Mar 19, 2015

Sumbangan

*update : Tadi dapat email dari pihak bank ada hamba Allah yang telah menyumbang. Alhamdulillah. May Allah bless your effort. Ernnie mendoakan anda mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah *


Salam. 

Semua InsyaAllah sedia maklum yang kini Ernnie sudah berkhidmat di Kedah sebagai seorang kakitangan di sebuah agensi. Ernnie bukan lagi seorang guru di salah sebuah sekolah di Ampang. 

Menjadi guru bukanlah merupakan cita-cita Ernnie sewaktu kecil. Namun begitu, membantu insan lain dari pelbagai segi yang termampu memang menjadi impian Ernnie. 

Mungkin di atas semangat ini, Ernnie telah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar di kampung Ernnie. Kelas tambahan ini hanyalah untuk memberi pencerahan kepada pelajar sekitar mengenai apa yang telah mereka belajar di sekolah.  

Seramai 13 orang pelajar telah menghadiri kelas yang diadakan. 5 pelajar dari sekolah rendah dan selebihnya dari pelajar menengah rendah. Ernnie membahagikan mereka kepada 2 kumpulan untuk diajar subjek Sains dan Matematik. 

Sekolah rendah pada malam Ahad dan Isnin dan menengah rendah pada malam Rabu dan Khamis. Bagi hari selasa, Ernnie menggabungkan mereka untuk Ernnie ajarkan Bahasa Inggeris secara umum. 

Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran diatas sebab Ernnie tidak mahu membebankan ibu bapa mereka yang hanyalah petani biasa. Untuk ke tempat tusyen yang lebih baik, faktor pengangkutan dan lokasi menjadi masalah bagi mereka. Sebab-sebab inilah yang menjadi faktor untuk Ernnie mengajar dan menyampaikan sedikit ilmu kepada meraka. 

Alhamdulillah, rumah parents Ernnie dapat menampung bilangan pelajar-pelajar ini. Namun begitu, sesetengah dari mereka terpaksa bersila disebabkan oleh kekurangan kerusi dan meja menulis. 

Pada mulanya Ernnie agak teragak-agak untuk menulis entry ini kerana gaji Ernnie mencukupi untuk membeli kerusi dan meja secara berkala.
Atas nasihat seorang kawan Ernnie, Ernnie bersetuju untuk memohon wang sumbangan dari rakan kenalan bagi usaha pembelian kerusi dan meja plastik secara keseluruhan serentak. 

Menurut beliau mungkin ada diantara rakan Ernnie ingin menyumbangkan sedikit wang mereka untuk tujuan amal sebegini. 

Dengan itu Ernnie sertakan no acc bank Ernnie. 

Nama : Ernnnie Syafika Omar 
Maybank Acc No : 114161007376
Email : ernnieomar@hotmail.com
Description : sumbangan tusyen

Semoga usaha rakan-rakan untuk membantu diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta dihindari dari azab api neraka Amin. 

Mar 17, 2015

Wedding : Khairil Asyraf & Amiza

Tahniah Kay-En!  
Dah kahwin dah anak sedara Ernnie lagi sorang. By the way, anak sedara Ernnie ni anak kepada sepupu Ernnie. Kalau nak kira yang anak abang atau kakak Ernnie, ada 2 orang je. Tu pun yang masih kecil.
Ernnie memang membesar dengan anak saudara mostly. Sebab sepupu Ernnie boleh cakap semua dah berumur. Yang berkahwin ni pun umur hanya tua setahun dari Ernnie. Menaglah menjadi teman sepermainan dari kecil lagi.
Rasanya anak saudara ( Kedah : anak menakan) Ernnie dah mencecah 200++. Yup memang ramai. Cucu menakan pun Ernnie dah ada okay. Siap panggil Tok Lang. *jatuh tangga*
So 13 March 2015, Rombongan Cik Kiah dari Kedah bertolak la ke Gemenceh, Negeri Sembilan. Majlis pernikahan dilangsungkan Hari Jumaat malam tu di rumah pengantin perempuan. 
Alhamdulillah, everything went well. Sekali lafaz je Kay-Enn. 


Ernnie dah Kay-Enn. Kat sebelah kanan tu adik Kay-Enn, Azlin. Do we look like siblings?

Keesokan harinya, Majlis Persandingan di sebelah pihak perempuan diadakan di rumah pengantin. Rombongan pihak lelaki datang sampai 14 kereta. Alhamdulillah, sederhana tapi meriah. Cantik baju pengantin hokay. Hijau yang hijau. Siap Miza pakai yang cucuk-cucuk deka atas kepala tu. Nice one! .




Ha, kalau boleh tengok dekat gambar bawah ni, sebahagian kecil anak menakan Ernnie. Ni semua cucu kepada Pak Ndak Ernnie. Mengikut salasilah, cucu Pak Ndak Ernnie ada dalam 31 orang. So dalam 18 orang lagi, tiada dalam gambar. :)


Add caption

Of course papa and mama pun nak snap dengan cucu menakan derang kan. Yang atas tangga tu dah kahwin, yang belum kahwin, satu tangga di bawah okay. Nasib pakai heels. Tak la nampak ketot sangat kan.




Ni pun anak-anak menakan Ernnie. Afaf, Azlin, Athirah, Farah and Ernnie. Nampak sebaya tak? Ada kan?






Ha, ni namanya Najmi. Among all nephews, di amacam paling rapat dan manja sikit dengan Maklang dia. Baru Form 3, tapi dah tinggi sangat dari maklang. Dulu time ko Kecik Najmi, Maklang dok lambung-lambung je ko. Sekarang nak snap gambar sebelah maklang pun kene control macho habis. Hahahaha



Ni niece Ernnie. Kakak kepada Najmi. Ni macam kawan walaupun umur beza 7 tahun. Kalau maklang nak pergi mana-mana, dengan Farah ni memang boleh ajak berteman. Anyway, congrats Farah for your SPM result. Maklang sentiasa sokong whatever pathway that you're gonna make. InsyaAllah you'll be fine. :) 



Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tinggal majlis disebelah lelaki June nanti. Mungkin Kek kahwin nanti Maklang boleh potong sekali sebab birthday Maklang pun nak dekat dengan majlis korang. Please. *desperate tak?*



JUMAAT
Dress : CALAQISYA
shawl : bakawalicouture

 SABTU : 
Dress : Love To Dress [Vintage Jannah]
Tudung : Pekan Rabu.
Shoes : Nine West

Mar 9, 2015

Happy International Women's Day!

They are part of my khatam Quran's group. We started in Ramadhan last year with the aim to finish 1juzu' per day. After that we continue to read 1Juzu' per week. 

Although I'm no longer in KMS, they are still with me due to this initiative. I'm so blessed as Allah introduced me with all these warm-hearted sisters, parents, teachers and board of directors. May this relationship last, InsyaAllah.

 :)




Mar 4, 2015

COFFEE + OLIVE OIL = MAGIC !

Credit picture


Assalamualaikum, 
Entry kali ni Ernnie nak beritahu korang pasal MAGIC. 
Magic terjadi apabila olive oil dicampur ke dalam used coffee ground


Macam mana boleh dapat idea ni? 
Tak, Idea ni bukan dari Ernnie. It was actually a well known ramuan untuk nak hilangkan selulit. Bermula dari Ernnie browse pinterest nak cari cara macam mana nak kasi kulit Ernnie sentiasa lembap gitew. Bukan apa, dengan cuaca yang sangat panas sekarang, terlalu panas. Tambah pulak, Ernnie bekerja kat dalam office yang bersuhu rendah. So tengah panas, masuk office. Or tengah badan sejuk keluar balik. Bila dah kepanasan fluctuate sangat, of course tahap kekeringan kulit Ernnie ni lebih daripada biasa. 

Tengah mencari losyen atau ramuan apa yang bagus untuk nak kasi kulit sentiasa lembap, Ernnie terjumpa resepi untuk keluarkan selulit dan dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit. Thanks Pinterest! Memang best friend kot sekarang ernnie dengan Pinterest :) 


Boleh percaya ke?
Tak cuba tak tahu kan orang cakap. Okay, Ernnie dah try dan memang Ernnie recommend dekat semua orang. Baik laki atau perempuan. Sekarang memang excited kalau ada sesape datang rumah and mama pulak time tu bancuh coffee. Kuantiti sikit je dapat kalau sekali bancuh for personal drink kan. Kalau saudara datang, serbuk kopi yang dapat memang banyak. :) 

So Ernnie campurkan used serbuk coffee dengan olive oil. Kebetulan Ernnie memang sentiasa simpan Olive Oil dekat rumah. Ernnie guna EVOO (Extra Virgin Olive Oil). Read in the article about the  additional ingredient i.e. brown sugar. Tapi dekat rumah Ernnie takde brown sugar plus the result is already amazing without brown sugar. So no need lah. I f you wanna put it, that's great ^^. 


Pernah cuba scrub yang lain? 
When it comes to scrub, I'm a fan! Face scrub and sampai body scrub. Untuk face scrub, Ernnie dah pakai blue corn scrub form Body Shop. Dulu pun pernah guna salt scrub bought form Sports Girl Boutique in Aussie (nice smell and cheap too). And sekarang pun guna lagi orange scrub from Body Shop. Even yang traditional pun pernah buat. Kakak Ernnie blend beras with all those kampung hebs. Those scrubs gave me such good result. However, the combination between coffee and olive oil ni memang paling best ernnie pernah guna. 

Some more, I can put in onto my face and body. Coffee bertindak sebagai beads yang akan membuang kotoran dan selulit pada badan dan olive oil sebagai egen pelembap. I tell you. It's awesome. 

Sekarang  ni every week memang kene buat. Ernnie and mama dah berebut-berebut dah the used coffee. We both love it. Mama Ernnie pernah gantikan used tea with EVOO, tapi Mama sendiri bagitahu yang die tak best macam coffee ground. 

Basically if you look onto Pinterest, boleh combined macam-macam, lemons, salt, brown sugar ect. Ikut selera sendiri. Tapi the main two ingredients mesti kene letak : COFFEE and OLIVE OIL to create that MAGIC effect. Hehehe 

Ps : Tengah cari kedai kopi mana di area kedah ni yang nak kasi free serbuk kopi dekat ernnie. Dari end up jadi sampah, lebih baik buat scrub kan? :)) 


Kind Regards, 

Ernnie Omar. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...