Nov 13, 2016

MAHA 2016

Finally, after sebulan MAHA dah berlalu, barulah Ernnie nak cerita. Hopefully tak la basi.

Ernnie dengar pasal MAHA ni dah lama sangat. Tapi Ernnie tak pernah menjejakkan kaki ke MAHA. Langsung. Untuk tahun ni Ernnie berpeluang pi sana sebagai Pegawai Pengiring sekali dengan jadi pengunjung. Ernnie bertugas dari 2-5 hb Disember 2016.








Boleh Ernnie katakan MAHA kali ni rasanya yang paling happening sekali walaupun ada jugak kekurangan yang Ernnie rasa perlu ditambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Waktu Ernnie dapat taklimat awal pun macam tak boleh nak bayang MAHA ni macam mana. Flow macam mana semua. Tapi bila hari kejadian baru perasan yang dia memang event paling gah dekat Malaysia ni (kalau boleh Ernnie cakap macam tu).







So MAHA ni stands for apa? It stands for Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show. Tahun ini masih seperti biasa di MAEPS Serdang dan berlangsung selama 11 hari iaitu pada 1-11 Disember 2016. Antara highlights yang ada dekat MAHA 2016 ni ialah Rhythm of the farmers #ROTF, kampung Mok Cun, kampung Durian Runtuh yang ada Upin Ipin, ada Youth camp dan macam-macam lagi. kalau tanya Ernnie, lagi kita ada segala bagai Laman yang klau tak pergi rugi tapi ramai yang tak pi jugak. Bermula dengan laman Florikultur, Laman Herba, Laman Sayur, Laman perikanan, Laman Nanas, Laman Jentera, Laman Ternakan, dan Laman Padi. Believe me, one day is not enough if you're planning to explore all places. Tu tak masuk lagi Tempat Jualan Buah-Buahan FAMA, Main Pavilion, Food Empire yang ada beratus-ratus gerai as well as DOME Bazaar. Everyone need to prepare both energy and money je. Yang lain, semua ada kat situ. Memang menghimpunkan semua hasil-hasil daripada pertanian sehinggalah produk-produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan makanan dan ternakan.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...