Jul 31, 2013

Back for Good punya cerita. Makan salam peluk cium, Bye bye.

Entry ni berkaitan dengan mode perasan. Sila abaikan kalau rasa loya. 

Lepas dari Hari Graduasi, Ernnie dengan kawan yang lain ada mendapat jemputan-jemputan dari hadek-hadek mahupun kakak. Jemputan dari sebelum start puasa sehinggalah dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki sedikit murah. Kadang-kadang tertanya juga, Ernnie ni deserved tak untuk dapat rezeki sebanyak ni. 

Meh nak recall : 

- Jemputan makan-makan dari Kak Masitah (kakak bulatan gembira Ernnie dan Ras)
- Farewell gathering Ashabul Brisbane.
- Jemputan Berbuka puasa di rumah Sherryn dan John
- Jemputan Berbuka di rumah Ustazah Asma'
- Lepak makan last dengan hadek2 yang cool lagi awesome.
- Makan-makan selepas Halaqah pertama dengan Ustazah Asma'

Alhamdulillah,  setiap hari ada je rezeki yang turun. Terima kasih pada yang menganjur, yang menginvite, yang memasak. Rasa macam takmau balik Malaysia. To be honest, Ernnie terdidik menjadi manusia yang lebih baik dan faham tujuan hidup adalah apabila Ernnie di Australia. Lebih baik itu bukan totally perfect, tapi sedikit berbeza dari segi pemikiran, dan didikan hati. Tapi saya masih Ernnie yang orang kenal. Masih banyak cakap :). 





Dan terima kasih pada yang datang menghantar Ernnie, Kak Ras and Kak Alia balik. Penat korang. Esoknye dah la ada class. Drive lagi nak ke airport. Semoga Allah memberi keberkatan, kecukupan dan kelapangan masa buat setiap sorang dari korang :). 


Dan untuk Hasanah dan Nadzirah yang beria-ria datang ke KLIA untuk berjumpa dengan Ernnie. Awww terharu uolls~ . Although korang berdua ada hidden agenda. Lulz. 


Terima kasih semua! Nampak clichē tapi.. 

JASAMU DIKENANG.

Jul 29, 2013

Hari Jubah Saya.

18 July 2013

Alhamdulillah. Masa yang ditunggu-tunggu untuk semua pelajar yang belajar. Setelah menjadi pemenang dalam acara lari pecut sang sperma2, kita sudah dinobatkan juara. Kali ini berlainan. Batang tubuh ini akan memakai Jubah untuk hari graduasinya. 

Di malam hari sebelumnya Ernnie tak boleh tidur. Rasa nervous satu badan. Bagi Ernnie (mungkin tidak pada semua), hari yang Ernnie tunggu-tunggu adalah hari graduasi. Itu yang tak selesa satu badan tu. 

Tambah pula, kalau grad di sini, mana ada rehearsal seminggu sebelum. Semua kene buat at that moment. Memang nasihat kawan2 supaya jangan jatuh time ambil scroll itu terpahat dalam kepala.

Alhamdulillah, parents Ernnie pun turut sama hadir di majlis graduasi. Rasa penat lelah mereka terbalas. Majlis berlangsung dalam tempoh sejam setengah. From 2pm until 3:30pm. Paling tak sangka, ramai adik2 junior yang datang. Alhamdulillah, bila teringat balik, memang sangat berterima kasih dekat semua yang datang. Although ada yang datang untuk orang lain :P. 

Like I've said in my facebook, I wanna thanks Allah for His Blessings, my parents, juniors, seniours, friends, bestfriends, sisters, brothers whom I know in gatherings, camps sort of ; Who knows me, my sponsor (MARA), relatives, teachers, lecturers, ustaz, ustazah, every single one of you. You guys are part of my journey. Thanks a lot. 
Let's pray for everyone's success. In both dunia and hereafter. 

One step to a better future, InsyaAllah



























                                               



* Oh, ade yang tanya, mane Ernnie beli that Baju yg ernnie pakai for my graduation day. It's a Vintage Jannah Dress from www.love-to-dress.com . You can buy it online dekat lovesora.com.au (in Australia) or fashionvalet (Malaysia). I think both online shops got free shipping. :) *



Jul 11, 2013

Bila bercakap soal jemaah

 

Ernnie tahu ini sensitive issue. Tapinya pernah encounter dengan akak-akak yang neutral fitrahnya. Sebab mengapa meraka tak berapa minat nak join pelbagai jemaah ni kerana mereka merasakan wujudnya satu 'dinding' yang akhirnya menyebabkan perpecahan.

Environment Ernnie di sini tak lagi sampai ke tahap tersebut. Ernnie merasakan jemaah-jemaah yang wujud ini merupakan akibat dari fitrah yang berbeza-beza. Yang mana kita selesa dan setuju. 

Okay point di sini bukannye nak cakap soal jemaah sangat. Tapi Ernnie nak cerita pengalaman sendiri yang menyebabkan Ernnie terfikir balik pasal perbezaan jemaah ni semua. 

Waktu ingin pulang ke Brisbane dari Melbourne. Di airport Tullamarine, Ernnie encountered dengan beberapa orang gadis yang bila dilihat sememangnya pelajar Melayu dan dalam jemaah tertentu. Perjalanan Ernnie ke arah airport  dan mereka sedang keluar dari airport. 
Obviously akan berlaku pertembungan kerana kami lintas di zebra crossing yang sama. 

Ernnie mengukir senyuman. Namun, tiada seorang insan dari kalangan pelajar-pelajar tersebut yang membalas kembali senyuman itu. Seriously Ernnie sangat terkejut. Mereka dalam 9-10 orang tapi seorang pun tidak membalas kembli senyuman itu. 

Point di sini bukan Ernnie marah or whatsoever, tapi di dalam flight, perkara-perkara sebegini betul-betul membuatkan Ernnie berfikir apa point jemaah-jemaah yang wujud. Kalau ingin mendakwah orang lain, adakah relevan jika aspek yang sesimple membalas kembali senyuman itu pun tidak dimasukkan? 

Kiranya betullah ada pandangan akak-akak yang bersikap neutral ini tak mahu join usrah/jemaah kerana meraka merasakan perkara-perkara tersebut bersikap memecahkan. Ernnie terpaksa bersetuju dalam hal ini. Sedikit kecewa kerana penerapan nilai agama adalah sangat hebat dalam diri. But when it comes to applying the simple basic thing, you guys failed to do so.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...