Bermula dengan sembang-sembang je dekat office last week.Then Ernnie macam jomlah buat potluck minggu ni. Takmau buat lepas raya haji sebab lagi lambat kan. So mula la tanya orang tu orang ni. Kali ni potluck tu lebih kecik sikit sebab Ernnie baru nak 'test plot'.. hihihi~
So dari yang diajak tu, half of them came. Makanan memang banyak. Sebab Ernnie siap tulis bawak makanan untuk 15 orang. Dah nama pun potluck, kena la bawak serba sedikit. Baru cambest. Ada yang bawak soto, kuih Cik Molek? (macam salah ja nama yang Ernnie letak ni.), serawa cempedak (first time makan and sedap weh), spaghetti bologna, bingka cheese, makaroni bakar, air markisa, kerepek, apam nyok (Ernnie's fav).