Dec 21, 2013
PMR. 축하해 내 동생!!
Dec 19, 2013
Why I love Tote Bag?
Dec 15, 2013
Plancaran Kelab ANSARA Kedah 2013.
Terasa diri ini dari ANSARA although tak pernah ambil bahagian dalam apa-apa aktiviti ANSARA sebelum ni, Ernnie pun join sekaki. Walaupun acara ni untuk ANSARA Kedah, tapi pihak disana menjemput sesiapa yang lahir di Kedah, atau menetap di Kedah atau pernah berMRSM di Kedah di jemput hadir. Of course ada kaitan sebeb Ernnie sekarang ni menetap di Kedah dan (bukan di Selangor atau Seremban atau Pahang)
*sebab ada kawan yang still ingat Ernnie duduk di Selatan dan bukan Utagha :)
Kalau ikut tentatif yang ditunjukkan dalam FB/blog page, acara dimulakan pada pukul 4ptg. 4-5 tu macam sembang petang bersama pelajar MRSM. Sebab Datuk Mukhriz dijadualkan hadir untuk Majlis Perasmian pada jam 5ptg. Ernnie pun sampai dalam 4:40PM sebab rasa tak berkaitan je dengan acara yang awal. Ernnie assume student-student MRSM yang still student dan bukan alumni akan datang untuk meramaikan majlis. Fikir balik, memang untuk alumni lah sebab mana ada student yang ada di Asrama sekarang. Semua still cuti kot. Haish la Ernnie...
So sampai-sampai tu terkezut tengok memang ramai sangat yang hadir. Memang tak cukup kerusi. Memang riuh-rendah sebab semua semua macam "Eh, aku kenai hang, hang senior aku kan?, Eh hang budak MRSM ka" kind of situation. Since semua tetamu kene pakai macam sticker yang state kan MRSM mana dia dulu, sebab tu proses Ice-Breaking lagi cepat kot. Tambah-tambah yang hadir tu berpangkat abang-abang dan pakcik-pakcik. Memang nampak sendiri ada yang dari batch 72 (pioneer MRSM) pun ada. yang macam nak sebaya dengan Ernnie tak jumpa. Ada la kot sorang dua. tapi tak ramai.
Ernnie ni nak sembang. tapi suasana AKWARD menyelubungi diri sendiri tapi orang-orang lain memang busy sembang. Ya lah, kita sorang dari MRSM Jasin. Serius tak jumpa langsung sapa-sapa dari Jasin jugak. haha. Tapi ada sembang dengan sorang akak ni batch 2003 Langkawi dan ada 3 student dari MRSM Merbok baru lepas habis SPM. tu je rasanya yang Ernnie sempat berkenalan.
Tapi takde lah bagi Ernnie tak seronok, fun je. Datuk Mukhriz memang best time beliau berucap. not really formal kind of speech. Maybe yang hadir tu adalah dari schoolmate beliau jugak and same batch. Btw, Datuk Mukhriz adalah dari MRSM PC. Yang tak berapa nak best sikit pasal time management kot. Sebab since Datuk dijadualkan hadir pada 5 petang, so dalam 5:15 PM orang dah mula tengok jam. End up Datuk datang jam 5:50. (senyum). Mungkin kena ada perbaikan dari segi time management la kot.
Ada slot forum tapi kene batal sebab masa tak mencukupi. Ada juga sesi bergambar ramai-ramai. Yang tu tak dibatalkan. :)
Last one, yang ni kene bagi compliment. The foods were very good. Sedap sangat especially the Laksa Siam. Banyak jugak makanan yang ada. Sedap betul. Hopefully lepas ni kalau ada aktiviti ANSARA yang lain, dapat jugak Ernnie join. tak mampu nak janji. Tapi harapannya dapat pergi lagi. Peace ^^
Nov 27, 2013
Wedding : Asmaa' & Azrul
Housemate 07-08' Taylorian. Azzah, Ernnie and Asmaa'. |
Nov 16, 2013
SEMINAR BAYU 2013
Ucapan pendahuluan telah disampaikan oleh Saudara Hilal Asyraf sendiri. Based on apa yang hilal cakap. Seminar Menyentuh Hati (BAYU) ni lebih kepada macam mana nak sentuh hati seseorang dan juga hati sendiri. Tak kisah melalui percakapan, perbuatan dan akhlak diri. Buku yang Hilal suggest (basically semua penceramah pun suggest) bertajuk Bagaimana Menyentuh Hati hasil tulisan Abbas As-Sisi. Ernnie taka baca lagi kandungan buku tu, tapi bila dah semua penceramah suggest, mesti something yang best kan?
Lepas saudara Hilal, adalah slot kak Fatima Syarha. Kecik comel molek je orangnya. Tapi bila bercakap penuh dengan ketegasan. The fact that bila Kak Fatima cakap je beliau mesti macam nak menangis, pun boleh membuatkan audiens disentuh hatinya. Tak tipu.
Penceramah Kedua ialah Ustaz. Pahrol Md. Juoi. Ustaz Pahrol adalah orang yang sangat Ernnie nak jumpa in person. Lenggok bahasa Ustaz Pahrol pakai memang simple words yet effective. kalau pernah baca buku;buku tulisan Ustaz pahrol, memang rasa perkara yang sama. Uniknya, penggunaaan bahasa yang mudah yang orang lain pun boleh cakap, tapi bila dekeluarkan oleh Ustaz Pahrol, rasa lain. really. Mungkin sebab Ernnie sangat suka dengan Ustaz Pahrol ni. So, apa yang beliau cakap, senang je nak masuk. Penggunaan analogi yang orang tak boleh refute. Itu salah satu kehebatan Ustaz Pahrol ni.
Seorang lagi, siapa tak kenal dengan Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam. Ernnie sangat nak jumpa Ustaz Hasrizal in person. Baca buku beliau je tak cukup. Alhamdulillah dapat jumpa in person~ Apa yang uniknya dengan Ustaz Hasrizal ni Ernnie rasa beliau cakap dari hati. Kadang bila Ustaz cakap dia ada marah dengan orang yang comment bukan-bukan dekat FB beliau, Ernnie macam, "Ingatkan Ustaz Ustazah ni tiada perasaan macam tu, rupanya mereka pun sama dengan kita-kita ni". Okay memang Ernnie tahu manusia ini bukanlah sempurna. Tapi kadang, bila Ustaz Ustazah potray perkara-perkara yang baik sahaja, Ernnie ni susah nak relate. Membandingkan yang mereka itu hebat, dan Ernnie tak pun. Tapi bila Ustaz Hasrizal ni bercerita pengalaman beliau, Ernnie macam boleh relate. Bila boleh relate, kita akan cakap ; "Okay, Ustaz Hasrizal boleh, takkan aku tak boleh. " :).
Sebelah malamnya, forum yang lebih santai dilakukan dengan Hilal Asyraf jadi moderator. Tajuk yang diketengahkan adalah menjurus kepada DAKWAH KAMPUS. Tpoik biasa-biasa. Tapi disebabkan panel-panel yang hadir adalah dari kalangan ikon-ikno kat dalam Uni di Malaysia ni, so dia jadi sangat menarik (Dr. Azizan, Sis Amani & Dr. Mazlee).
Whatever point yang Dr. Mazlee utarakan, Ernnie sangat setuju 110%. Beliau mengetengahkan pasal apa maksud dakwah. Kenapa nak separatekan 'block' dakwah dan 'block' pembelajaran. Sebab bagi beliau, belajar dan mendapat result yang cemerlang itu juga dakwah. dan lagi satu, teguran kepada budak-budak Dakwah yang sangat aktif berdakwah, berjaulah, berIjtima segala, tapi aspek aspek kecil seperti recycle, kebersihan, kekemasan berpakaian pun tak dijaga sedangkan itu semua berada dalam konteks dakwah. I have to agree on this. Sebab honestly, memang aspek menjaga kebersihan itu kurang dijaga (eg : kalau sampah penuh dekat sesebuah tong sampah tu, kita ni still lagi nak sumbatkan sampah sampai melimpah. I've seen it and I hate it). Kalau aspek-aspek macam tu pun tak boleh nak jaga, macam mana kita nak menyentuh hati yang lain? Orang tengok pun takkan pandang dua kali.
Dan yang lagi menarik bila Dr. Mazlee sentuh pasal Dakwah sesama Melayu sahaja. Menarik sangat. Malas nak ulas dalam blog saya. :)
Nov 7, 2013
Putrajaya Part 2
Nov 2, 2013
Putrajaya on 2nd November
Hari ni dekat Masjid Tuanku Mizan Putrajaya, attended bicara semasa (Dr. Zaharuddin) & Halaqah tv9 (Ust Badli Shah, Ust Mustafa Kamal & Ust Tarmizi). Alhamdulillah for such opportunity. :)) .
By the way, dah lama diri ni nak jumpa Dr. Zaharuddin. Selalu baca status fb beliau je. Hari ni dah nampak live. Walaupun sangatlah jauh. Rasa teruja. Since Parents tak boleh datang sebab nak pergi ambil anak sedara balik dari Makkah, (as usual) Ernnie pergi sorang-sorang. 😊
Lepas tu, ada event lain i.e. Halaqah. Taktau pulak dia tayang live dekat tv9. Terus message anak sedara suruh tengok. Haha. Tapi taknampak pun Ernnie sebab purposely duduk kat belakang Cameraman. Camera tu tak pusing langsung side yg Ernnie duduk. Tapi awesome jugak tengok event yang berlaku live dekat tv. Mungkin before ni tak pernah kot. Kalau ada pun, forum Perdana time kecik-kecik. Tak ingat langsung.
Lepas halaqah, pihak masjid ada sediakan Makanan. Soto & Bihun sup. Apa lagi kan. Pkul 11 lebih baru habis semua and balik.
Anyway, Putrajaya bestlah! 😍😍 seronok tinggal dekat sini although sementara je. Banyak aktiviti/knowledge-based-events yang boleh kita join kalau pandai cari. Sekarang guna internet je, senang sangat jumpa.
Okay nak tidur. Dah 3.32 AM. Caffeine effect. ^^