Nov 27, 2013

Wedding : Asmaa' & Azrul

Salam. Yeay Asmaa' dah kahwin!!!.

As usual Ernnie orang yang jadi excited bila kawan-kawan kahwin ni :).

Asmaa' ni senanye cinta hati Ernnie before Azrul (Mantap) ambil alih. Eh eh?? ^^. 
She's my friend, my bestfriend, my housemate, my sister, teacher, the calmer-kind-of-person, and paling best referee/orang tengah between Ernnie & Azzah kalau time gaduh. Haha. Since Ernnie and Azzah ni budak lompat 90' and Asmaa' ni 89' memang kiteorang treat dia macam kakak.

Housemate 07-08' Taylorian. Azzah, Ernnie and Asmaa'.




Satu perkara yang Ernnie takkan lupa sampai bila-bila pasal Asmaa' ni. 

Ada satu hari tu, Ernnie pergi beli barang dekat Carefour sorang. Tersangat careless, Ernnie tercicir dompet dekat dalam Carefour tu. Nak bertambah sedih lagi, seminggu sebelum tu, Ernnie baru je kene 'rompak' dengan orang naik motor dekat Kolej. So semua card bank, IC semua baru je dapat. Bayangkan 2 kali dompet hilang/cicir. Menangis lah dalam Carefour tu sampai masuk bilik pakcik pengawal nak tengok CCTV. Pakcik tu pun tak boleh nak tolong sebab memang dah hilang. Pakcik tu siap kasi IC secekak dekat Ernnie cakap "You pilih je nak yang mana" semua IC2 ni jumpa dekat area Carefour lepas orang-orang rompak handbag and derang lempar IC/bank card dekat area Carefour ni. Boleh pulak nak pilih and amik IC orang lain kan. 

Ernnie nangis sebab fikir confirm kene marah dengan parents sebab cuai. memang mengaku diri ni cuai sangat. 

Okaylah..  Nak balik pun tak boleh buat apa-apa sebab card apartment pun hilang sekali. Duduk kejap dalam bilik tu sampai pukul 5 ptg cemtu. Sebab nak tunggu Asmaa or Azzah balik. Then around 5pm balik apartment. Asmaa ada dekat rumah time tu tengah solat. Lepas je Asmaa' habis solat, terus la cerita apa yang berlaku. Seriously muka Asmaa' time tu calm je. Yang Ernnie ni macam orang kene rasuk. Haha. Panjang punya cerita dekat Asmaa' tetiba Asmaa cakap macam ni. 

Asmaa' : Ernnie dah solat Asar ?.

Ernnie : Belum..

Asmaa' : Pergi solat Asar dulu. Nanti kita sambung sembang.

Memang tak cakap banyak sebab time tu seriously tak boleh fikir apa-apa dah. Terus amik wudhu and solat. 

Guess what?? After Ernnie habis solat, immediately Officer Taylors telefon tanya Ernnie ada cicir dompet ke dekat Carefour. Sebab ada Aunty Chinese ni call Taylors sebab student ID pun ada dalam dompet tu. Pastu kakak Officer tu pun kasi no phone Aunty tu. Ernnie call and Aunty tu cakap anak die nampak dompet tu dalam troli shopping and dia simpankan.  Apparently Aunty tu dah sampai rumah dia dekat Klang. Ernnie discuss and setuju jumpa Aunty tu dekat train station kat Klang. 

Asmaa then temankan Ernnie pi Klang naik train petang tu jugak. 

Okay point nak cerita betapanya Asmaa' ni orang yang calm yang obviously opposite dengan Ernnie. Action Asmaa ni simple-simple je tapi kasi impak yang besar kot. Calculator Asmaa hilang pun relax je. Tup2 ade orang baitau dia ada teramik calculator Asmaa (budak J3 mesti tau cerita ni. haha).

Uttermost respect Ernnie dekat Asmaa ni. I bet Azzah pun akan setuju. 

Dulu-dulu pernah merajuk dengan kawan-kawan time dekat Aussie. terus lari pi Tassie jumpa Asma. haha~ Sorry Asma although time tu Asmaa tengah busy tapi layanan kasi hebat sangat. 



Barakallahu fiikum my dear sister. I'm happy  for you. Too bad tak dapat attend walimah Asma. Hadiah pun tak kasi. (Teruk perangai). Nak tulis tahniah kat fb pun tak boleh nak type sebab Ernnie nanti nangis. hahaha. Tak ah.. Terimalah blog post ni as a present eh Asmaa'? hihi..

Untuk Mantap, jaga Asmaa elok-elok please. Cerita punyalah panjang sebab nak bagitau betapa Ernnie sayang kat Asmaa. Semoga rumahtangga korang dilimpahi redha Allah. Semoga sampai ke syurga hendaknya. Aminn~ 

Cr gambar : fb Lukmey and fb Asmaa' :)

Nov 16, 2013

SEMINAR BAYU 2013

Alhamdulillah. Dapat attend satu seminar dekat UIA anjuran Langit Ilahi yang menjemput ramai penceramah yang hebat-hebat yang mostly Ernnie memang nak jumpa in person. Dua orang in particularly Ernnie nak jumpa. Sebab Ernnie pernah baca hasil tulisan mereka. Dan memang ada sedikit aspek-aspek dalam diri Ernnie yang telah di'spark' atas hasil tulisan mereka ni. :)

Ucapan pendahuluan telah disampaikan oleh Saudara Hilal Asyraf sendiri. Based on apa yang hilal cakap. Seminar Menyentuh Hati (BAYU) ni lebih kepada macam mana nak sentuh hati seseorang dan juga hati sendiri. Tak kisah melalui percakapan, perbuatan dan akhlak diri. Buku yang Hilal suggest (basically semua penceramah pun suggest) bertajuk Bagaimana Menyentuh Hati hasil tulisan Abbas As-Sisi. Ernnie taka baca lagi kandungan buku tu, tapi bila dah semua penceramah suggest, mesti something yang best kan?


Lepas saudara Hilal, adalah slot kak Fatima Syarha. Kecik comel molek je orangnya. Tapi bila bercakap penuh dengan ketegasan. The fact that bila Kak Fatima cakap je beliau mesti macam nak menangis, pun boleh membuatkan audiens disentuh hatinya. Tak tipu.

Penceramah Kedua ialah Ustaz. Pahrol Md. Juoi. Ustaz Pahrol adalah orang yang sangat Ernnie nak jumpa in person. Lenggok bahasa Ustaz Pahrol pakai memang simple words yet effective. kalau pernah baca buku;buku tulisan Ustaz pahrol, memang rasa perkara yang sama. Uniknya, penggunaaan bahasa yang mudah yang orang lain pun boleh cakap, tapi bila dekeluarkan oleh Ustaz Pahrol, rasa lain. really. Mungkin sebab Ernnie sangat suka dengan Ustaz Pahrol ni. So, apa yang beliau cakap, senang je nak masuk. Penggunaan analogi yang orang tak boleh refute. Itu salah satu kehebatan Ustaz Pahrol ni. 


Seorang lagi, siapa tak kenal dengan Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam. Ernnie sangat nak jumpa Ustaz Hasrizal in person. Baca buku beliau je tak cukup. Alhamdulillah dapat jumpa in person~ Apa yang uniknya dengan Ustaz Hasrizal ni Ernnie rasa beliau cakap dari hati. Kadang bila Ustaz cakap dia ada marah dengan orang yang comment bukan-bukan dekat FB beliau, Ernnie macam, "Ingatkan Ustaz Ustazah ni tiada perasaan macam tu, rupanya mereka pun sama dengan kita-kita ni". Okay memang Ernnie tahu manusia ini bukanlah sempurna. Tapi kadang, bila Ustaz Ustazah potray perkara-perkara yang baik sahaja, Ernnie ni susah nak relate. Membandingkan yang mereka itu hebat, dan Ernnie tak pun. Tapi bila Ustaz Hasrizal ni bercerita pengalaman beliau, Ernnie macam boleh relate. Bila boleh relate, kita akan cakap ; "Okay, Ustaz Hasrizal boleh, takkan aku tak boleh. "  :).


Sebelah malamnya, forum yang lebih santai dilakukan dengan Hilal Asyraf jadi moderator. Tajuk yang diketengahkan adalah menjurus kepada DAKWAH KAMPUS. Tpoik biasa-biasa. Tapi disebabkan panel-panel yang hadir adalah dari kalangan ikon-ikno kat dalam Uni di Malaysia ni, so dia jadi sangat menarik (Dr. Azizan, Sis Amani & Dr. Mazlee).

Whatever point yang Dr. Mazlee utarakan, Ernnie sangat setuju 110%. Beliau mengetengahkan pasal apa maksud dakwah. Kenapa nak separatekan 'block' dakwah dan 'block' pembelajaran. Sebab bagi beliau, belajar dan mendapat result yang cemerlang itu juga dakwah. dan lagi satu, teguran kepada budak-budak Dakwah yang sangat aktif berdakwah, berjaulah, berIjtima segala, tapi aspek aspek kecil seperti recycle, kebersihan, kekemasan berpakaian pun tak dijaga sedangkan itu semua berada dalam konteks dakwah. I have to agree on this. Sebab honestly, memang aspek menjaga kebersihan itu kurang dijaga (eg : kalau sampah penuh dekat sesebuah tong sampah tu, kita ni still lagi nak sumbatkan sampah sampai melimpah. I've seen it and I hate it). Kalau aspek-aspek macam tu pun tak boleh nak jaga, macam mana kita nak menyentuh hati yang lain? Orang tengok pun takkan pandang dua kali.

Dan yang lagi menarik bila Dr. Mazlee sentuh pasal Dakwah sesama Melayu sahaja. Menarik sangat. Malas nak ulas dalam blog saya. :)



Okay, paling penting, Ernnie nak berterima kasih dekat kawan yang Ernnie baru jumpa dalam Seminar tersebut. Nama adik comel ni Nadiah. Umur baru 21, UM student ambil Account. very-very nice girl. Ernnie tumpang tidur rumah Nadiah malam tu. Hospitality Nadiah bagi sangatlah awesome. Terima kasih sangat-sangat. Esoknya pagi-pagi ingatkan nak pergi uni Nadiah, sebab dia ada kelas pagi tu, tup-tup dibatalkan. So kiteorang pergi KLCC. Ni snap gambar sebelum Nadiah nak balik Uni beliau sebab Nadiah ada kelas pukul 2PM. Thanks Nadiah. :))

Ada lagi penceramah-penceramah yang lain seperti En. Abu Ridhwan dengan Cikgu Azmi. Banyak gambar dekat IPAd. Dalam phone ada gambar ni je. So tak sempat lagi nak upload. Cikgu Azmi seronok!!. Perkongsian pengalaman beliau memang terbaik. Walaupun audiens dah penat, tapi Ernnie rasa takda pun yang tidur sebab semuanya best! RM35 yang tak merugikan langsung. 

Nov 7, 2013

Putrajaya Part 2

Bermula dengan browse around internet sebab nak cari public library kat Putrajaya minggu lepas, end up encountered dengan Perdana Library yang anjurkan talk/forum bertajuk "Current Political Trends and their Impact on the Economic and Social Direction of Malaysia". Speaker2 yang terlibat seperti Tun Dr Mahathir dan Dato' Saifuddin Abdullah. Gamble sorang-sorang pergi talk & end up jumpa kawan Chinese nama Sammie yang sangat cool :). Good talk, good forum, good food and great people. 


Yesterday, I was a bit bold by asking him a question regarding the future of Malaysia in 5-10 years time. 

His answer was "I'm not an ahli nujum lah Syafika" (yup he called me Syafika). But he did mention that he wish in 5-10 years time, Malaysians will become   'knowledgable citizen' with a quality as a person and not a robot. 

Deep. 

Gambar-gambar kat bawah ni gambar yang Ernnie sempat snap time jumpa Tun dengan time browse around dekat Yayasan tu. Memang cantik. Kalau datang lagi Putrajaya nanti-nanti, mesti nak jejak lagi. Ni baru interior yang capture attention Ernnie, tak masuk lagi dalam library tempat simpanan buku-buku rujukan. Hari tu tak sempat. 



Betul-betul Ernnie amik tempat duduk belakang Tun. :)





Nov 2, 2013

Putrajaya on 2nd November

Hari ni dekat Masjid Tuanku Mizan Putrajaya, attended bicara semasa (Dr. Zaharuddin) & Halaqah tv9 (Ust Badli Shah, Ust Mustafa Kamal & Ust Tarmizi). Alhamdulillah for such opportunity. :)) .


By the way, dah lama diri ni nak jumpa Dr. Zaharuddin. Selalu baca status fb beliau je. Hari ni dah nampak live. Walaupun sangatlah jauh. Rasa teruja. Since Parents tak boleh datang sebab nak pergi ambil anak sedara balik dari Makkah, (as usual) Ernnie pergi sorang-sorang. 😊


Lepas tu, ada event lain i.e. Halaqah. Taktau pulak dia tayang live dekat tv9. Terus message anak sedara suruh tengok. Haha. Tapi taknampak pun Ernnie sebab purposely duduk kat belakang Cameraman. Camera tu tak pusing langsung side yg Ernnie duduk. Tapi awesome jugak tengok event yang berlaku live dekat tv. Mungkin before ni tak pernah kot. Kalau ada pun, forum Perdana time kecik-kecik. Tak ingat langsung. 


Lepas halaqah, pihak masjid ada sediakan Makanan. Soto & Bihun sup. Apa lagi kan. Pkul 11 lebih baru habis semua and balik. 


Anyway, Putrajaya bestlah! 😍😍 seronok tinggal dekat sini although sementara je. Banyak aktiviti/knowledge-based-events yang boleh kita join kalau pandai cari. Sekarang guna internet je, senang sangat jumpa. 


Okay nak tidur. Dah 3.32 AM. Caffeine effect. ^^











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...