Apr 18, 2013

Gambar yang memberi mesej





Perhatikan gambar-gambar ini.

Ernnie yang tangkap di Library University di tempat Ernnie belajar. Menunjukkan yang pelajar itu merasa selamat meletakkan barang- barang mereka untuk keluar makan, atau keluar untuk ke kuliah di bilik kuliah.

Kenapa mereka berani berbuat begini? Pada Ernnie ini semua adalah hasil dari taraf hidup yang tinggi dan baik. Semua rakyat berupaya untuk membeli, mempunyai kuasa untuk membeli barangan yang bermutu. Bila semuanya begitu, tidak timbul perasaan iri hati untuk mencuri dsb. Ernnie percaya kualiti taraf hidup yang macam ini bukan dilakukan dalam masa satu hari. Bertahun dan mungkin berpuluh tahun usahanya. Tapi akan ada satu titik permulaan untuk semua.

Kualiti hidup satu perkara, cara pemikiran satu perkara. Pemikiran yang berasaskan "mencuri itu perkara yang salah/berdosa/buruk" semestinya tersemat dalam otak masing-masing. Senang kata, pemikiran yang matang. Harus diingat, kadar jenayah di sini bukanlah sifar, tapi rendah. Sangat rendah.

Ernnie nak petik kata-kata Saudara Rafizi Ramli dalam komen pembentangan Manifesto Pakatan rakyat semalam (17 April 2013) yang dianjurkan oleh Bersih comittee ; Ernnie tidak berapa ingat yang betul2, tapi ini yang Ernnie faham)

"Saya rasa terkilan bila orang melabel kaum India di Malaysia ini samseng, kaki pukul dan benda-benda negatif lain, reflect balik pada taraf hidup mereka yang rendah yang tidak dijaga"

Bila fikirkan, memang ada betulnya. Bagi Ernnie bukan sahaja kaum India, malah kaum yang lain termasuk Melayu dan Cina. Kerana selalunya jenayah itu berkait rapat dengan taraf hidup individu. Jika semuanya berada dalam taraf sederhana dan mampu, jurang miskin dan kaya rendah, kemungkinan besar kadar jenayah dapat dikurangkan.

Bukan diberi ikan yang besar, tapi beri joran YANG ELOK agar kita dididik cara untuk memancing.

Berbalik kepada pemikiran yang matang tadi, rakyat harus matang untuk menerima apa jua bentuk perubahan. Tidak semua perubahan itu memberi kesan yang buruk. Kadang perubahan itulah yang membentuk diri menjadi lebih baik.

Kenapa :
Berubah pakaian setiap hari itu di mahukan,
Berubah kemahuan makan di turuti,
Tapi bila perubahan dari segi pentadbiran itu di bangkang sekeras-kerasnya?

Mungkin perubahan ini akan mencetuskan perubahan-perubahan lain yang seterusnya. Perubahan yang lebih baik. Ada perkara yang mesti dikekalkan, ada perkara yang mesti diubah.

Pada Ernnie jika berlaku perubahan (InsyaAllah), apa yang Ernnie harapkan, cara kita berfikir juga diubah, perlakuan kita juga diubah, tidak di takuk lama selagi ia tidak melampaui batas syara' sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Tidak guna jika yang diatas berubah, yang dibawah masih culas - culas.

Gambar-gambar itu simple, tapi ia memberi message yang sangat solid pada Ernnie.

Wallahualam

(Entry ini adalah dari pandangan Ernnie sendiri). Jika tidak setuju, mohon ditulis/ komen dalam bahasa-bahasa yang baik.


Apr 16, 2013

Hormat. Malaysia. Pilihanraya

Memang kita takkan boleh mengubah pendirian seseorang.

Dengan kita share atau likes something berkaitan dengan politik/pru13, confirm orang yang tidak bersetuju dengan kita akan complain dan to some extend marah-marah. Itu hak mereka. Hormati.

[Saya juga terkadang begitu. Orang lain juga perlu hormat].

Tapi tak bermakna kita harus berhenti. Itu adalah usaha. Jika niat kita ingin berada dalam keretapi yang menuju kejayaan, jangan lompat keluar.

Namun rakan-rakan, jika ingin memberi komen dan nasihat, gunalah perkataan yang elok budi. Dengan meletakkan tanda seru yang banyak, tanda soal yang banyak seperti !!!!!!!! dan ??????? tidak membuatkan hati2 tadi didekati. Malah saya berani jamin, ia makin dijauhi. Tulis fakta, bukan meraban tak tentu hala.

(Nasihat seperti kebiasaan untuk diri sendiri).

Niatkan dalam diri ; apa yang saya share atau likes ini, tak terkesan hari ni, mungkin terkesan esok hari. Tak terkesan pada si A, mungkin tercuit dihati si B.

Kerana nanti bila kejayaan berada di depan mata. Kita tidak akan teragak-agak untuk berkata

" Saya gembira kerana saya berada dalam gerabak keretapi yang sama".

Doanya semoga Malaysia ini lebih baik. Semoga Malaysia ini lebih matang. InsyaAllah~

Apr 6, 2013

Makan Satay at Kak Zila's.

Event ni last week lagi, tapi baru nak post hari ni.

Last week Ahad. Time Easter Break.
Kak zila mengajak adik-adik yang beliau kenal datang ke rumah.
Kak Zila ni rajin masak. Husband Kak Zila (Abang Bahrin) pulak teror baking.

Pergilah rumah derang di Bald Hills. Rasenye ni kali ketiga Ernnie pergi rumah Kak Zila.
Kak Zila ni baru setahun or 2 tahun dekat sini. Before ni Abang Bahrin kerja dekat Tassie.
Dan disebabkan tulah jugak, Kak Zila kenal ex-housemate Ernnie, Asma.

Kiteorang pergi naik train then jalan kaki pi rumah Kak Zila,
Sebelum sampai, siap singgah dekat Park dekat situ.
Tengok angsa hitam yang bermulut merah. hihi^^

Sampai rumah Kak Zila, dalam pukul 12 kot. Solat then terus start mencucuk satay.
Kak Plum, Kak Sarah pun ada jugak. Kak Plum bawak kawan, Kak Emmy dengan Indonesian friend. (Ala, Ernnie lupa nama dia).

Best! First time mencucuk satay sendiri. Rupanya baru tau yang lidi satay tu kene rendam dalam air so that lidi tu tak terbakar time panggang. Whoa~
Seriously no idea.

Ernnie makan dalam 4-5 cucuk. Entah tak tau kenapa, bukannya tak sedap. By the way Kak Zila marinated sedap gile. Memang Ernnie kalau dengan satay ni boleh 4-5 cucuk je. Then kenyang. Makan tembikai dengan Kek Passion Fruit (Markisa) lepas tu.

Balik rumah tu craving satay Kak Zila balik. Padan muka, tak mau makan banyak. Haha.

Paling seronok dok bercamwhore dengan Kak Plum. Haha~
Orang dok sembang-sembang, kiteorang dok busy snap sane sini.

Hopefully Kak Zila buat makan selalu so that Ernnie boleh pergi lagi.

Bab makan, sila ajak. InsyaAllah :) 



















Apr 5, 2013

Sunshine Coast Gateaway

Easter Break.

Hari Pertama dalam bulan April.
Isnin haritu, Ernnie, Kak Nani dan juniors buat jaulah ke Sunshine Coast. Bak kata Achik, pergi mentadabbur alam. :).

Nak start journey pukul 3 pagi sebab nak pergi tgk sunset, tup2 malam sebelum tu hujan, so terpaksa tunda pergi lewat sikit. Nevertheless, preparations by them (not me) in terms of food wise memang terbaik. Masak nasi lemak. Roti lagi, spread lagi, kuih, chips, juice. Macam-macam.

Tempat yang kiterorang pergi :

1. Maleny Botanic Garden
2. Big pineapple
3. Sunshine Bli Bli Castle
4. Ginger factory
5. Column Beach.

Semua awesome amat. Tapi paling vivid dalam kepala adalah yang pertama tu, The botanic garden. Sebab cantik sangat Subhanallah. Botanic garden tu is privately owned. Had to paid a fee, $11 per person. Lawa sangat sangat. Die macam taman yang bertingkat yang setiap tingkat die ade 2-3 tasik. Setiap tasik ade theme tersendiri. Nampak tak, nampak tak? Hee.

Big pineapple tu is actually a market. Unfortunately, sebab Easter Break, die tutup. Too bad tak dapat masuk. Tapi dekat gerbang tempat tu, dia ada nenas yang sangat beeeeeesar! Whoa. Boleh masuk dalam nenas tu and tgk history pasal nenas. Sebab dekat sebelah market tu, ade farm tanam nenas.

Then that Sunshine Castle. It's more yo budak-budak kot. Kiteorang ni enjoy je sebab kteorang ni perangai lagi kanak-kanak dari kanak-kanak. Hekhek~. Tapi tapi, sebab Ernnie ni penakut, memang sangat takut time masuk dolls section. Terlampau banyak dolls dekat section tu. dah la patung yg charlie yang dalam movie yang patung tu bunuh orang tu. Memang time jalan dekat situ kene pegang tangan junior sebab lutut Ernnie ketaqq~. Haish. Penakut betul. Peluh habis. Lepas tu adik-adik junior ade masuk satu dungeon ni, Ernnie dah penat time tu. Tapi hadek-hadek ni cakap nasib akak tak pi sebab lagi takut. Fuuuh~

Ginger Factory. Lawa! Kadang tak percaya yang takat halia je, boleh buat tempat pelancongan. Siap ada chu-chu train buat tour dekat Ginger Factory tu, Tour dalam factory tu, food test ginger-related. Ernnie tak masuk dalam factory, jalan-jalan dekat tempat jualan dan garden tu. Pergi cafe and minum hot choc :) .

Pergi Column beach yang sangat lawa. Tapi hujan. So tak boleh la turun kat pesisir. Tengok dari jauh je. Nak tengok sunset, tapi cloudy and quite gelap. Pergi jugaklah dekat satu lookout, nampak la orang berani yang tengah surf dalam hujan. Hujan pun tak dapat menghilangkan kecantikkan pantai tu yang memang lawa. (Memang la kan?).

Kiteorang balik time nak maghrib dah. Puas hati. Puas sangat, enjoy. InsyaAllah nanti nak pergi lagi bila parents Ernnie datang. InsyaAllah.

Tapi yang tak best; Ernnie kene pergi uni keesokkan harinye. Orang lain cuti, Ernnie kene pergi uni. =.="

























Semua gambar kredit dekat Ain Izzati.
Best betul kamera die :)

Apr 4, 2013

Hari mengundi


[8 Mac 2008]
Seremban,
Hari mengundi dan keputusan pilihanraya.
Lepas dinner,
Duduk dengan papa depan tv.

Terkejut melihat keputusan diumukan,
Mulanya sep tangan,
Selepas itu, setelah keputusan diumumkan di banyak kawasan,
Bukan takat sep tangan,excited sampai  lari keliling ruang tamu
(itu saya bukan papa saya).

Tanda dan tulis kawasan ni siapa menang, dun ini siapa, parlimen itu siapa.
Sekejap sekejap “ kalah?? “
Sekejap sekejap “ya Allah menang? “

Pukul 4 pagi mama sampai terbangun

“Hampa dua ni memang tak mau tidoq ka?”

Betul-betul tak tidur kami berdua sampai keesokkan harinya.
Pagi 9 Mac bersarapan dengan mama dan papa dengan penuh senyuman.

Memori itu masih utuh tersemat.

[2013]
Mungkin tahun ini akan `sep tangan’ dengan papa di skrin computer. InsyaAllah

2008 betul-betul membuka mata saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...