"Anak jiran tu berapa A?"
"Eh sedara kita yangbelajar dekat sekolah tut tut tu dapat berapa A?"
"Nanti bila adik exam kena dapat straight A tau"
Itu dialog yang sering kita dengar bila keputusan peperiksaan keluar. Tak kira lah dari UPSR, PMMR, SPM dsb.
Dan mulalah sejak keberadaan facebook ini ada juga yang akan tulis;
"Ala, straight A tak menjamin masa depan "
"Dulu dia straight A time exam sekian sekian, sekarang dekat uni teruk je"
"Aku tak dapat pun straight tapi alhamdulillah kerja lagi bagus dari kawan aku yang dulu dapat straight A"
Persoalan saya; apa yang korang nak buktikan sebenarnya.
First of all Ernnie mintak maaf, mungkin (dan selalu) opinion Ernnie agak lain dari orang lain. Sebenarnya Ernnie agak tak puas hati bila orang2 yang asyik berpesan (pasal straight A ni sebenarnya tak kemana) adalah dari kalangan straight A sendiri. (Kalau tak straight A pun, mungkin ada 1-2 B). Adakah itu ironi namanya? Sebab waktu SPM, belajar untuk mencapai result straight A then bila dah 5-6 tahun, claim yang straight A ni tak ke mana.
Mungkin benar, sebab ada contoh yang resultnya kurang memuaskan time sekolah dulu tiba2 mendapat anugerah dekan setiap tahun. Ada yang result gempak waktu sekolah, tapi bila masuk uni, result biasa2 sahaja.
Pada ernnie itu adalah usaha dan rezeki Allah. Tapi tak bermaksud kita boleh sedap tangan menulis, "eleh, takde bende pun straight A kau tu". Bagi Ernnie STRAIGHT As ni ada benda, ada hikmah, ada peluang, ada nikmat, dan ada ujian di situ.
Yang bercakap straight A itu sebenarnya tak penting, adalah dari kalangan yang mendapat straightAs dan pelajar di luar negara. Buat masa ni, straight A bagi Ernnie menjamin peluang yang sedikit cerah dalam bidang pendidikan. Mungkin tidak sampai ke masa hadapan, tapi peluang pendidikan. Dapat straight As, boleh memohon untuk program lepasan luar negara dalam bidang-bidang yang core.
Dan jangan salah faham. Post ini tidak sekali2 Ernnie tulis untuk mengkeji dan memomok yang tidak mendapat straight As, tapi overall point kat sini, JANGANLAH MENGUCAPKAN YANG STRAIGHT As ITU TAK PENTING PUN. Sebab bagi Ernnie it's something but not everything. But still, it's something that InsyaAllah may lead you to something good.
Ernnie sangat happy bila rakan2 dan adik-adik mahupun junior dapat result yang bagus. Sebab itu adalah satu semangat untuk Ernnie nak berusaha lagi. Tahniah buat mereka yang mendapat result yang bagus untuk SPM. Dan tahniah kepada MRSM TGB kerana mendapat no1 seluruh Malaysia bagi keputusan peperiksaan SPM 2012 yang lalu. I'm proud of you TGBians. :))
Yang tidak mendapat result yang anda impikan, jangan risau, ruang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka. Kalaupun tidak mendapat result yang baik, usahalah yang lebih baik di level yang lebih tinggi. Mungkin kejayaan anda tidak di SPM, tapi mungkin di Universiti. Kalupun tidak dikeduanya, mungkin dalam bidang pekerjaan.
Tapi satu nasihat saya, JANGANlah nanti ditulisnya di muka buku
" result saya tak hebat pun time SPM, tapi saya lebih berjaya dari orang yang mendapat result hebat time SPM."
Jangan.
Mar 30, 2013
Mar 28, 2013
Weekend ; Tafseer Surah Taha
Salam.
16-17 hb March hari tu, Ernnie pergi kelas Tafseer anjuran Al-Kauthar (yang juga buat TOF kat Malaysia). Tafseer kali ni tafseer Surah Taha. Berkenaan kenabian Nabi Allah Musa AS. Speaker tafsir kali ni adalah Sheikh Yahya Ibrahim.
As expected korang akan dengar perkataan2 seperti MashaAllah and Subhanallah. Memang. Itu yang nak cakap. Besttt!
Pertamanya Sheikh Yahya tu memang haibat ah. Bila beliau cakap, senyum ja. Pastu rasa masuk je apa yang beliau cakap. Sheikh Yahya ni hebat orangnya. Hafaz Quran dalam masa 20 bulan ja.
Course ni buat on weekend, penat tu memang penat tapi seronok. So rasa berbaloi.
Content surah ni pulak berkisar kepada Nabi Musa AS. Bagaimana Nabi Musa dilantik sebagai Rasul dan memimpin Bani Israel, dibantu oleh Nabi Harun. Mengalahkan Firaun dan pengikut2 Firaun.
Sebabkan best, Ernnie dengan kawan dah sign up for another course related to zakat fitr, this coming June InsyaAllah. Nanti nak post sekali 10 Art of Manliness yang diberi oleh Sheikh Yahya. Ia untuk laki2 sebenarnya. Tapi takpa, sharing is caring kan? 😇
Nak share some of the picture sikit. :)

Ranting by
Ernnie Omar
Mar 7, 2013
Aman
Kredit: tumblr |
Ah, gedung ilmu ini terlalu selesa bagiku.
Sedangkan di tanah air, kacau bilau terus berlaku.
Pembunuhan kejam menjangkaui fikiran.
Ya Allah, Aku titipkan doa buat para pejuang di Bawah Bayu,
Agar mereka dilindungi dan digeruni,
Oleh musuh yang melakukan kezaliman.
Semoga kemenangan di pihak yang benar.
Agar aman sentosa sihat sejahtera semuanya,
AMIN.
Pada sang mujahiddin yang syahid,
Doaku agar kau terus melangkah ke taman firdausi dengan rahmat Ilahi,
Semoga tenang rohmu di sana.
Doaku lagi,
Timbulkanlah keinsafan di hati,
Agar hati ini tidak buta dek nikmatmu yang menggunung tinggi.
Yang lalai dengan kehidupan duniawi,
Sedangkan pengakhiran bukan di sini.
-semua ini ditulis selepas terkasima membaca tulisan rakan baik.
She said :
"Just take a second or a moment, thinking that WE DO TAKE SOMETHING FOR GRANTED, period".
Ranting by
Ernnie Omar
Mar 2, 2013
Hari kedua dalam bulan tiga.
Rase baru je semalam kita masuk tahun baru. Hari ni tengok calendar dah hari kedua dalam bulan tiga dah. Cepatnya masa berlalu. ~~
Hari ni Sabtu. Selalunya Ernnie lagi suka berehat kat rumah tak buat apa-apa. Memang berehat betul-betul. Qada apa yang patut (tidur obviously :)).
Tapi tadi pagi Ernnie ada usrah. Baca dan terjemah surah An-Naba dengan baca buku The Sealed Nectar bahagian Perang Badar. Ya Allah sukanya. Although tak habis lagi bab ni, tapi ibrah yang dapat sangatlah banyak. Baca sirah Nabi Muhammad ni tak pernah tak seronok. Nak dengan taknak je. Perang Badar ni perang Rasulullah yang pertama. 300 Muslim bertarung dengan 1000 orang kafir Quraisy.
Allah beri ilham kepada Rasulullah. Rasulullah lakukan strategi yang rapi dan tersusun. Disamping bermesyuarah dalam setiap keputusan. Benarlah Rasul Allah ini sebaik-baik contoh tauladan. Belahar juga bagaimana baiah setia kaum Ansar terhadap Rasulullah kekasih Allah ini, sanggup melakukan apa sahaja. MashaAllah Subhanallah.
Balik dari usrah terus bersiap pergi tengok junior Ernnie yang masuk hospital. Beliau sakit dan kene admitted ke hospital Rabu lepas. Semoga Allah memberi kesembuhan serta kekuatan kepada awak. Rakan-rakan tak putus-putus menjenguk dan melawat. Nampak sangat yang rakan-rakan dan kenalan sangatlah rapat macam keluarga kalau tinggal di luar negara ni. Depends to each other. Balik pun dah malam.
Although penat sikit, tapi Ernnie puas hati sebab hari ni dapat buat perkara2 yang memberi Ernnie energy balik. Semoga energy ni dapat memberi ernnie kekutan jugak. InsyaAllah~
Begitulah hari saya pada hari kedua di bulan March ni :)

Subscribe to:
Posts (Atom)