( DrFauziah di tengah2 memakai tudung labuh putih ade simpulan sikit . berkaca mata)
Stop kejap study walaupun baru study ciput je..
Nak cite ape yg saye buat minggu lepas.
Hari Jumaat hari tu 10 June bersamaan 8 Rejab 1432 H ernie dengar ceramah pasal Palestine.
Pernah je ter encounter pasal Palestine tanah suci orang Islam ni.
dekat usrah pun banyak kakak Usrah ernnie sentuh.
Honestly speaking, kalau orang bercakap pasal Palestine ni, okay je.. tapi selalunya ceramah tu akan diselang-selikan dengan pelbagai gambar yang kurang selesa bagi ernnie.
First time betul2 dengar pasal Palestine ni dekat MRSM dulu. Ingat lagi, bile ade gambar yang agak kejam bagi ernnie, memang badan ni berkerut, pastu muke sembam dekat kawan. Sebab memang takut.
Ernnie rase selame ni hidup dalam keadaan yang tak pernah tengok kekejaman depan mata. Allah tak mau kasi lagi sebab memang ernie sendiri rase yang tak bersedia langsung. Takut sangat sangat. Okay saye sangat penakut saye mengaku.
Oleh sebab tu, bile ade je ceramah pasal Palestine kat mane2, memang takkan pergi. Sebab rase macam confirm je penceramah tu akan letak gambar yang sekali lagi ernie rase tak selesa. Ask my friends, they knew it!
Tapi hari jumaat hari tu ntah kenapa, ernnie macam terpanggil nak pergi ceramah tu. mungkin satunya sebab penceramah tu perempuan kot. tapi macam terfikir, ernie kene start amik tau pasal saudara ernie dekat sana. Maybe this gonna be my first step to gain knowledge bout them.
lagi satu maybe ernnie dengar ceramah pasal ANZAC day from my friend hari tu. So cakap dekat diri sendiri why not. Pastu ernie pergilah. Oh btw, penceramah tu namenye Pn. Fauziah, gynecologist dekat hosp Ampang. Great speaker I would say. rase macam sangat attach dengan talk tu.
Okay ernnie mengaku time Dr. Fauziah tunjuk gambar yg kurang menyenangkan, ernnie cepat2 tundukkan badan (terus bersila dekat lect theater tu rather than duduk atas kerusi). Kawan2 pun sangat membantu. Derang akan cakap
"Ernnie, jangan tengok!"
Pastu bile dah okay they'll say
" Ha, dah takde pape dah"..
kelakar pulak bile fikir.Dalam hati cakap ernnie ni memang tak bersedia lagi nak tengok all those pic lagi.
Ade dua bende yang ernnie rase sangat terkesima time talk tu.
1. Dr. Fauziah ade tunjukkan gambar ketika mana beliau ke Gaza, dan gambar tu tengah tunjuk beliau dan rakan2 bersama seorang ulama ni tengah membaca doa. Dr. Fauziah cakap ulama tu tengah baca doa untuk mak Dr. Fauziah yang baru sahaja meninggal di Malaysia. Innalilliah, dan MashaAllah sebab seriously ernnie memang sedih kalau oramg cakap pasal kematian lebih2 lagi kematian parents. Bayangkan betapa Allah nak beri ujian dekat Dr. Fauziah. Semoga perjuangan beliau lebih kuat, InsyaAllah. Tapi Dr. Fauziah cakap beliau sangat bangga jugak sebab Sheikh Syed Najjar tu ulama dari bumi yang suci bacakan doa untuk ibunya yang meninggal di tanah air tu. Betapa besarnya jiwa Dr. Fauziah ni.
2. Time Dr. Fauziah mention pasal boikot all those Israeli product. Especially Loreal, Nestle, Coke, as well as the most popular one McD. Ernie akui still makan McD sampai sekarang bile dekat Malaysia. Macam makanan ruji. sangat. Keluar je beli McD, keluar dengan kawan McD, keluar dengan parents McD. semua McD. Ernie tau je pasal boikot mcD ni tapi ernnie punye perseption senang je "Nak tolong pekerja2 yang kerja dekat McD ni, bukannye niat nak menyumbang untuk Israeli".. so I'm fine with it.. Tapi bile Dr. Fauziah ade mention pasal penempatan haram orang Israel di bumi Palestine or Gaza spesifically, dimana setiap rumah tu harganye mencecah jutaan USD dan setiap family Israel yg nak start rumah dekat ditu diberi USD 300,000 untuk mulakan hidup!
Bile dengar je statement ni dari Dr. Fauziah, I'm like what I've been doing? Dah la tak pernah menderma untuk Palestine tapi tangan ni selalu sangat derma untuk pembangunan haram Israel. Sentap sangat sangat. Tak berani nak cakap weather dah tak mau makan McD ke tak tapi mintak dekat Allah supaya bile rase nak beli McD lepas ni, this statement terlintas dalam kepala. MashaAllah.
Ernnie tak nak cakap pasal the content talk ni. Just nak share my experience regarding this talk. Overall it was a good talk.Alhamdulillah, praise to him the Almight because HE gave me this opportunity.
P/S : Pernah teringat ade kate2 sorang sister ni, bile dengar kisah pasal palestine, banyak kali mana pun, although bende yang same pun, tak pernah boring! :)
Wassalam..