Aug 17, 2015

Pengisytiharan varieti padi baru M284

Hari ni di Jerlun berlangsungnya Majlis Pengisytiharan Varieti Baru M284 yang dianjurkan oleh pihak MARDI dan dibantu oleh pihak MADA. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timb. Menteri Pertanian YB. Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman. 







Varieti yang baru diperkenalkan ni memberikan hasil yang tinggi kalau compare dengan MR219. Untuk berat 1000 biji pun lebih dari MR219. (Basically MR219 dan MR220 yang paling banyak ditanam oleh peladang). 

Bila tengok ditapak pun, apa yang Ernnie nampak pokok padi MR284 ni lebih teguh berbanding varieti yang lain. Hopefully dapat la mengurangkan kehilangan hasil yang petani alami. Kalau musim padi yang elok, akan berlaku padi rebah sebab ribut. Kalau tak, padi akan kena penyakit karah. Both accounted for the loses in paddy yield. 

And hari ni baru Ernnie realise yang maksud rentan dan rintang tu adalah 2 perkara yang sangat opposite. Rentan tu mudah untuk menerima penyakit dan rintang tu kalis kepada penyakit. Ernnie ingat rentan dan rintang tu adalah perkara yang sama. My bad. Teehee. 



Macam padi mr248 ni ia sederhana rintang kepada karah daun dan rentan kepada karah tangkai. At this point, I haven't heard about any varieti yang memang totally rintang kepada karah tangkai. Karah tangkai ni datang pada tahap akhir. Petani boleh sangat happy tengok padi derang yang cantik tapi at the end of the week, boleh kena karah tangkai yang habis rosak semua padi. 

Jarang Ernnie update pasal MADA, tapi tengah excited pasal updating my blog. Thus this entry explained. :)) 

Aug 16, 2015

MY UMRAH ZIARAH PART 6 (Final)


Post yang ke-6 Ernnie menziarahi Madinah dan Makkah.

First-first terus tunjuk buah Delima. Kat Makkah Madinah, buah Delima dia merah menyala. Manis pulak tu. Memang terbaik. Teringat ada satu masa tu di Madinah, Ernnie dengan kakak balik solat sama-sama, kakak bagitahu yang dia teringin sangat nak makan buah delima. Kami pun carilah gerai yang jual buah-buahan ni(cart basically). Tengok-tengok duit yang dibawa tu boleh beli sebiji je. Kakak ingat nak beli la dalam 3 biji. Punya teringin, dapat sebiji pun jadi.

Balik ke hotel untuk dinner, kami gathered satu family. Tup-tup abang ipar pun terdetik nak beli buah delima untuk kami. Datang pulak sepupu Ernnie terbeli jugak Buah Delima. Malam tu memang makan buah delima je lah. Sebab tu doa di Makkah Madinah tu untuk perkara yang baik-baik sahaja. :)
Okay back to the point. Pada keesokan harinya, kami berangkat menuju ke Hudaibiyah. Kami singgah di dua tempat. Pertamanya di Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat. Masjid ni kelihatannya sedikit kecil dan daif berbanding Masjid tempat bermiqat yang lain. Menurut ustaz, dah berpuluh tahun beliau datang, dari pertama kali sampai sehingga sekarang, begitulah rupa Masjid Hudaibiyah. Di mana silapnya pun tak sure. 

Di Masjid tu jugak, di sebelah luarnya ada sedikit peninggalan Masjid Hudaibiyah yang lama. Menurut ustaz lagi, di situ jugalah berlakunya perjanjian Hudaibiah antara muslim dan Kafir Quraisy. 

Antara ingat tak ingat, perjanjian ini ialah perjanjian yang bila dilihat dengan mata kasar, ianya lebih memihak kepada pihak Kafir, namun atas pandangan jauh Rasulullah SAW, ianya adalah perjanjian yang paling menguntungkan pihak Islam dan Islam dapat tersebar dengan sangat meluas. 

Selepas berniat miqat di Masjid, kami dibawa ke Muzium Kaabah dimana ianya menempatkan barang-barang yang berada di Kaabah seperti pintu Kaabah, Tangga untuk naik dan masuk ke pintu Kaabah, pancur emas, dan terdapat juga replika telaga Air Zam-Zam. Boleh tengok jugak bekas-bekas untuk meletakkan Hajarul Aswad dari zaman dahulu hingga sekarang. 
 Info : pancur emas tu memang betul-betul diperbuat dari emas tulen.

Yang menariknya, dalam Muzium tu baru Ernnie tahu yang sumur itu ertinya telaga. Sebab terdengar perbualan jemaah Indonesia bercakap mengenai Sumur Zam-Zam. Ha, baru boleh relate pantun "kalau ada Sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi". Sebab selama ni ingat sumur tu lembu. hahaha :) 


Tempat yang selesa untuk berehat dan solat, undergrounf King Fahd praying area.













Sepanjang perjalanan ke Hudaibiyah tu, kami disajikan dengan pemandangan bukit-bukit dan unta. Memang kat sini selalunya tempat kalau nak pergi melihat unta. Tapi atas faktor kesihatan, kami dinasihati untuk tidak ke Ladang Unta buat masa tu. (tak sure la Unta yang sebabkan penyakit atau tak).

Ini kesan tinggalan Masjid Hudaibiyah yang lama- tempat perjanjian Hudaibiyah.



Do I look like someone who just got back from Mahkamah? Keluar sambil cakap "no comment". Okay tak lawak pun.



Waktu hujung-hujung, ada la ambil masa lepas solat Isya untuk membeli apa yang tak dapat nak beli di Madinah. kami satu family just spent satu malam saja nak beli apa yang patut. Mama lagi suka balik dan terus tidur. Sebab esoknya nak ke Masjidilharam awal untuk taknak bersesak-sesak. Lagipun kedai kat sini bukak sampai 1 pagi tak silap. Sebab mereka pun faham yang jemaah tiada masa nak shopping di siang hari. Semua lebih tertumpu di Masjidilharam. 

Gambar dekat bawah ni diambil pada pagi hari last day kami di Makkah. Time pagi ni masih dalam keadaan nyaman, tak lah sedih sangat. Lagipun kami bertolak selepas Zuhur dan selepas menunaikan tawaf wida'  (selamat Tinggal). Waktu paling sedih dah tentu time tawaf Wida'. memang sangat sedih. Time tu lah mintak agar Umrah ini bukan yang terakhir. Kalaupun yang terakhir, minta Allah ampunkan semua dosa dan terima semua amalan kebaikan kita yang sedikit sangat ni. Mintak juga untuk Allah jemput kita lagi sebagai tetamu Hajj. InsyaAllah amin. 

Petang tu kami pulang dan dibawa singgah di MAsjid Terapung Arrahmah di Jeddah. Kami solat dan makan di situ sebelum ke Airport Jeddah untuk menaiki plane balik ke Malaysia. Bannyak betul pigeons kat Masjid tu. Eh, basically semua tempat yang Ernnie pergi akan ada satu tempat banyak pigeons. Baik di Makkah dan Madiah.












Alhamdulillah. selesai dah 6 entry Ernnie menunaikan Umrah Ziarah di Makkah dan Madinah. Rasa macam dah berbayar hutang untuk diri sendiri. Semoga entry Ernnie ni ada manfaatnya untuk korang-korang yang baca dan yang akan menunaikan umrah especially. Boleh je nak kongsi Do and Dont's dalam ni. Takde masalah InsyaAllah. 


Kind Regards, 

Ernnie Omar.




Aug 12, 2015

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MOA 2015


Best! Tu je yang Ernnie boleh bagitahu korang. Berlangsung pada minggu lepas 2-7 Ogos di Hotel Sri Malaysia, Bangan Serai, Sepang.Seramai 39 peserta yang hadir di bawah agensi dan Kementerian Pertanian. Mungkin tak boleh cerita yang lebih lanjut takut semua ni maklumat sulit. Teehee. 

Program ni ialah part of nak confirm kerja. So memang kene buat betul betul. Semua slot seronok sangat sebab penceramah yang dipilih memang terbaek dan tahu apa yang nak diberi.Consultant yang dipilih untuk aktiviti luar pun memang best. Cumanya Ernnie ni je yang lembik. So banyak la complain penatnye. Hihihi









Ernnie pun tak sure sampai mana boleh direvealed, tapi point of nak tulis blog ni nak berterima kasih dekat semua Urusetia (Ustazah, Pn Siti Hajar dan Pn Asmarani), consultant (En Mizi, dan Cik Izzatul), ustaz-ustaz yang bagi kuliah subuh dan maghrib, penceramah yang mantop dan semua yang terlibat lah ( tak lupa untuk En Abu dari hotel management) . Ernnie boleh beritahu yang kursus ni paling best yang pernah Ernnie attend. Enjoy dengan semua 39 peserta yang terlibat. Sebabkan tak lah ramai sangat, memang ingat nama InsyaAllah. Tapi nak beritahu nama sorang-sorang memang tak larat. 


     




Special thanks dekat kumpulan Ernnie ; Peace yang memang awesome sampai ke saat terakhir. Farid, Azizul, Fadhil, Firdaus, Muiz, Ary, Hafeez, Marina dan Ernnie.  Semangat nak menang kiteorang memang kuat sampaikan Johan semua kategori kot. Wuhuu. Semoga persahabatan yang dijalinkan ni insyaAllah lah sampai ke tua beranak pinak dan bercucu dah. Teehee. Tahniah untuk Farid dengan Ary Putra yang akan menamatkan zaman bujang derang ni tak lama lagi. Congratulations Bros. May Allah ease your new journey.  




Baru tambah gambar ni sebab kiteorang berjaya buat reunion (Yeay!) MADA dengan En. Zul yang kiteorang panggil otai. En. Zul adalah Engineer dari Lembaga Nenas (LPNM).

Berharap sangat dapat lagi buat reunion dengan korang-korang ni. Walaupun semua dalam Ministry yang sama tapi memang semua bagitahu susah nak jumpa sekali 39 orang ni. So reunion memang kene buat kan? :)) 

Aug 10, 2015

BOLEH KE KORANG MAKAN SORANG-SORANG KAT LUAR? TAK AWKWARD KE?

ERNNIE


Korang pernah makan sorang tak? Sebab ada antara kita ni memang tak boleh nak makan sensorang. Lebih rela berlapar asalkan tak makan sorang. Kalau dekat rumah bila family ajak makan sekali, okay pulak untuk menolak kan? Hihihi. Ada tips yang Ernie dapat bila Ernnie baca Astro Magazine. 

1. Sentiasa bawak bahan bacaan. 
- Dalam bag korang, make sure ada satu bahan bacaan. Novel ke, ipad ke and even tafsir pun okay. Bukan nak tunjuk alim, tapi time hirup air coffee apalah salahnya korang bukak Quran. Lepak dekat cafe kan salah satu escapism untuk kita dapat ketenangan. Tambah pulak bila korang baca Quran/Tafsir, double ketenangan kan? Dan sekarang banyak kedai makan and cafe dah ada bahan bacaan, ambil dan bacalah. Dengan cara macam tu korang spend lama mana pun dekat kedai still okay walaupun takde sape2 dengan korang kan? 

2. Update dokumen, catatan atau journal.
- Ini best. 'A cup of coffee while jotting down whatever that you have in your mind'. Tulis pengalaman korang time travel. Tulis reflection untuk diri. Bila korang nak jotting down something yang personal, korang pun sebenarnya nakkan a piece of moment yang taknak diganggu kan? So dia takkan jadi something yang awkward kalau korang makan sorang-sorang pun. :) 

3. Pilih ruang yang lebih personal bila korang berseorangan. 
-  semestinya sesebuah kedai akan ada beberapa ruang yang lebih personal, lebih privasi untuk pelanggan lebih-lebih lagi kalau korang berada di kafe. Dengan adanya ruang macam ni, obviosly kita takkan kekok untuk makan sorang-sorang kan? Peace ><

4. Pilih island/bar dalam restaurant. 
-  korang segan kan kalau nak makan dekat table for 4 or table for 6 sorang-sorang. Memang paling awkward. So island/bar adalah tempat yang sesuai untuk korang yang memilih untuk makan berseorangan. Dekat situ boleh jadi tempat yang best sebab korang ada high chance untuk berkenalan dengan orang sebelah sebab mereka pun keseorangan kan? Chewah! 

5. Telefon kawan baik korang. 
- Ernnie pernah buat time makan di sebuah 'family' restaurant. Bila dah duduk mula-mula tu rasa sangat awkward. Lepas pesan order Ernnie start call kawan dan bersembang dengan dia untuk waktu yang lama jugak. Lepas dah rasa comfortable then baru stop call and terus makan dengan happy. Bila first buat rasa jugak pathetic dengan diri sendiri. Tapi lama kelamaan rasa sangat normal. Hahaha

Semua tu Ernnie pernah buat. Mungkin ada lagi step2 yang korang buat, maybe boleh share dalam ni. Hihi. Happy eating alone. Kan orang cakap less is more, so why not korang apply bila korang makan sorang kan? Tak rugi langsung! 

Aug 2, 2015

Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya.

Nak cari masa untuk tulis blog sekarang sangat lah limited. Masa tu memang ada tapi Ernnie gunakan untuk tido. Qada' apa yang kurang. Hihi. 

Berharap kerajaan Negeri Kedah boleh improve sistem pengangkutan supaya Ernnie boleh naik bus dan tak perlu drive. Bila naik public, novel boleh baca and blog pun boleh update. Like what I did back in my university days. Ahhh, rindu! 

Okay. Back on the track. 

Selamat Hari Raya Again. Maaf Zahir Batin from my humble heart. Memang banyak salah rasanya dengan ramai orang. May Allah accepts our deeds in Ramadhan and ensure that we can be as istiqamah as we can in other months InsyaAllah Amin. 

Raya tahun ni sangat sederhana dari segi tetamu pada hari raya pertama. Banyak pada hari ketiga- kelima. Basically hari ke lima tu dari pagi sampai malam orang yang datang tak putus-putus. Hari raya pertama tema dia lebih kepada 'Arabidisation'. I bought the abayas for me and my adik at that time we were in Makkah performing our umrah. Mama pun berjubah and so do papa.

And as usual, kami adalah family yang tak pernah kalut untuk membeli baju raya pada saat akhir, selalunya dah siapkan awal lagi. Taknak rush akhir. Tapi kalau jumpa yang cantik menambat mata, rebat jugak. Muahaha. We didn't celebrate much since abang and kakak were not here on the first day of raya. Semua balik rumah mentua. So tinggal lah kiteorg empat beranak. Mama cooked mee rebus on that day.



Me and my anak saudara. She's older than me by setahun. Teehee :) 

 Adik and me. She's like hesistated at first sebab kiteorang macam tak pernah pakai sedondon. Nope. Bila pakai, she's like, lawa jugak jubah ni. Elin, tengok la sapa yang pilih. :))


Third day raya. Went to my x-principle's house. Balik tu singgah solat di Masjid Bukhari dan of course kiteorg menangkap gambar buat kenangan. Hihihi



















 TySya's tomatoes. So cute cannot tahan. Dah makin besar, dah makin tahu buat macam-macam. TySya taknak kasi korang balik actually. Tapi apakan daya.










Gambar ni di ambil oleh cucu Tok Mama (Ain) sendiri. Tengah orang kalut-kalut nak snap gambar Ain, she's like, gimme that phone I want to snap Tok Mama picture. Siap cakap lagi, Tu, We, Ge. (1,2,3). Hahaha. It turns out to be a very beautiful picture of Tok Mama.


Ain nak makan jagung dan nak pose dekat sini. Since die model, of course kena ikut cakap Madam Kecik ni.





Raya kelima. Harus jugak ambil gambar family. Merekalah jantung hati saya. Hopefully they'll be an addition to our family InsyaAllah :)). 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...