Dec 21, 2013

PMR. 축하해 내 동생!!


Alhamdulillah Alhamdulillah. Sesungguhnya segala nikmat, rezeki dan ujian itu datangnya dari Allah SWT. I
'm so proud to be Bahiyah-ians right now. Congratulations to all of you 98'ers. You guys have nailed it! Seramai 73 murid mendapat 8A dalam keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kali ni. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, SMK Sultanah Bahiyah ni berada di kedudukan yang ke-16 dalam negeri Kedah. Lebih menarik, jika dilihat kan pada senarai sekolah, tempat pertama - tempat ke 15 semua diungguli oleh sekolah berasrama penuh atau sekolah yang semestinya memerlukan anda mendapat 5A untuk masuk. Tapi tidak pada Bahiyah. So, double congrats to YOU SMKSultanah Bahiyah! ^^ 

And Yeah.. 
Big congratulations to my annoying-love-hate-sister, Eliene Anissa for getting straight A's in PMR. You did it budak! Everyone in the family is so proud of you.  

Sorry kakak terlebih excited (as usual).  

Sebab apa excited? 

"Same school, same class, same teacher. Same result. Tapi time tu tinggal dekat Selangor. Mampu telefon pejabat sekolah je tanya dapat apa >.<"



Post ni diupload lambat sikit. Sebab rupanya tak tekan send. Alamat ya duduk dalam draft lama kemain. Adeh la Ernnie. 

Dec 19, 2013

Why I love Tote Bag?

Bila anda pergi ke sesebuah majlis dan tiba-tiba ada orang cakap : 

"Ernnie, besarnye bag. Boleh taruk anak dalam bag kau weh". 

Obviously akan bermonolog dalaman seperti ini. "Pfttt. Memang pun bila aku dah kahwin nanti and ada anak, aku nak taruk anak aku dalam handbag ni. Anak kembar pun muat"

Mula-mula bila first dengar memang kelakar. Tapi bila dah 3-4 orang cakap benda yang sama, Ernnie rasa macam errr..


That's the bag that I'm talking about. My beloved brown Tote bag. I loveeee tote bag. Gambar ni diambil time Ernnie and kawan-kawan (dalam gambar) pg kenduri di Bangi. Ernnie letak gambar candid sebab nak tunjuk saiz bag tu. Nak clear lagi? 

Terima kasih google untuk gambar ni. :) cool. 


Q : Why Ernnie loves Tote Bag? 

1. Besar. Boleh taruk banyak barang. 

2. Besar. Boleh jadi bag tambahan bila pergi Tesco hari Sabtu (kat Kedah Jumaat) then lupa bawak shopping bag sendiri and kedekut ya Amat nak beli plastic bag. Seriously boleh taruk banyak sangat barang. Believe me. Bayangkanlah kalau orang cakap sampai boleh taruk anak, takke memang besar ^^. 

3. Boleh jadi both simple and casual. Tote bag ni selalunya pattern dia tak berat sangat. So boleh bawak pergi mana-mana je yang kita suka. 

4. Boleh jadi payung time terdesak. Besar kau. 2 orang tu InsyaAllah muat kalau tetiba takde payung and nak lari pergi dekat kereta kalau time hujan. (Eh macam pernah buat je ^^). 

5. Kebanyakkan tote bag ni takde banyak compartments. Selalunya satu poket kecik je. So kalau nak rush, memang capai je segala apa yang nak ambil (macam wallet, botol air, buku, speck, etc.) and 'rejam' masuk dalam bag tu. Sekali 'haung' je. 

6. No 5 tu boleh jadi bagus atau tak kat sesetengah orang. Jangan risau. Beli macam clutch or bag kecik and letak dalam tu boleh jadikan compartments sendiri. Macam clutch warna merah ada makeup, warna kuning ada toileteries, warna biru ada stationaries and etc. Ernnie buat macam tu kalau rajin sikit la. Besides dapat selamatkan bag tu dari kekotoran kalau dakwat pen tetiba bocor or bedak tetiba tumpah kan :). 

7. Boleh taruk baby. Lulz. Tak pun try boleh letak beras yang 10 kilo tu. Kalau possible, memang tote bag ni kuat. Haha.

Sapa ada instagram, cuba cari @yanakhairuddin or #hanabelipat. Yana ni co-owner of Calaqisya butik. She put her daughter in her tote bag. Lol. Cute sangat tak tipu!! 

Tapi ada orang tak prefer bag besar-besar cemni. Dia prefer bawak bag kecil or even bawak wallet taruk dalam poket. Ernnie pun kadang-kadang pakai handbag kecik je. Tapi untuk sesetengah yang lain, dia rasa tak puas kalau tak pegang apa-apa. Setiap orang ada preference lain-lain kan?

Oh lupa! 

8. Bila bawak bag besar-besar macam ni and ada ramai kawan yang malas nak bawak handbag, derang akan : 

" Weh, tolong tumpang wallet and phone aku dalam bag ko". 

Cemtu haa. Korang Pernah melalui perkara macam tu? Heheheeee~ I love you all my dear friends and family. 

(Tetiba) ^^'



Dec 15, 2013

Plancaran Kelab ANSARA Kedah 2013.

Bertempat di Kediaman Menteri Besar Kedah di Sri Mentalon, telah diadakan Majlis Perasmian Kelab ANSARA Kedah yang telah dirasmikan oleh Presiden ANSARA iaitu Menteri Besar kedah kini iaitu Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Mahathir. 





Terasa diri ini dari ANSARA although tak pernah ambil bahagian dalam apa-apa aktiviti ANSARA sebelum ni, Ernnie pun join sekaki. Walaupun acara ni untuk ANSARA Kedah, tapi pihak disana menjemput sesiapa yang lahir di Kedah, atau menetap di Kedah atau pernah berMRSM di Kedah di jemput hadir. Of course ada kaitan sebeb Ernnie sekarang ni menetap di Kedah dan (bukan di Selangor atau Seremban atau Pahang)

*sebab ada kawan yang still ingat Ernnie duduk di Selatan dan bukan Utagha :)

Kalau ikut tentatif yang ditunjukkan dalam FB/blog page, acara dimulakan pada pukul 4ptg. 4-5 tu macam sembang petang bersama pelajar MRSM. Sebab Datuk Mukhriz dijadualkan hadir untuk Majlis Perasmian pada jam 5ptg. Ernnie pun sampai dalam 4:40PM sebab rasa tak berkaitan je dengan acara yang awal. Ernnie assume student-student MRSM yang still student dan bukan alumni akan datang untuk meramaikan majlis. Fikir balik, memang untuk alumni lah sebab mana ada student yang ada di Asrama sekarang. Semua still cuti kot. Haish la Ernnie...

So sampai-sampai tu terkezut tengok memang ramai sangat yang hadir. Memang tak cukup kerusi. Memang riuh-rendah sebab semua semua macam "Eh, aku kenai hang, hang senior aku kan?, Eh hang budak MRSM ka" kind of situation. Since semua tetamu kene pakai macam sticker yang state kan MRSM mana dia dulu, sebab tu proses Ice-Breaking lagi cepat kot. Tambah-tambah yang hadir tu berpangkat abang-abang dan pakcik-pakcik. Memang nampak sendiri ada yang dari batch 72 (pioneer MRSM) pun ada. yang macam nak sebaya dengan Ernnie tak jumpa. Ada la kot sorang dua. tapi tak ramai.

Ernnie ni nak sembang. tapi suasana AKWARD menyelubungi diri sendiri tapi orang-orang lain memang busy sembang. Ya lah, kita sorang dari MRSM Jasin. Serius tak jumpa langsung sapa-sapa dari Jasin jugak. haha. Tapi ada sembang dengan sorang akak ni batch 2003 Langkawi dan ada 3 student dari MRSM Merbok baru lepas habis SPM. tu je rasanya yang Ernnie sempat berkenalan.

Tapi takde lah bagi Ernnie tak seronok, fun je. Datuk Mukhriz memang best time beliau berucap. not really formal kind of speech. Maybe yang hadir tu adalah dari schoolmate beliau jugak and same batch. Btw, Datuk Mukhriz adalah dari MRSM PC. Yang tak berapa nak best sikit pasal time management kot. Sebab since Datuk dijadualkan hadir pada 5 petang, so dalam 5:15 PM orang dah mula tengok jam. End up Datuk datang jam 5:50. (senyum). Mungkin kena ada perbaikan dari segi time management la kot.

Ada slot forum tapi kene batal sebab masa tak mencukupi. Ada juga sesi bergambar ramai-ramai. Yang tu tak dibatalkan. :)

Last one, yang ni kene bagi compliment. The foods were very good. Sedap sangat especially the Laksa Siam. Banyak jugak makanan yang ada. Sedap betul.  Hopefully lepas ni kalau ada aktiviti ANSARA yang lain, dapat jugak Ernnie join. tak mampu nak janji. Tapi harapannya dapat pergi lagi. Peace ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...