Nasib dekat Chabura ni tak rasa macam tu. kteorg pun order makanan lain jugak. Alhamdulillah yang lain tak mengecewakan. Teh O Ais dia padu!
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
HARGA : U get what U paid for. Murah la Dim Sum dia.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
HYPE : Like I’ve said, dia macam hype sangat tapi macam hmmmmmm sikit untuk Ernnie. Some people might love it even pergi Hatyai every month untuk dimsum ni (I bet).
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kak Long kasi 3/5 for a rating.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
ps : my fav Dim Sum ever would be dekat Grand Alora Hotel, Alor Setar.
Lepas ke Dim Sum tu, ernnie waze cari Samila beach. Btw Ernnie takde beli line telefon ke internet kat sini. What I did was cari tempat best2 tu semua siap2 dekat Malaysia. Then dia macam history la. Then dekat hotel pun waze je lagi sekali. nanti dia akan remember that route. Cumanya dia tak boleh nak tunjuk dekat kita sekiranya ada traffice jem or apa2 yang updated la sebab route dia based on history yg kita dah save tu.
Adui, lawanya pantai dia. Air laun dia memang jernih betul. Nasib tak bawak proper attire nak mandi laut, kalau tak, lama dah terjun dengan adik Ernnie. Memang lawa. Then dekat Samila Beach ni ada beberapa statue, satu tu kucing tak silap, dan lagi satu ada mermaid ni. Ada la dia punya history pasal mermaid ni tapi lupa dah. Haha. Memang lepak lama la dekat situ sebab dari Samila beach tu memang kami plan nak terus balik.
Settle dah trip ke Hatyai dengan kereta sendiri. Lepas ni kalau ernnnie nak pergi sendiri pun akan pergi balik tempat-tempat ni kecuali ke Dim Sum tu. tak nak dah. hahaha
Aug 4, 2018
Aug 3, 2018
HATYAI 2018 WITH FAMBAM (PART 1)
It's started with a conversation with my friend Naazielah yang beriya suruh Ernnie plan pi mana2. Dia kata plan bagi jadi. So time tu jugak dah set tempat dan date (Hatyai, 27 July). Bagitau husband Ernnie and dia terus apply borang keluar negara. Bila tarikh dah nak dekat, makcik Naazielah tu tak kasi respond pape pun. hahaha. End up jadi family trip to Hatyai.
Apa yang kena prepare.
1. Passport / Border Pass : Sebabkan kami ni orang utagha, boleh buat Border Pass je untuk ke Thailand dengan bayaran RM10 untuk setahun. *perks of being utararians* haha
2. Dokumen maklumat kereta : Ni benda baru yang ramai tak tahu. Kalau korang nk bawak kereta lintas border, korang dah tak boleh pakai salinan geran sahaja. Sebab sekarng roadtak dah tak diprint di belakang geran kereta. So korang kena isi borang permohonan dokumen kenderaan di JPJ dan bayar RM20 (untuk Ernnie rasa agak pricey), dan pihak JPJ akan print maklumat kenderaan beserta tarikh luput roadtax kereta korang. Buat salinan sebab boleh pakai banyak kali.
3. Insurans kereta : Ni husband Ernnie yang settle. Dia macam kena beli insurans before masuk Thailand. Husband settlekan semua dengan borang kastam a day before.
4. Duit. Husband tukar di Malaysia sebab tau di Thailand mahal sikit rate dia.
OFF WE GO.
Adik Ernnie still sleepy. |
Dari rumah kami bertolak jam 8.30 pagi dan sempat pi sarapan dekat Seriab dulu. Ernnie dengan adik memang hentam makan nasi terus. Sebab mula-mula macam takut tekak tak boleh terima makanan sana. hahaha. After that terus kami pi border.
Lagi satu Tips : Kalau nak pi ke Thailand hari minggu, lebih baik korang masuk ikut Padang Besar. Tak la ambil masa lama sangat. Sedara Ernnie pernah stuck dekat Kastam/Imigresen Thailand dalam 5 jam kau untuk lepas border. Sebab kat sini kena beratur Imigresen dia sorang-sorang. Lagi satu kalau dah ramai sangat orang, memang kena taruk la RM1 dalam border pass sebab kalau tak letak, memang dia buat lambat2 okay. Geramnya dengan pihak sana yang memang tahap rasuah depa tinggi. Ughhh. Kami sampai di Padang Besar dalam pukul 10 Pagi dan settle semua dalam 11:30 pagi.
12 :30 Kami semua sampai dekat satu tempat nama dia Banpru Floating Market. Kalau dari border, korang akan straight je nak ke Hatyai, tempat ni sebelah kiri. Kena masuk sikit. Memang ada Signboard besar. Before nak sampai tempat ni, korang akan lalu taman perumahan dgn satu sekolah. Actually dulu time first time Ernnie datang pun tak bukak lagi, time kedua ni pun tak bukak lagi. Tempat ni bukak waktu petang. Dalam 5PM cemtu. Tapi yang bukak pun hanyalah shoplot cemtu la, dalam notis ada tulis yg floating market akan bukak pada August, so tak sure macam mana sekarang.
Anyway, lupakan lah floating market apa semua sebab tempat tu memang instagrammable kot. Walaupun ada kiteorang je. Hahaha. Lawa weh, pastu free memang best la. Kami pun stop kat situ sebab nak buang masa before nak check in hotel dulu. Singgah kejap je. Kalau korang nak ke Hatyai dan tak terikat dengan mana-mana program ke tour ke hapa ke, singgah la situ untuk snap gambar. Best Best.
This place got so many beautiful + cute chairs and benches. Sebab tu cakap tempat ni memang instagrammable. hahaha
Lepas dah tangkap gambar semua we straightaway went to our hotel to check in. Just letak barang-barang dan keluar. Nanti dalam entry kedua baru ernnie nak cerita pasal hotel kami. and the good thing is, hotel yang kteorang menginap tu dekat je dengan Central Festival. Dia bukanlah di tengah bandar Hatyai yang sibuk macam area Asean market or Lee Garden area.
So perut pun dah lapar, memang kami ke Central Hatyai dulu nak cari makan. Masuk dalam Central Festival tu, memang sebiji macam shopping mall yang ada di Malaysia. Macam Queensbay Mall. So berjalan la kiteroang kat situ sambil nak cari makanan.
End up kiteorang pergi ke dia punya Food Court. Food Court dia lain sikit dari yang Malaysia. You have to buy a card and topup duit dalam tu dulu baru boleh beli. Ernnie beli macam koetiaw sup pedas and memang sedap weh. Pedas-pedas ni memang kegemaran family kecuali husband. Huhuhu. Husband makan nasi goreng and papa pun makan nasi goreng jugak. Mama? Masih tak makan sebab tekak dia memang tak boleh terima makanan luar dari Malaysia. hahahaha
Lepas dari tu kami balik hotel solat semua and keluar balik untuk ke Floating market.
Ranting by
Ernnie Omar
Subscribe to:
Posts (Atom)