Dec 26, 2011

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH


1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
 Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.” ~ HR Abu Daud


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi SAW bersabda : ” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.” ~ HR Muslim


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “~ HR Muslim


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “~ HR Abu Daud


5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”


6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “~ HR Thabrani


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”


Moga Allah redha persahabatan kita.

Dec 20, 2011

Menangislah~

Menangislah, perasaan itu hanya sementara
Menangislah, jika itu pengubat jiwa
Menangislah, Allah itu sentiasa ada
Namun harus diri bangun walaupun merangkak
Tak terus terjatuh walau dipukul ombak
Terus yakin akan janji Ilahi pada hambaNya

Diri ini insan hina
Diri ini hamba sahaya
Mengadu pada manusia tidak kemana
Mengadu pada Allah ada baiknya
Peringatan untuk diri yang kian alpa
Sekali lagi, Allah itu ada!
Janji Allah itu tiada tolok bandingnya
Perancangan Allah itu secantiknya

Jatuh sekali, mungkin akan jatuh berkali kali
Tapi bangun dan melihat ke langit itu pasti
Yakin dan bertaqwa padaNya
Moga moga Jannah tertinggi tersedia
Itulah pengakhiran kehidupan yang sempurna :)…

By: Bigowlsmallpumpkin.tumblr.com

Dec 1, 2011

Jaulah Yang dirindui

Kulihat setiap riak muka yang dipertontonkan.  
Sedikit perasaan takut, 
banyak yang teruja akan jaulah yang bakal ditempuh.  
Tersisip perasaan gembira  dalam setiap raut wajah.  
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi.  

Ujian demi ujian ditempuh.  
Perasaan marah, kurang sabar, keras hati 
sedikit berbaja dalam diri.  
Merasakan tarbiyah yang dipelajari seakan dilupai.  
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi. 

Namun begitu terasa jaulah ini akan sentiasa dirindui.  
Entah mengapa ada sedikit berat hati. 
Meninggalkan NZ yang memberi seribu satu memori 
yang tak akan dilupai. 
Berlari-lari di tepian pantai.  
Merasa kesejukan air tasik dan laut. 
Memandu sambil ditemani oleh gunung2 ciptaan Ilahi.  
Dengan angin yang melambai2 seakan tidak mahu berhenti. 
Allah, indahnya sentuhanMu ini !,  
Yakin terasa akan kecantikkan Jannah mu nanti.  
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi. 

Semoga hati nurani ini akan lebih kuat ketaqwaannya kepadaMu. 
Alammu menjadi bukti akan kesaksian cinta yang bersemi.  
Mencintai akhwat2 dalam aqidah yang sama keranaMu.  
Diredhai dari awal dan akhir.  
Paling penting redha Ilahi sentiasa melindungi. 
Jaulah yang indah kini sudah tiba di penghujung. :) 

-madebyme-  
-29.11.11- 
-Christchurch, NZ-

Nov 12, 2011

The Best

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, 
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.. 
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, 
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. 
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, 
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, 
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. 
Hidup ini indah jika bersama ALLAH.. 

Oct 16, 2011

Minggu ini dalam catatan I


Rase nak tulis something. So here I am, duduk depan laptop eh, memang selalu depan laptop pun.

Tak tau nak tulis then terfikir nak tulis rumusan untuk weekend ni. :D

Jumaat malam 
Ernnie ke kelas tafseer Brothe Faisal. Bincang surah Al Imran 130-143.
Ayat ayat ni mostly pasal larangan dan suruhan Allah such as jangan memakan riba, pelihara diri dari api neraka, taat Allah dan Rasul, hasten yourself to find Allah's mercy and forgiveness ect.ect. Ernnie suke ayat 139 dalam surah Al-Imran ni which is

A139
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita 
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan)
jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.  

Dan pesanan dekat Ernnie sendiri, kalau nak syurga yang luas (mestilah nak kan, boleh pulak tak mo. rugi rugi *geleng geleng kepale*), ikut ayat Allah dalam ayat 134-135 surah ni. :D

Sabtu 8.30-10.30

Ernnie bersama ukhti Kasyeefah yang lain berusrah. kiteorg tadabbur Al-Quran Surah Al- Baqarah [2:87-95] dan An- Naziyat [79:1-14], ade sikit similarity dalam ayat tu. Both nak tunjukkan ade segolongan orang yang sangat sombong dengan Allah. Macam Bani Israil yang sendiri cakap "kami dengar tapi kami tak taat" dan Firaun yang sendirnya boleh mengaku dialah tuhan seluruh nya. Nauzubillah. Berdoa agar kita bukan dalam golongan tersebut sebab Allah ampunkan segala dosa yang hambanya buat melainkan satu je which is syirik kepada Allah. 

10:30- 12:45
terus lari ke UQ lakes sebab ade usrah + picnic dengan kakak2 postgrads ;D. Kali ni bincang pasal surah Al- Khautsar. I just realized how beautiful that surah is. Dengar tafsir surah dari Ust. Zahazan dalam audio je, beliau mention pasal surah ni berkait dengan kematian seorang dari anak lelaki Rasulullah yang meninggal dunia dan Rasulullah sangat sedih siap Baginda kene ejek dengan kaum Quraisy pasal Rasul SAW ni sudah terputus zuriat.  Satu malam Baginda bermimpi yang beliau dikurniakan sungai Al-Kautsar sebagai nak tunjuk yang Rasullah tak rugi apa2 malahan kaum Quraisy tu yang telah terputus dari nikmat Allah. 

Pasal sungai Al Kautsar tu, umat Muhammad SAW boleh menggunakannya dengan syarat kene belajar sirah dan mengikut sunah2 Baginda. :D..
Lepas tu makan2 + sembang2 sikit pasal hal semasa dengan kakak2 postgrads sekejap. Ernnie ade hal pulak lepas tu. 

1pm onwards
Dari UQLakes, Ernnie ke Sister Gath, sedih sebab kakak2  undergrads tersayang ade yang dah nak habis belajar dah kat UQ ni. Memang meleleh air mata bila kakak2 cerita pengalaman manis derang dan nasihat untuk kiteorg2 yang masih tinggal kat sini. sobs sobs. ^^
Makan makan makan makan, have a bit of a chit chat with my beloved friends yang dah lama tak jumpa sebab masing2 sibuk. Time gath macam ni la kiteorg lupekan sekejap pasal studies and stuff. Oh, btw this is our last Sis Gath la for this year sebab ni akan busy dengan final exam pulak. Double the sadness :(( 

Thats it for this week. Sebab basically Ahad is the day when we become a part time student balik (as in buat semua assignments bla bla.. )

Wassalam.. 
(rase macam sudden stop je, hurm ~ lantak la . ) 
babai ~

A person may experience every single pleasure life has to offer, but wallahi, he will never experience anything more pleasurable, more beautiful than the servitude of Allah.”

Oct 5, 2011

Malu takut meremang pastu tak tau nak lari kat mana.

Praise be to Allah.
Atas segala nikmat yang diberi.

Setelah beberapa hari 'meng deactivated kan' facebook,
saye dah pun activatekannya semula.
Pikir2 balik, banyak je bende baik yang ade dalam facebook,
kat situ lah tempat Ernnie nak muhasabah diri balik
by looking at my friends status.
Cume that thing yg kat tepi facebook yg gerak2 tu annoys me a bit.

Okay back to ape yg nak cakap sebenarnye,
dah lame dah Ernie rase orang dok cakap pasal aurat,
tapi tadi, BOOM! bace entry Angel Pakai Gucci yang  INI 
termalu sangat.
Ape yg die tulis sampai Ernie rase meremang ni??
ha ni dia :

"Dan nafsu lelaki amatlah berbeza dgn nafsu perempuan. Dengan hanya melihat, lelaki dah boleh memuaskan nafsunya (more or less)."


cuak tak? cuak tak? wahai perempuan2? 
saye sangat cuak okeh. 
tu font paling besar boleh Ernie taruk dalam ni. 
takut, geli, malu, meremang, nak lari, segan. 
semua perasaan keluar. 

Selalu ernie amik mudah dalam berpakaian ni. 
nak nmpak lawa, santek bla bla. 
Untuk sape? yg bukan ajnabi kite 
(tapi senanye time Ernnie berpakaian tu tak la niat untuk mane2 laki pun). 

Pastu, pastu, yang menulis ni lelaki. 
Dan cara penulisan beliau pun dah tau yang dia orang yang hebat. 
Beliau dengan jujurnya menulis bende ni. 
Its a reflection to those women like us. 
Kadang2 ernnie ni kene orang cakap ganas2 or straight to the point baru nak rase. 
Kalo tak memang takkan  paham. 

Muhasabah untuk ernnie pada hari pertama meng activate facebook. :*

iyah iyah iyahhhhhh... *tengah lari laju laju ni*

Wassalam..

Oct 4, 2011

Permudahkan Ya Allah


Esok first exam ernie in second semester. 
Although bukan dalam exam week, 50% of the total marks. 
Moga-moga Allah permudahkan Ernie 
dan yang lain yang ambil subject advance genetics ni. 
Moga- moga ilmu Allah ini melekat 
dalam kepala selepas exam ni jugak. 
Tak terbuai dek bayu.. hehe...

Bismillah :D

Oct 1, 2011

Cincha komapseubnida (sangat berterima kasih) 0_o

Cr : tumblr
cr : tumblr too :D


Semalam entry Ernie macam sangat bebas dan liar. 
Hehe, memang mengaku kadang2 dalam diri ernnie ni rase nak jadi jahat kejap, jadi baik kejap. 
Tak tau kenape boleh jadi macam tu. 
Time ngong tu ernnie tengah tepuk dada tanya nafsu. 
Ade time yang okay, baru lah tepuk dada tanya iman. 

Hari ni rasa syukur sebab Allah bagi peluang nak attend majlis yang dapat bawak ernnie dekat kepada Allah. Pagi tadi ernnie pergi usrah dan dapat something yang sangat berguna. 
Ceramah tajuk doa dari Bilal Asaad. 
Pernah dengar dah sebelum ni tapi talk macam ni kene dengar selalu. Sebab kadang2 hamba Allah ni lupa. 
Tak ingat yang Allah memakbulkan doa hamba2Nya (surah Al-Baqarah) [2:186]. 
Bila buat dosa, jangan hanya rasa menyesal, tapi kene berdoa dekat Allah supaya diampunkan dosa tu.

Malam tadi ernnie attend kelas Brother Faisal (sebenarnye tak sure samada beliau is Brother Faisal ke Brother Ismail). 
Cakap pasal Heaven and Hellfire. 
Lagi sekali reminder for me as what path I'm gonna take and those choices will actually lead us to the destination either heaven or hellfire (Nauzubillah).


Last part kat kelas tu, Brother Faisal ade kasi satu hadith Sahih Al-Bukahri & Muslim. 
A bit panjang hadith tu bercakap pasal conversation between Allah dengan malaikat pasal manusia. 
Memang tersentuh sebab nak cakap yang Maha Penyanyang Allah dekat hambanya memang tak terjangkau hebatnya. 
Rasenye, rasenye la ade a bunch of sisters yang macam sebak bile hadith tu dibentangkan. Hebat. 

Bile dapat tazkirah, bende2 baik ni dalam diri, baru rasa boleh bernafas sikit. 
Kalau tak rase macam suffocate sikit weekdays hari tu. *Geleng kepala*


So, hari ni rasa sangat bersyukur dari semalam. :D . 
kene pesan lagi dekat diri Ernie semoga rasa bersyukur ni melekat dalam diri dan kian bertambah. 

Wallahualam
2:33 AM BSL, UQ
PS: entry ni ditulis pada 1st Oct, tapi semuanya berlaku pada 30 Sept 11.

Lagi satu, nak wish Happy Birthday to my lovely Roomate. Birthday die 30 Sept 1989. So die tua setahun dah dari saya. (jangan kira bulan, amik general okay, she's 22, I'm 21.. hehe). ilobyou :)


Sep 29, 2011

Semangat yang bersemangat sudah tak bersemangat..

dulu kecik2, sangatlah suke main super mario ;D

Salam. 

Musim mid sem exam + assignments + lab..
Ernnie jadi macam orang tak betul sikit. 
Bukan sikit, banyak kot. Bile lagi banyak bende yang ernnie kene buat, lagi banyak la diri ni tengok YT, tengok all those perfs yg didownloaded, macam2 la.. 
In short, my MR.Hyde's side is back.  Nak kate penat tak la.. 
Bukan buat pape sangat pun despite macam2, although lab kene pergi everyday, tapi lab tu kejap sangat.

Beberapa cara yang ernie rase boleh menaikkan or recharge balik diri ni bila ernie tgk ade kereta AUDI, or ASTON MARTIN or NISSAN FAIRLADY. Tak mampu pun nak beli kereta tu, tapi betul, bile those cars lalu je, woah, ade rase something dalam badan ni.  

(tapi Ernie mengaku yang Al-Quran tu ultimate penenang hati dan jiwa sebenarnya, xde boleh lawan). 

Lagi satu nak kurangkan stressed cara Mr. Hyde ni bile ernie dengar lagu2 rock, pastu bukak kuat2. Memang best. Ha, bile cakap pasal lagu, dah jumpe lagu rock yang ernnie sedang dengar dan akan selalu dengar. Sebab die ade Ryo Nishikido dalam tu. :D. Group ni name Kanjani8, from Japan. 

Lyric lagu die pun memang macam kasi semangat *terus google cari translation* , haa, link pun ade kalo sesape nak tengok. Memang ramai pun takkan prefer lagu macam ni. Punye la ernnie suke lagu ni sampai pakse roomate suruh dengar.TEEHEE ;) (okay saye ciplak niga higa).

Kepada sesiapa yang baca blog ni, doakan kejayaan saya dan rakan yang akan mengambil exam pada 5th Oct ni. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin~



TRANSLATION:
All at once, all at once again,
go on walking without turning back
because it's not over yet.

The dream I saw that day is not in my hands anymore but
it's not the end yet, the never ending path goes on.
Yesterday's sadness and tears still didn't dry up but
enduring the pain, even if it seems I'm about to lose, I can't stop.

Teach me the meanings of these spilled tears.
Struggling inside my sighs I'm searching for the light.
Today I've cried and cried,
they say that one day I'll be able to smile.

I'll look up to the sky, strech my hands,
prepare myself for tomorrow.
And then once again, once again,
I want to be able to laugh with the smile you gave me
because it's not over yet.

Even if it's not for the others and you live only for yourself
I'm sure that you can create somebody else's smile

Suppress the uncertainties, close your eyes,
now you can see the light shining into the darkness.

I've lost something, I did.
I'll grasp something irreplaceable
and I'll protect it again, only that
and I'll take one step ahead.

So all at once, all at once again,
I'll go on walking without turning back
because I'm not alone.
I still remember our promise so hold back your tears.

Work harder and harder,
pass over that piercing light.
All at once, for all the world,
I'll file away my complaints and insecurities.
and then once again, once again
I want to be able to laugh with the smile you gave me
because it's not over yet.

I will shine for all
I will shine for all

*lagu ni macam bagi semangat bila kita dah sedikit terjatuh, yang part cintan cintun tu abaikan.. lagu kat dunia ni kalau tak promise kat kekasih tak sah* huuuuu~

What's in my mind right now.

So what??? (That's it)

Sep 27, 2011

MAAF...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
"bila terjatuh, baru teringat mengadu pada tuhan..
bila tersungkur, mula rebah hilang pedoman..
maafkan aku ya Allah..

ujian itu tanda Dia sayangkan hambaNya..
meningkatkan iman membina jiwa..
membawa hambaNya kembali ke jalan redha..
terima kasih ya Allah..
 
Kau mengisi kekosongan hati ini..
tiada lagi resah dihati..
kekuatan itu terasa melindungi..
pada redhaMu segalanya berpaksi..

tapi ya Allah ikhlaskan hati ini..
beramal beribadah cuma untukMu ya Rabbi..
jangan ada rasa riak dan ujub dihati..
salah niat, amal tiada berguna lagi."
(via sidratulmuntaha       

Sep 26, 2011

Rehlah toowoomba

At Queens Park with beautiful tulips
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semalam ernie berpeluang melawat Floral Festival di Toowooba. Perjalanan mengambil masa 1jam setengah. Ernie dgn 4org kawan (ain, wiwin, raz & kak aina) bertolak dari Brissy dalam jam 9.30 pg dan smpai kat sane almost 11pg.

Bile smpai kat Toowoomba tu, memang macam disambut oleh bunga2 dan pokok yg tengah berbunga. Dalam kepala fikir. "igtkan tak la obvious sgt spring season kat QLD ni, rupenye ade je". First tempat kami ke information counter sbb nk dapatkan Toowoomba map.

*(btw, map yg kene bayar $2, tak membantu kami langsung, map yg free sangat membantu)*

Yang bestnye, waktu kiteorang otw nak ke satu garden ni, somehow sesat then just follow satu bas persiaran kat depan kiteorang lpas tu end up kat sebuah rumah yg memang ramai sgt orang melawat. Rupa2nye rumah tu dapat Grand Prize Winner + 1st place for the Toowoomba Floral Competition.

Ni bukti tuan rumah letak menunjukkan umah die menang.. hebat hebat..
Sakura pun ade. Bunga sakura ni macam takkan kasi chance kat daun die nak tumbuh pun!
Tak terkata lawanya rumah tu (bak kate blog Angel Pakai Gucci, "Sumpah Osem". Sangat santek. Every inch rumah die ade bunga. Various type of flowers pulak tu, from sakura yg sangat dasyat berbunga, smpailah bushes+ grass (grass weh!) yg berbunga jugak. Memang tuan rumah ni ckp masa yg die n family spent utk laman rumah ni lagi lama dari dalam rumah. Imagine.. Bunga ros tak payah cakap, penuh, saiz besar, kecik, pink, merah. Haish. Semua ada.


 Then, kteorang pergi two main gardens there (based on the recommendation by people)--> Queens Park dgn Laurel Bank Park. SubhanaAllah,both parks ni pun dah showed to us bnyak jenis bunga yang sangat tak terkira lawanya. Asyik snap pic je. Yg best tu, kiteorg lepak2 kat row yg ade bunga tulip almost half and hour despite people coming back and forth.. Who cares right? Hehe..Rase macam kat Amsterdam pulak. Penuh je dengan bunga.(baru kat toowoomba, mcm mane la pulak kat Amsterdam tu kan??) <-- based on the pics shown by my sister when she studied there.




 Kteorg lunch dekat Queens Park tu sambil tengok bunge2, usha minah+mat2 saleh sambil dengar old country music yg merdu. How awesome is that? kteorg bertolak balik dalam pkul 5 ptg cmtu, then terus ke rumah kakak postgrad around Brisbane ni jugak sebab akak tu held an open house. Iranian's food tuu!

They decorate the flowers based on cartoon characters : Felix the Cat!
Seriously tenung lame2 tulips ni takkan boring. Trust me :P
Balik kaki lenguh + badan sakit + sweet memories of course! Tengok bunga at the same time fikir, tu baru sikit je kecantikkan yg Allah tunjuk dekat hambaNya, banyak lagi yang kite kene explore. Sebab tu ada this phrase, "jauh perjalanan + luas pemandangan + indahnya ciptaan Tuhan" :D


 Reminder for me selepas rehlah seharian..

"Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."[16:11]

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yg dilimpahkannya kpd kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [16:18]





Extra Info:  "The sweet violet was declared Toowoomba’s Floral Emblem at a meeting of Council on 11th January 1932. the mothers and other family members of the lads who went to war in 1914-1918, picked and sold bunches of violets to raise funds. the bunches each held 50 blooms and three leaves, tied with cotton and were sold for threepence. 1800 pounds were raised to build the Mother’s Memorial now located in East Creek Park". 

cr: Toowomba's pamphlet


Wassalam

Sep 20, 2011

Lots and lots and lots of assignments *_*


As usual, entry ni akan datang setiap tahun. Mulalah ketakutan menyelinap masuk dalam diri ni.
Sekarang dah week 9, lagi sebulan je kot nak habis semester tapi nak endure sebulan ni la yang susah sikit.

  • I got an exam this coming 5th Oct, Advance genetics exam outside the exam period 50%. 
  • Before that on the 3rd Oct, kene submit math Assignment 6%
  • My marketing assignment due 7th Oct tak start ape2 lagi 25%
  • 10th Oct, PDP Group Seminar 10%
  • 20th Oct, need to submit genetics draft 5%
  • 24th Oct Presentation of my Plant project report 10%
  • 26th Oct Submit the actual Plant project report 60%
  • 28th submit the actual genetics proposal assessment 25%
  • Submit the last Math assignment 6%(can't remember the date but it should be on the last week as well)
  • 28th jugak has to submit the PDP Group project report 50%.
Huish, takut nye. takut takut... memang tidur itu mungkin tidak ada di minggu2 terakhir semester.. (macam tak biase kan).

pray hard that Allah will give me strength to endure these huge pile of assignments. InsyaAllah. (and my friends too)


:D


Sep 19, 2011

I'm in LOVE :)

I'm in love. Macam nak cakap kat satu dunia je yg i'm in love..

Dengan siapa? Dengan sejarah islam khususnya sejarah Palestine :))
Alhamdulillah, semalam Allah membuka lagi hati ernnie untuk mendengar ceramah pasal Palestine ..
Roadshow Palestine yg dibuat annualy kat Aussie ni. tahniah pada sesiapa yg terlibat.

What can I say? Seronok! Tapi macam biasa, ada sedikit ketakutan di awal ceramah tu sebab ade slide2 dan video2 yang masih ernnie takut nak tgk.. Memang dok peluk dekat kawan la bile video tu ditayangkan.. Bile fikir balik, yup, i'm still scared with all those stuff.. Tapi InsyaAllah jika ada mana talk yang berkaitan dengan adik beradik saya di Palestine sana, saya akan pergi..

Dalam masa yang sama, yup. I'm in love with islamic history. Sangat seronok. Disebabkan ceramah + usrah + dakwah ni, ernnie macam dpt boost nak search pasal all those perang yang pernah berlaku melibatkan Pasukan Islam..

Sejarah Islam pernah menunjukkan yang kita pernah memerintah tamadun pada zaman dahulu.. Dan InsyaAllah kita akan menang lagi di kemudian hari.. :)) semua penceramah yang ernie pernah encounter, semua sangat hebat yakni mereka ni sangat yakin yang kita akan menang despite everything. Keyakinan mereka itu somehow meyakinkan ernnie jugak.. Terasa nak jadi batu2 kecik yang akan menggukuhkan dinding2 kemenangan Islam..

Palestine itu bukan isu negara, bukan isu bangsa tapi isu umat islam.. Ambil tahu dan faham.. Ernie takut kalau Allah nanti tanya apa yang ernie dah lakukan utk saudara2 di sana tak tau nak jawab apa.. Takut2 di akhirat, saudara2 palestine menuntut darah2 mereka dari kita muslim yang tak pernah berbuat apa.

Lagi, lagi, nak ambil tahu pasal pejuang2 islam yang super hebat.. Dulu kat sekolah kita asyik diberitahu yang Khalid alwalid tu panglima yg hebat. Semua peperangan yang khalid al walid ketuai akan menang. Selain khalid, banyak lagi rupanya pejuang2 islam yang super duper hebat. Umar al-khattab, salehuddin ayubbi, muhammad fateh, thariq bin zaid ect ect..

Semoga Allah sentiasa membuka mata hati saya untuk menjadi muslim yg peduli.. Dan semoga diri ni tak jadi seperti hangat2 tahi ayam sahaja..

Wallahualam
Ernnie :D

Sep 18, 2011

IKHLAS


Ikhlas -

adalah rahsia antara Allah dan hambaNya,
ia tiada diketahui oleh malaikat,
sehingga ia tiada kuasa menuliskannya,
tiada pula dijejaki syaitan,
sehingga ia tiada upaya merosakkannya.

Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu,
dan semua yang berilmu itu celaka kecuali yang beramal,
dan semua yang beramal akan celaka kecuali yang ikhlas,
dan orang yang ikhlas selalu diuji bahaya besar,

Ketika ketaatan berubah 
menjadi sekadar kebiasaan dan rutin harian,
maka ketika itu berkuranglah 
rasa ketaatan dalam beribadah.

Di antara manusia ada yang menangis di hadapan manusia,
dan ia dapat pula mempertahankan keikhlasannya,
tetapi ada pula yang menangis sendirian di kamar, 
justeru berlaku riya’.

Ikhlas itu tandanya -
sentiasa waspada dengan diri sendiri,
selalu pula menganggap dirinya kurang,
jauh dari ‘mengemis’ pujian orang,
sentiasa menjadi yang termahal harga dirinya,
tatkala orang lain memilih kaca kerosakan,
niatnya suci sentiasa,
amal baiknya disorok-sorok,
menzahirkan ia hanya untuk teladan,

Ikhlas itu antara amalannya -
Niat yang sentiasa disegarkan,
Doa yang tulus ikhlas 
ingin bertaubat dari kesalahan,

Zikir di waktu pagi dan petang,
Taatnya tersembunyi tiada diketahui,
Sentiasa pula memberikan teladan dengan kebaikan.

Cr: fauzanibrahim.wordpress.com

Sep 16, 2011

News that makes me think of Allah

Alhamdulillah, ernie happy sbb kakak usrah ernie dapat baby girl yg sangat cute. She delivered her baby on tues, 14th of sept 11'. Hari rabu terus ernie pg Royal Brisbane Hosp. ziarah akak and her cutie little baby. Memang suke baby. I'm the most excited ones when it comes to baby. Sebab dulu mama ernie dok jaga baby kot. Allah dah bagi satu rezeki bile dapat baby. Dalam masa yg sama, its a new responsibility kan?

Second news, petang rabu tu jugak dapat tau yg kakak yg ernie kenal yg belajar di Brisbane ni husbandnye dah menninggal dunia sebab sakit. Innalillah (lets recite Alfatihah when you read this) semoga arwah ditempatkan dalam Jannah Allah yg abadi dan semoga akak kuat serta tabah menerima ujian ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

From those news, memang nmpak yang Allah bagi pinjaman je segala apa yang hambaNya ada sekarang. Tapi Allah akan ambil bila Allah tahu kita dah bersedia. Bila sesuatu berlaku, memang secara fizikalnya kita akan cakap kita tak bersedia, tapi dalamannya Allah dah bagi kekuatan dekat hambaNya.

Maybe u guys might say. Cakap senang, dah rase ke?? Hurm, memang mengaku yang ernnie tak pernah rasa kehilangan orang2 yang ernie sayang lagi, dan memang diri sendiri pun tak berani cakap akan okay ke tak kalau ade org2 terdekat yang pergi dulu sebelum ernie. Tapi kita sentiasa kene doa supaya sifat redha tu ada dalam diri kita. Big thing tau.

"Don't be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our heart would melt with the warmth of His love."

Wallahualam~
Ernnie

Sep 11, 2011

Aidilfitri 2011'






Alhamdulillah 2 tahun sudah beraya di perantauan. 2 tahun jugak tak cium tangan parents dan adik beradik lain time raya. 2 tahun jugak tak merasa solat aidilfitri di Malaysia. 2tahun jugak tak makan ketupat dengan kuah kari mama before nak solat raya. Hurm~ macam2..

Tahun ni pulak parents ernie first raya as a pension dan first time raya di rumah sendiri di kampung. Itu yg ernie mcm sedih sikit. Sebab nak sangat merasa kemeriahan tu. First time is always the best.. :(

Tapi nak cakap yg kat oversea ni / Brisbane ni Alhamdulillah, kemeriahan memang ada although it has diff environments. Open house toksah cakap, every weekend ada. Dari junior undergraduate smpai kakak2 postgrad, semua ada. Kesempatan ni nak mengucapkan jutaan terima kasih sebab menjemput although ada yg ernie tak dapat pgi.

Kawan2 and all postgrads is my second family here. Bila jumpe time open house or eid celebration, rasa happy sgt.. Memang terasa yang ada nilai tali persaudaraan yang kuat lebih2 lagi kita mempunyai aqidah yang sama.

Pastu dulu dok cakap la, makanan ni xde, yg tu takdelah.. Tapi sebenarnye ernie rase dapat makan macam2 sangat. U named it, we have it here too. :) (nasi impit, kuah kacang, lodeh, lemang, rendang, bihun sup, ketupat pulut, okay i should stop typing all those foods sebab dah lapar ni).

Kemeriahan dia lain but it's on the same level i would say..minggu depan InsyaAllah ada lagi jemputan open houses. Memang raya kat sini diraikan sebulan la. The whole syawal. :))

Lastly peringatan utk kawan2 dan of course to myself. Open house, open house jugak, makan makan jugak tapi jangan lupa puasa 6. Rezeki Allah dah bagi, Allah nak kasi lagi ganjaran kat hambaNya. Kene grab ni. Double the happiness kan?



Ok lah, dengan tulus ikhlas, nak ucap

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHiR BATIN..

From me Ernnie Omar :)

Aug 18, 2011

Pintu gerbang fasa ketiga.

Alhamdulillah..
hari ni sudah 18 Ogos 2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432 .
InsyaAllah semuanya masih bersemangat nak berlumba2 mengejar bulan 'promosi' ni dari Allah SWT.

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan 
dan akhirnya keselamatan daripada api neraka. 



So kita ni dah 80% dah di fasa kedua iaitu fasa keampunan.. Dalam fasa kedua ni jugak, ada 2 peristiwa penting yang berlaku InsyaAllah.


1. Nuzul Al-Quran
2.Peristiwa Perang Badar  atau Hari Al-Furqan yang menyaksikan kemenangan di pihak Islam.

Perang Badar ni ada diceritakan dalam AlQuran surah kebanyakkannya dalam Al-Imran dan  sedikit dalam surah Al-Anfal. Dalam perang Badar ni jugak, Allah membantu pihak Islam dengan menurunkan 3000 malaikat.

Dinyatakan dalam Surah Al-Imran ayat 123-124

A123

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan 
dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah 
(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). 
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur 
(akan kemenangan itu).

A124

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata 
kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): 
"Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan 
tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," 


Kedua-duanya berlaku pada 17 Ramadhan (walaupun ada beberapa pendapat lain mengenai tarikh sebenar Nuzul Al-Quran). 


Ha, selepas ini, masuklah kita di pintu gerbang yang baru iaitu fasa keselamatan dari api neraka yang sangat dasyat panasnya. 

Pintu gerbang baru ini juga menjanjikan kita dengan satu lagi promosi yang hebat iaitu 'Malam Al-Qadr' iaitu Allah memberi umat Nabi Muhammad SAW peluang untuk beribadat bersamaan dengan seribu bulan beribadat. Bukan senang nak dapat dan bukan calang-calang orang yang akan dapat malam Al-Qadr ni. Selalu berdoa kepada Allah supaya kita dan rakan2 serta family mendapat malam yang penuh keberkahan ni. Berdoa mungkin tak cukup, so kena selalu buat latih tubi dari sekarang as in bangun qiam dan  bertahajjud sama2. Latihan-latihan ni mungkin dapat menyediakan mental dan fizikal yang sihat untuk 10 malam terakhir ni.

Umur kita mungkin tak panjang, so kalau dapat malam Al-Qadr ni alangkah happynye kita kan??

Terlanjur cakap pasal umur yang tak panjang ni, Ernie terbaca satu ayat mengenai kaum Yahudi dalam surah Al-Baqarah ayat 96


A096
 
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.




Wallahualam..
 

Aug 11, 2011

Surat di bulan yang special UntukNYA :D

Bulan ini sangat special..
Bulan khas untukNya..
KataNya, buat baik sedikit, Dia akan berikan aku banyak benda/ganjaran/pahala..
Takkan aku nak lepaskan promotion yang takkan pernah merugikan diriku..
Owh, betapa sayangnya dia kepadaku..
Akan ku cuba sehabis baik untuk mengembirakanNya di bulan ini..
Takut2 bulan ini adalah promosi terakhir bagiku..

Tapi dalam mengejar promosi yang diberi, semangat aku kadang kadang sedikit rapuh.
Biasalah dalam larian merentas desa orang yang lari laju pun
termengah2 jugak kan?.
Bila Teringat saja akan hal itu, cepat2 ku naikkan balik semangatku.
Dia dah cakap..
Semua musuhku telah ditahanNya untuk tidak menggagalkan promosi yang dilakukan.
So, ia hanya bergantung kepadaku samada nak join promosi atau tak.
Memang silap besar la kalau aku sia siakan perkara ini.

10 hari terakhir Dia memberitahu ada
promosi yang lebih dasyat.
Berdebar hatiku menunggu saat itu. Takut2 tak sempat atau terlepas. Maklumlah itu adalah promosi yang paling besar pernah ku dengar seumur hidupku.
Jarang2 orang yang dapat.
Hatiku menjerit menginginkannya..
Latihan harus dilakukan mulai sekarang. Kena kerap bangun pada 1/3 malam. Membaca surat2 cintaNya, serta solat.
Kalau dapat bangun dan buat semua tu, rasa macam aku sangat special di mataNya..
Time tu lah nak mintak semua perkara.. Sebab Dia kata semuanya akan dimakbulkan.
Seronoknya!!

'Ya Allah sesungguhnya di akhir bulan ini, kurniakanlah rasa ketaqwaan yang kau telah berikan kepada hambamu yang soleh/solehah kepadaku. Dan bukan hanya lapar dan dahaga..
'ya Allah berikanlah penghabisan yang terbaik pada bulanMu ini kepada hambamu serta pertemukannlah aku dalam Ramadhan mu di tahun2 yang akan datang.. Kerana mungkin boleh terjadi ini adalah Ramadhanku yang terakhir'..

Ernnie Omar
11August/ 11ramadhan 1432H
9:50 am-Khamis

Jul 25, 2011

Another Ranting~

Satu topik yang ernie tak pernah boring kalau cakap pasalnye is 'ujian'.. Semua orang akan menghadapi ujian dalam hidup nya. Tak kira lah yang berat ke or yang ringan je. Ujian ni akan mematangkan hidup. Ade jugak ujian yang ernie rase kadang2 akan memalukan kita. Tapi kene selalu ingatkan diri sendiri, yang ujian ni datang dari Allah. Lagi beriman seseorang, lagi banyak ujian yang akn diberi kepadanya.

Bila terima sesuatu ujian, kadang2 kita rasa macam yang ni lah paling besar ujian yang pernah dapat. Percayalah ujian yang diberi Allah itu sesuai dengan hambanya. Allah yang beri ujian itu sebab Allah tahu kita boleh pikul.. Allah tahu kita boleh selesaikannya sesuai dengan pengalaman dan ilmu yang kita ada. 'jangan minta pada Allah hilangkan ujian itu tapi mintalah kepada Allah melapangkan hati terhadap ujian tersebut'..

Masa lapang itu ujian. Sibuk itu ujian. Hidup ini ujian. Kaya itu ujian. Miskin itu ujian. Semuanya untuk menjadikan kita muslim yang bertakwa kepadanya. Untuk sabar dan redha terhadap ujian yang diberi pada ernie sangat sukar. Kadang2 rasa macam putus asa dengan semua perkara. Dalam waktu2 macam tu, parents, family dan rakan sangat main peranan dalam hidup ernie. Paling penting, kene mengadu dekat Allah dahulu.. Yang ni selalu kena ingatkan diri ernie. Selalu lupa nak mengadu dekat yang Teratas. Sedangkan Sang Pencipta lah yang menurunkan ujian tu.

Jul 17, 2011

Tergesa- gesa






Teringin sangat ernnie nak cakap pasal tergesa-gesa. Menarik nak dikupas pasal perkataan ni. Ernnie dapat idea nak tulis lepas membeli SOLUSI isu 33. 


Okay melencong kejap nak cakap pasal mag SOLUSI ni. Ya Allah, best sangat. Pernah terdengar time kat Aussie cakap pasal majalah ni. Rase macam biase je. Ernie start bace SOLUSI ni waktu ernie pergi ke Kelantan dirumah saudara kakak senior Ernie. Input2 majalah ni memang terbaik. Macam lengkap menyeluruh sebab semua panel2 penulis majalah ni mantap2 belaka.

Tergesa gesa. Ingat lagi time kecik-kecik, kalau kita nak sesuatu tu, paksa parents suruh beli time tu jugak tanpa berfikir bende tu sebenarnya kehendak dan bukan keperluan pun. Selalunya bila dah beli, kita main sekejap je. Lepas tu lempar merata-rata. Memang akan rugi dari untung kalau kita dapatkan sesuatu bende tu dengan cara tergesa-gesa.

Dalam solusi ni ada bagi satu analogi. Kalau kita cuba menikmati buah yang belum masak (kecuali mangga :P ). Bukan ke nikmat kesedapan buah tu pun akan hilang dan rugi yang akan kita dapat.

Dalam Al-Quran surah Taha ayat 114 [20:14]
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".


Contoh lagi dalam undang2 negara. Bayangkan kalau hakim menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu lepas hakim tu mendengar hujah dari sebelah pihak saje.
 
“perbezaan ketara antara tergesa-gesa dengan menyegerakan sesuatu ialah tergesa-gesa ni disertai dengan kelalaian diri dan akhirnya akan membawa kerugian”

Nabi SAW ada memberikan tiga perkara yang perlu disegerakan tetapi tidak melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa. (berdasarkan Riwayat al-Tirmizi)
1.      Solat apabila telah masuk waktu
2.     Jenazah apabila telah siap urusan (mandi dan kafan)
3.  Anak gadis juka sudah ditemui yang sesuai untuknya.

Pesanan untuk semua juga dekat ernnie sendiri sebab selalu jugak bersikap tergesa-gesa in certain things. Kadang2 kita sedar, kadang2 buat dulu, pastu baru terima consequence later on.
 
Kejayaan itu selalunya datang dengan perancangan yang kukuh dan tersusun. Nak bina rumah pun batu bata kena susun betul2 supaya rumah yang kita bina tu bertahan untuk tempoh waktu yang lama. :D

Jul 4, 2011

Malaysia tanah airku

Alhamdulillah, safely landed in Malaysia..Although dah sminggu dah kat sini.. Rase udara panas, siap keluar peluh2 tu baru best. Kat Oz susah nak berpeluh.. Kulit pun tak kering..

Hari pertama tak buat apa2, kakak and abang amik dari lcct, pastu malam pergi makan tomyam dekat area kajang. Puas makan balik terus tidur.

Hari second seperti yang dirancang, i met my lovey dovey friends. Susu and boo. Sdey sebab patutnye Maya pun join tapi sebab maya nak balik jordan, so tak dapat jumpe.. Sobs sobs.. Tapi siap layan Transformers 3 pastu makan dekat Indonesian Rest @ The Curve. Harge sorang app rm20 tapi mak kau, banyak gile gile. Die kasi sorang setalam. Penuh la dengan lauk pauk.. Recomend gile untuk yang sangat lapar... Restaurant tu sebelah Kenny Rogers.. Shopping2 sikit, then habis satu hari..

Hari ketiga (30th June). Ernie tak sihat. Demam siap batuk darah semua ada.. So duduk dekat rumah je tengok korean drama yang download tp tak tengok lagi.. Habis jugak sehari..

4th day.. Jeng jeng.. I went to BEAST fan meeting. Toksah cakap panjang. Best gile. Bende yang kite suke ni memang best. Hehe. Kat sunway lagoon, dari 8:30 smpai 10:30 mlm.. Pastu ernie jumpe my korean besties.. Kak nina, adhel and tyra. Met new friends as usual :)).. Pastu tido rumah kak nina malam tu.. Srmbang2 sampai pukul 3pagi.. Aweshomeee!!

5th day.. Kak nina hantar ke komuter pagi tu, then ernie pgi sg wang pastu times square.. Manusia mashaAllah.. Ramai gile.. Weekend kot.. Jumpe kak yaya, she gave me beast album that i bought online.. Pastu Ezzaida kawan sekolah yg belajar dekat us ckp she's in KL.. So boleh bagi ipod kat ernie. Then balik serdang sekejap, mandi sume, malam tu pergi KLiA amik abang ipar ernnie yg balik dari China.. Jumpe ezzaida jat situ jugak then I got my ipod.. Yeay for that!! :)) trus chow balik klang umah mak mentua kakak..

3rd july. Not much of an activity. Suare hilang.. Dduk dalam bilik, tgk drama lagi then tgk tv, then makan.. Then tidur.. Haha..

4th july. I'm at UPM now since 10am.. Sekarang 12:23.. Teman my kakak since she got a presentation for her PHD...insyaAllah everything will be fine for her.. (she's still inside the meeting room)..

Tmr: have to go to lcct early in the morning.. Nak pergi Spore with Hasanah.. 3 days then pgi kelantan. Then balik Kedah.. Good news is my parents will fetch me at LCCT nnti.. Second YEAY!!! :))

P/s: thank you Allah. Everything that happened to me is beautiful..i'm grateful for that.. Pray hard that my future journey will be as good as what i've experienced.. InsyaAllah.. Gtg bubbye ;)

Jun 21, 2011

Something to ponder

Nak tulis something since ade sikit masa free.
Alhamdulillah nak balik Malaysia lagi 7 hari.. :)

Bukan nak cakap pasal tu sebenarnya.
Hari ni ernie dikejutkan dengan satu lagi berita.
"Starbuck HARAM"
"STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Please note that all chocolate, vanilla
and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 . sebarkan~"
Bukan sorang dua je yang post, ramai sangat kawan2 ernie dari pelusuk tempat post announcement ni. 
Okay, saye orang yang nak bukti. Kalau orang cakap gajah besar, mesti kene ade gambar or ape2 bukti tampak yg mengatakan gajah tu besar. 
Bende macam ni lagilah ernie nak tengok bukti sebab die kait dengan makanan. Ernie pernah je minum starbuck sebelum ni. Ade la dalam 3 kali, sekali tu pernah dapat free kupon taylor's college kasi. 
Satu bende lagi. Ernnie tau yang Starbuck ni penyumbang terbesar dekat Israel. yang ernie kurang puas hati janganlah cakap "saye okay je Starbuck ni haram, sebab die memang penyumbang  kat Israel"
So orang yang kurang bijak macam ernie ni buat la conclusion "Okay, kalau bende tu menyebelahi pihak muslim, boleh la sebarkan berita2 yang entah2 salah" tak ke itu diconsider fitnah jugak? 
Pasal Isu Palestine ni, ade sesetengah orang sangat2 boikot product2 Israel. 
Tapi kene ingat, ade orang Malaysia yang tak tau pun kaitan StarBuck dengan Israel, dan ade jugak yang claim " Ala, bukannye setiap hari saye minum, takkan tak boleh". Kita yang faham ni takpe, tu ramai lagi yang tak tau.  Sebab boikot ni tak semua orang decided nak buat. 
Ingat lagi peristiwa dekat MRSM jasin, time form 5 ke form 4 ntah tak ingat, ade dibuat mogok lapar as in jangan pergi makan dekat dewan makan sebab nak pengusaha kantin tu ubah menu. But I've decided not to join that boikot thing. Its a decision not a thing that u wajib buat.
So, kene beware la dengan bende ni. Kalau haram, mesti die announce dulu di media massa, but not in FB. dalam sehari ni, berpuluh status pasal starbuck ni appear kat home fb. Betapa hebatnye kuasa FB ni. Kalau bende betul, banyak pahala orang yg menyampaikan berita baik tu. Kalau tak, jadi fitnah, dan bile dah sebar banyak, Hurm~~~ (Something to ponder)
Bile ernie cakap ni pun, it's a reflection to me. So, no hard feeling guys. Cheers :) 
Okay.. dalam dok tulis ni, ernie jumpe entry kat blog yang setiap hari ernie pergi. and you can see yourself.  Mind the language there. sebab this guy memang bahasa die agak kurang selesa for certain people. Tapi InsyaAllah, dapat je info yang die nak kasi.. 
http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/06/kopi-alkapiaq-starbucks-tu-haram-dah.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...