Alhamdulillah juga, kita dikurniakan pelbagai nikmat..Nikmat sihat, nikmat aman, nikmat gembira, nikmat keperluan yang mencukupi, nikmat tidur yang lena, nikmat berbuka puasa yang enak2, malah pelbagai nikmat daripada Allah yang Esa untuk kita kan?
Hadiah dari Allah SWT untuk hambanya di bulan Ramadhan
>>Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama; kegembiraan ketika berbuka dan kedua; kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak. (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
>>>Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
>>>Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman (Hadis Qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala menurut kadar yang ditentukan) kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-Ku dan Aku yang mengganjarinya secara khusus.
>>>Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.
Ibnu Umar RA berkata, yang bermaksud : Bukanlah berpuasa itu dari minum dan makan semata-mata, tetapi berpuasa juga dari dusta, perbuatan salah dan perkara yang sia-sia.
Jabir RA berkata, ertinya : Apabila engkau berpuasa maka hendaklah turut berpuasa pendengaran engkau, pemandangan engkau dan lidah engkau daripada berdusta dan perkara-perkara dosa, jauhilah dari menyakiti orang-orang gaji, dan hendaklah berkeadaan terhormat, dan tenang pada hari kamu berpuasa. Dan jangan jadikan hari kamu tidak berpuasa sama dengan hari engkau berpuasa itu.
Nak dengar cerita tak??Tentang ngerinya ke atas orang yang mengumpat.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan : “Di masa Rasulullah SAW. Ada dua orang wanita yang sedang berpuasa. Menjelang petang hari, kedua-dua wanita tersebut berasa sangat haus dan lapar, sehingga tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya kedua wanita tersebut menyuruh seseorang untuk pergi kepada Rasulullah , untuk meminta izin kiranya diperkenankan untuk membatalkan puasa mereka. Sebagai jawapan dari permintaan dua orang wanita tersebut, Rasulullah mengirimkan sebuah mangkuk dan bersabda : “ Katakalah kepada mereka, supaya mereka makan ke dalam mangkuk ini !” . Maka apa yang terjadi ? Salah seorang dari wanita tersebut memuntahkan darah dan daging mentah, demikian juga yang seorang lagi, sehingga penuhlah mangkuk tersebut. Orang yang melihat pada waktu itu merasa hairan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : “ Kedua wanita ini telah berpuasa dari apa yang telah dihalalkan oleh ALLAH dan kemudian berbuka dengan suatu yang diharamkan oleh ALLAH bagi mereka. Mereka duduk berdua, kemudian bersama-sama mengumpat, dan di dalam mangkuk ini adalah daging manusia yang mereka caci itu”. (HR : Ahmad)
Sekian, Allahu alam. Sama2lah kita mengejar kurang dua pertiga Ramadhan yang masih bersisa. Semoga kita beroleh ganjaran pahala, redha dan keampunanNya.